Recent Post

Tuesday, November 24, 2015

Charlie Sheen Mengaku Menghidap HIV Positif Secara Terbuka


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Charlie Sheen Mengaku Menghidap HIV Positif Secara Terbuka

BINTANG siri Two And A Half Men iaitu Charlie Sheen secara terbuka mengakui menghidap HIV Positif ketika muncul dalam program bual bicara saluran NBC pada Selasa.

Sheen, 50, menjelaskan dia mengetahui menghidap penyakit tersebut sejak empat tahun lalu namun tidak pasti bagaimana dia boleh dijangkiti virus berkenaan.

"Kemunculan saya dalam program ini untuk memberitahu saya menghidap HIV positif dan ia bukan sesuatu yang mudah.

"Ia mengubah hidup saya secara keseluruhannya," katanya.

Pelakon itu turut memberitahu pernah membayar wang sebanyak USD10 juta (RM42 juta) kepada individu yang mengetahui kondisi penyakitnya agar mereka menutup mulut dan tidak mendedahkan kepada media.

Bagaimanapun kata Sheen, selepas pendedahannya itu dia tidak akan membayar sebarang wang lagi kepada beberapa individu berkenaan dan menganggap ia seperti keluar daripada penjara.

Charlie Sheen Hidap HIV Positif

Charlie Sheen ketika muncul dalam program bual bicara NBC mendedahkan dia menghidap HIV Positif.

"Selepas hari ini saya tidak akan membayar kepada sesiapa. Ia seperti bebanan yang saya pikul terlalu lama dan hari ini saya bebas," katanya.

Bercakap mengenai penyakitnya itu, Sheen berkata, dia mula berasa tidak sihat selepas mengalami sakit kepala selain berpeluh setiap malam.

"Keadaan saya ketika itu sangat teruk sehingga ada ketikanya saya menyangka mengalami tumor dibahagian otak dan selepas diperiksa doktor memberitahu saya menghidap HIV positif," katanya.

Sebelum ini, Sheen memang dikenali sebagai seorang penagih dadah selain mengalami masalah ketagihan alkohol dan sering melanggan pelacur.

Dalam pada itu, Sheen berkata, sejak mengetahui dia menghidap HIV positif, dia akan memberitahu terlebih dahulu kepada pasangannya tentang kondisi penyakitnya.

Malah dia turut menegaskan tidak pernah menyebarkan virus penyakit itu kepada mana-mana pasangannya.

Sementara itu, doktor yang merawat Sheen iaitu Robert Huizenga yang turut muncul dalam program berkenaan memberitahu pelakon itu memberi respon sangat baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.

Malah pemeriksaan kesihatan yang dilakukan secara berkala terhadap Sheen menunjukkan virus berkenaan tidak dapat dikesan dalam sistem tubuh badannya.

Sumber dari Mstar.

1,586 total views, 1,586 views today




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *