Recent Post

Tuesday, November 24, 2015

Pemenang Program TV Realiti Curi Akaun Instagram Peniaga Online Untuk Kumpul Pengikut?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Ramai yang menceburi perniagaan dalam talian di Instagram kerana potensi perkembangan perniagaan yang tinggi. Namun begitu, sebelum itu, individu yang ingin berniaga di Instagram perlulah mengumpul jumlah pengikut yang tinggi. Antara cara yang digunakan untuk mengumpul pengikut selain dari memuat naik gambar dan kandungan yang menarik ialah dengan membayar selebriti bagi rebiu produk. Ada antara peniaga dalam talian yang menghantar hadiah percuma atau produk percuma kepada selebriti untuk diiklankan di Instagram mereka yang mempunyai ratusan ribu pengikut.

Gambar Masya; mStar Online

Namun cara yang paling tidak baik untuk mengumpul pengikut ialah dengan menggodam akaun Instagram peniaga lain yang sudah mempunyai pengikut tersendiri dan pengikutnya pula ramai sekali. Cuma kali ini, ia melibatkan seorang remaja yang menjadi juara program realiti Ceria Popstar 2 iaitu Masya Ceria Popstar atau nama sebenarnya Siti Nur Masyitah.

Seorang peniaga dalam talian telah tampil kepada kami mendakwa akaun Instagramnya yang mempunyai 178,000 pengikut telah digodam oleh Masya pada Jumaat lepas. Pada mulanya, peniaga itu, Ira Mohamed, membaca satu status yang dimuat naik oleh Masya di akaun Instagramnya mendakwa Astro sedang mencari peniaga dalam talian untuk diberi peluang iklan di televisyen secara percuma. Ira kemudiannya mesej terus (direct message) Masya untuk mendaftar. Ira seterusnya diberi satu pautan oleh Masya untuk diberikan peluang iklan percuma di Astro. photo 1.png Esoknya, iaitu pada hari Jumaat, Ira mendapati akaun Instagramnya telah menjadi milik  orang lain. Apabila diteliti, kata pengguna akaun tersebut telah ditukar nama dari @nineoctober_boutique_ira kepada @ fairy.rar. Kesemua gambar dalam Instagram itu telah dipadam dan digantikan dengan gambar-gambar model mengenakan tudung. photo 3.jpg photo 2.jpg

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

http://redtix.airasia.com/Events/konsertkoirkebangsaanmalaysia/

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 17 November 2015

Pada deskripsi akaun, individu yang menggodam memberitahu sudah memadam kesemua gambar dari akaun asal untuk mencantikkan 'feed' atau 'suapan' akaun.

Masya sebenarnya sudah mempunyai akaun untuk jualan tudung Fairy by Masha iaitu @fairyhijab_by_masya tetapi hanya mempunyai 229 orang pengikut dan akaun itu kini sudah dinyahaktifkan. photo 4.jpg photo 10.jpg

Namun begitu, ciri keselamatan Instagram (dan kebanyakan penyedia media sosial lain) ialah apabila kata laluan akaun ditukar, satu e-mel akan dihantar kepada e-mel asal yang didaftarkan di atas akaun tersebut untuk pemberitahuan.

Sekiranya penukaran itu bukan dibuat oleh pengguna Instagram itu, Instagram memberi pautan yang membolehkan pengguna asal mendapatkan semula akaun mereka. Ira berpendapat Masya telah menggodam akaun Instagramnya kerana akaun itu digodam setelah dia berkomunikasi dengan Masya dan Masya juga mempunyai perniagaan tudung yang diberi nama Fairy Hijab by Masha, berpadanan dengan nama @fairy.rar

 photo 5.jpg photo 6.jpg photo 11.jpg Ira kemudiannya telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung cubaan godam akaun Instagramnya.

 photo 8.jpg Bagaimanapun, Masya mendakwa tidak tahu menahu mengenai cubaan menggodam tersebut kerana Instagram miliknya juga telah digodam sebelum itu. Katanya dia mendapat pautan dari mesej pembantu peribadinya @sz.meen sebelum ia digodam. Masya juga kemudiannya membuat laporan polis berkenaan perkara itu. photo 12.jpg photo 14.jpg Memang bahaya kalau kita klik pautan-pautan yang diberi orang tertentu dalam mesej Instagram secara sebarangan. Sebenarnya, cara yang sama juga dilakukan untuk mengodam akaun Facebook.

Bagaimanapun,sama ada benar Masya melakukan perkara ini hanya akan dibuktikan melalui siasatan polis dan SKMM. Semoga mereka yang terlibat mencapai jalan penyelesaian untuk masalah ini.

Related Related Category : Malay 28 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *