Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Mengakui tidak meletakkan penghalang untuk kembali bergelar isteri, Izreen Azminda menjelaskan bahawa dia sukakan lelaki yang mampu memberikan sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin dirinya.
"Saya suka lelaki yang boleh memberi saya sumber inspirasi, kuat bekerja dan mampu memimpin saya. Bukanlah mencari kemewahan, cukuplah dia boleh menjaga saya dengan baik. Sekarang ini semua perkara perlukan duit"
"Cinta tanpa duit seperti tidak bernilai. Tidaklah mencari seseorang yang kaya-raya. Seperti saya katakan, cukuplah dia mampu untuk menjaga saya. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, perlu juga cukup ilmu dan pengetahuan agama," jelasnya kepada portal Mangga Online.
Bagaimanapun, menurut Izreen, waktu sekarang adalah masa untuk dirinya memberi seluruh tumpuan dan juga fokus kepada bidang kerjaya dan tidak mahu terburu-buru mengenai soal jodoh. Bahasa mudahnya, Izreen tidak mahu terikat dengan sebarang komitmen.
Berita berkaitan:Konsert Destini UiTM Berjaya Kutip RM2 Juta
David Teo Tak Halang Yana Samsudin Berkahwin
Misha Omar Kahwin Mei 2014?
Jaga Anak Buatkan Wawa Zainal Makin Kurus
Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini
Komencomments
No comments:
Post a Comment