Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Budiey percaya, ramai peminat Dato' Siti NUrhaliza di luar sana merasa sangat teruja menonton Konsert Satu Suara Vol. 2 di Istana Budaya yang berlangsung semalam dan hari ini. Kalau tidak teruja takdelah ada peminat yang sanggup datang jauh-jauh. Ada yang sanggup terbang dari Singapura, Brunei, Indonesia dan jangan terkejut kalau ada yang sanggup datang dari Jepun. Hehe. Begitulah setiap kali figura ternama ini buat konsert. Tidak lepas dari mendapat tumpuan dan sokongan peminat tegar Sitizoners.
Foto kredit: Malaysian Gazette
Ramai yang bertanyakan kepada Budiey di laman sosial, apa pendapat saya tentang konsert semalam. Jawapan Budiey ringkas, sebuah konsert yang luar biasa kerana menggabungkan tiga orang ikon seni suara yang sukar untuk dicari ganti. Korang akan rasa konsert yang berlangsung selama 2 jam lebih itu sepantas kilat berlalunya. Setiap momen seakan mahu dirakam agar tidak mahu terlepaskan dari ruang ingatan.
Dengan mempertaruhkan orang lama (orang purba bak kata Datuk Ramli Sarip) dua otai lama dari dua buah negara jiran, Indonesia dan Singapura seakan menyatukan muzik serumpun. Kolaborasi yang cukup istimewa. Pemilihan yang cukup tepat, penyanyi bersuara emas Ibu Hetty Koes Endang dan Papa Rock, Dato Ramli Sarip menjadikan konsert ini wajib ditonton oleh peminat. Begitu juga pemilihan lagu di mana mereka bertiga berbincang secara teliti lagu mana yang perlu dialunkan untuk kepuasan peminat.
Terus terang, ini adalah kali pertama Budiey menonton persembahan Ibu Hetty Koes Endang di Malaysia. Pernah sekali menonton persembahan seniwati ini di Singapura di sebuah showcase persembahan makan malam. Namun kali ini, dalam nuansa yang cukup menggelegak dan cukup energetik. Ya, tenaganya cukup kuat dan auranya memang merangkumi keluasan satu Panggung Sari. Beliau betul-betul dirasuk dan terbawa oleh rentak muzik dan alunan suaranya memang lantang dan dramatik sekali.
Memukau dan bertenaga. Selayaknya saya meletakkan persembahan beliau sebagai "spectacular" . Pernah pada dalam satu sesi duet tak silap semasa Medley Bukan Cinta Biasa dan Pastikan bersama Ibu Hetty Koes Endang, Dato' Siti Nurhaliza sendiri mengakui beliau "terpelanting" dengan persembahan Ibu Hetty. Terpelanting kemudian bangun balik, terpelanting lagi dan Siti bangun balik. Begitulah kaedahnya.
Budiey tidak mengatakan persembahan Dato' Siti Nurhaliza tenggelam, namun apa yang Budiey katakan, corak gaya yang bertenaga penuh energy dari Hetty Koes Endang menjadikan penonton sangat terhibur. Bukan sekadar lontaran vokal yang cukup tepat memukau, malah Hetty Koes Endang sendiri mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan penonton dengan berseloroh, berlawak dan celotehnya mengundang tawa penonton.
Persembahan Dato' Siti Nurhaliza sendiri tidak kurang hebatnya. Membuka persembahan dengan lagu SENDIRI di mana pembukaan yang mana beliau tidak "Bersendirian", persembahan kali ini punya kelainan. Diteruskan dengan lagu TERBAIK BAGIMU dan menyanyikan sebuah lagu Hetty Koes Endang berjudul HATI LEBUR JADI DEBU sebagai pemanas pentas. Dato' Siti sempat bercerita semasa beliau di zaman kanak-kanak agak pemalu untuk menyanyi di hadapan orang ramai. Selalu menyanyi sorang-sorang di depan cermin dan antara gaya penyanyi yang sempat ditiru adalah Hetty Koes Endang yang turut digemari oleh ibu beliau.
Hetty Koes Endang seterusnya mengambil alih pentas dengan membawa dua buah lagu iaitu HADIRLAH KASIH dan KASIH.
Foto kredit: Malaysian Gazette
Kemudian, rangkaian lagu yang sangat dinantikan oleh Budiey iaitu BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU dan KESILAPANKU KEEGOANMU yang dinyanyikan oleh Dato' Siti.
Lagu KESILAPANKU, KEEGOAANMU turut diberi susunan baru yang lebih segar dan bertenaga oleh pengarah muzik iaitu Aubrey Suwito. Walaupun mengekalkan komposisi seperti yang dipersembahkan di konsert di Plenary Hall, KLCC namun Budiey kira ia menebus beberapa kesilapan (rujuk kepada video lagu ini di Youtube).
Dato' Siti turut melantunkan lagu BICARA MANIS MENGHIRIS KALBU lagu yang jarang sekali ada dalam senarai lagu persembahan konsert beliau.
Medley lagu Dato' Siti iaitu BUKAN CINTA BIASA dan PASTIKAN dari album Transkripsi dinyanyikan berduet bersama Hetty Koes Endang sangat sempurna. Ia seolah satu pertarungan vokal. Kedua-duanya tak mahu kalah. Lagu gempak apabila mereka berdua membawa lagu Medley PEDIHNYA RASA dan RINDU.
Untuk slot seterusnya, Dato' Siti membuka kata dengan lagu KAMELIA sebagai tanda beliau mahu menjemput Papa Rock, Datuk Ramli Sarip ke pentas. Yang lucunya, beliau menggantikan Kamelia dengan Khalid Jiwa.
Lagu wajib untuk duet bersama Datuk Ramli Sarip ialah lagu DOA BUAT KEKASIH yang mana menurut Dato' Siti lagu ini ada kenangan buat beliau yang sering mendendangkan lagu ini untuk pertunjukan majlis perkahwinan. Lagu asal duet bersama Datuk Khatijah Ibrahim ini turut mendapat sambutan dari penonton yang turut menyanyikan bersama.
Kalau dah nama Papa Rock, tidak sah la kalau tak bawa lagu rancak Rock n Roll, dan persembahan dimeriahkan dengan paduan suara rock Datuk Ramli Sarip dan Dato' Siti dalam lagu IT TAKES TWO.
Untuk persembahan solo, Dato' Ramli memmilih lagu JIKALAU KEKASIH dan lagu BUDAYA.
Kemuncak konsert ini, sekali lagi Dato' Siti sekali lagi menjemput Hetty Koes Endang membawa lagu yang cukup meriah dan Budiey rasa semua penonton tak asing dengan lagu KUDA HITAM dan sebuah lagu yang rancak dangdut iaitu BERDIRI BULU ROMAKU.
Dato' Siti tampil dalam beberapa persalinan. Tak silap 3 busana indah dipakai malam ni. Antara pereka terlibat ialah Rizman Ruzaini dan Ezuwan Ismail.
Secara keseluruhan konsert malam ini dengan alunan lebih 22 buah lagu ia merupakan konsert yang terbaek Dato' Siti selepas Konsert Unplugged beliau pada April lalu. Best giler kami kasi πππππ
Komen via FacebookKomen
No comments:
Post a Comment