Recent Post

Tuesday, December 08, 2015

Faradhiya Nyaris Tarik Diri Untuk Bertanding GV2


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Finalis Gegar Vaganz 2 (GV2), Faradhiya akui mahu menarik diri di saat-saat akhir dek kerana kehilangan vokal secara tiba-tiba pada hari Ahad lalu.

Namun, hasratnya itu terpaksa dibatalkan setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar daripada juri tetap Datuk Ramli MS yang menurunkan 'key' nyanyiannya.

"Semasa 'reherseal' suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.

"Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.

"Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.

"Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu 'Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu' dengan 'key' yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya," kata Faradhiya kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, Faradhiya turut ditanya apakah persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi saingan yang semakin sengit di peringkat akhir nanti.

Dengan tenang dia membalas, dia akan terus berusaha untuk memulihkan sakit tekaknya itu dan merujuk dengan mana-mana perubatan yang pakar.

"Apa yang berlaku terhadap diri saya, ia juga merisaukan. Jadi saya mohon kepada semua penyokong dan peminat, doakanlah yang terbaik agar sakit saya ini pulih.

"Usaha tetap diteruskan untuk memberikan persembahan yang terbaik dan seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan penonton setia GV2," katanya akhiri bicara.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 8 Dis 2015




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *