Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
KECOH! Kegagalan Ayda Jebat Ke Peringkat Akhir AJL 30 Terbongkar
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dikatakan bersedih kerana akaun instagramnya di godam oleh orang yang tidak bertanggungjawab. – "Saya Rasa Sangat Sedih, Rasa Macam Nak Nangis!" – Ayda Jebat
Tetapi berbeza kali ini kerana beliau bersedih kerana tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 30 (AJL 30) yang diadakan semalam.
ARTIKEL SEBELUM: MENGEJUTKAN! Punca Kejayaan Caliph Buskers Ke AJL 30 Didedahkan
Beliau yang membawakan lagu yang bertajuk 'Siapa Diriku' telah menjelaskan bahawa dia telah mengecewakan peminatnya apabila gagal masuk ke peringkat akhir yang bakal diadakan pada tahun depan. Pentas separuh akhir AJL 30 telah diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral yang dihadiri oleh artis- artis popular.
"Tiada rezeki untuk saya melangkah ke peringkat akhir AJL 30, tetapi sangat bersyukur berada di antara 30 lagu terbaik di peringkat separuh akhir Muzik Muzik malam ini. Saya tak nafikan semua peminat saya berharap untuk melihat saya beraksi di pentas akhir AJL tetapi rezeki tidak memihak kepada saya"
"Saya sendiri pun turut sedikit kecewa tetapi berazam untuk memperbaiki dan memberikan lagu-lagu yang terbaik pada masa depan dan berharap peminat faham juga kerana Anugerah Juara Lagu bukan menilai populariti penyanyi atau lagu tetapi menilai keunikan serta lirik dalam sesebuah lagu tersebut."
Beliau mengatakan komposer Azmeer merupakan salah seorang juri pada malam tersebut dan dia telah memberi kata-kata semangat kepadanya supaya tidak putus asa dan terus menghasilkan lagu-lagu yang bermutu tinggi.
"Abang Azmeer dia kata tahun depan suruh buat lagu yang lebih baik dan terus berkarya."
LAGI ARTIKEL MENARIK:
Apapun, kami berharap Ayda dapat bersabar kerana mungkin bukan rezekinya lagi untuknya tahun ini. Boleh cuba untuk tahun depan pula.
13,713 total views, 13,713 views today
No comments:
Post a Comment