Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
"Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini dan ada menghulurkan bantuan.
"Saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan mewakilkan dia menziarahi Amran bagi pihak kami," demikian kata Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berhubung kenyataan pelakon Amran Tompel, 65, yang terkilan kerana tidak dilawati mana-mana persatuan artis selepas terlantar akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.
Lebih menyedihkan, katanya, pelawak AR Badul yang merupakan abang kandungnya sendiri juga masih belum datang menziarahinya walaupun sudah dihubungi.
"Paling saya sedih apabila keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang jauh sudi datang tengok saya, tapi Badul tidak datang.
"Saya dah telefon beritahu di a yang saya sakit. Tak silap saya ketika itu dia di Port Dickson. Kata nak datang, tapi sampai sekarang tak datang sedangkan kami adik beradik," kata Amran.
Sumber: myMetro& SH
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment