Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
26/01/2016 12:22pm
Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
UMS menerusi gandingan Raymond Toh Meng Hui, Lee Kim Qin dan Ahmady Radi muncul juara selepas meraih 6.98 markah keseluruhan pada final di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor sebentar tadi.
SKUDAI - Emas pertama temasya Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SukIPT) 2016 berjaya menjadi milik Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam acara taekwando UMS poomsae berpasukan lelaki.
UMS menerusi gandingan Raymond Toh Meng Hui, Lee Kim Qin dan Ahmady Radi muncul juara selepas meraih 6.98 markah keseluruhan pada final di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor sebentar tadi.
Lebih menarik, kejayaan itu menyaksikan UMS berjaya mempertahankan kilauan emas selama tiga temasya berturut-turut bermula dengan edisi 2012 dan 2014.
Pingat perak menjadi milik berpasukan lelaki Universiti HELP (HELP), manakala Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) berkongsi pingat gangsa. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment