Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Ogos tahun lalu, Siti Elizad telah dilantik sebagai duta bagi produk pelansingan dan kecantikan Qyra Beauty Care. Bagaimanapun, kontraknya telah pun dibatalkan. Lapor mStar Online, pembatalan kontrak Elizad sebagai duta Qyra Beauty Care itu adalah kerana peselisihan faham. Elizad mendakwa pihak Qyra Beauty tidak memahami kerjayanya sebagai artis, selain dari menyekat peluangnya untuk mendapat pendapatan iklan produk lain melalui laman Instagram miliknya. Qyra Beauty telah menghantar surat peguam kepada Elizad untuk membatalkan kontrak tersebut. Difahamkan, Elizad pernah cuba berbincang dengan pemilik produk berkenaan, tetapi gagal. "Pihak Qyra Beauty telah menghantar surat peguam yang membatalkan kontrak saya sebagai duta produk baru-baru ini atas sebab yang tidak sepatutnya. "Mereka melarang saya mempromosi produk lain yang bukan pesaing produk tersebut seperti minyak wangi dan produk anti penuaan, sedangkan saya hanya dilantik menjadi duta untuk produk pemutih dan kopi pelangsing sahaja," katanya. Ekoran itu, Elizad kini akan lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran menjadi duta produk di masa akan datang. Sementara itu, di laman Instagram Qyra Beauty Care pula memuat naik gambar mencari duta baru yang menyelitkan syarat-syarat yang dilihat seperti melepaskan kemarahan.


No comments:
Post a Comment