Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Gara-gara menunjuk kekayaannya dalam sebuah program yang dikelolakan oleh Aznil Nawawi, ramai penyokong Dato' Seri Vida melahirkan rasa bimbang kemungkinan berlakunya rompakan atau peristiwa pahit yang menimpa seorang usahawan kosmetik beberapa tahun dahulu terhadap Pengasas Vida Beauty itu.
Kata mereka, zaman sekarang ni, bahaya jika menunjuk-nunjuk kekayaan... tambah-tambah yang bernilai ratusan juta ringgit.
Namun Dato' Seri Vida ada alasan dan penjelasan tersendiri, jom baca:
MEDIA: Apa maklum balas dan reaksi anda terima selepas program itu ditayangkan?
MEDIA: Bagaimana pula jika ada pihak menganggap anda hanya ingin menunjuk harta kekayaan?
VIDA: Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebalik nya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak.
Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya kumpul selama ini. Satu lagi saya ingin memberitahu penonton, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita benar-benar komited dengan kerja lebih-lebih lagi usahawan seperti saya.
Sumber: HM
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment