Recent Post

Friday, January 29, 2016

Kepuasan Berganda Dengan Boat Noodle Jumbo Milik Muslim!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Pernah tak anda bayangkan menikmati boat noodle dalam mangkuk yang besar atau Jumbo tanpa memesan banyak mangkuk kecil yang perlu dimakan sedikit demi sedikit?

Kini anda tak perlu bayangkan lagi kerana kepuasan anda kali ini pasti berganda apabila menjamu hanya semangkuk boat noodle yang punya portion lebih banyak daripada biasa dengan harga yang sangat berpatutan.

Ia boleh didapati di gerai yang kecil dan comel bernama Little Rara Thai Noodle House yang terletak di sebelah menara HLA iaitu di belakang kawasan parkir terbuka di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur.

Lokasinya mungkin terpencil dan kurang popular kerana hanya ada satu gerai sahaja di kawasan itu, tetapi bila mengenangkan boat noodle yang ditawarkan lazat tak terkata, anda pasti mahu datang berkali-kali.

Murai tiba di gerai itu pada jam 9 malam, sampai sahaja tempatnya sudah pun dipenuhi dengan ramai pelanggan yang sedang menikmati boat noodle serta hidangan lain.

Terkejut juga pertama kali dihidang pemilik kedai dengan semangkuk boat noodle yang besar penuh dengan mee serta bebola dan daging super extra kerana sebelum ini penulis hanya memakannya di dalam mangkuk yang kecil sahaja.

Rasanya memang lebih mengancam daripada boat noodle biasa, apatah lagi ketika ia masuk ke dalam rongga mulut. Keaslian kuahnya membuatkan kita rasa seolah-olah seperti berada di Bangkok ditambah pula dengan dekorasi gerainya yang ala-ala gerai di Thailand.

Terus-terang rasa seperti tidak boleh berhenti untuk memakannya, suapan demi suapan laju menerpa masuk ke dalam mulut. Patutlah ia dihidangkan dalam mangkuk yang lebih besar supaya kenikmatannya tidak terhenti begitu sahaja.

Lebih meyakinkan penulis untuk makan di situ apabila pemilik kedai ini adalah seorang Muslim iaitu Rudi Farique Tawee Mohamed Azmi yang mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya.

Pemilik yang berdarah kacukan Siam-Melayu itu berkata dia muncul dengan kelainan itu kerana menyedari ramai peminat boat noodle tidak puas menikmati boat noodle dalam mangkuk kecil dan terpaksa memesan beberapa mangkuk dalam satu masa.

"Boat noodle ini memang resepi turun temurun daripada keluarga saya di Bangkok dan saya mendapat dorongan untuk membuka perniagaan ini daripada beberapa rakan yang berasal dari sana tetapi sudah pun lama menetap di sini.

"Sebagai penggemar boat noodle saya sendiri rasa tidak cukup puas makan boat noodle dalam mangkuk kecil. Jadi timbullah idea menghasilkan boat noodle dalam mangkuk besar cukup untuk seorang dewasa makan.

"Lagipun ramai yang was-was makan boat noodle sekarang kerana tidak tahu asal usul dan agama pemiliknya. Di gerai saya mereka tidak perlu was-was lagi kerana sebagai orang Islam sudah pasti saya menyediakan boat noodle menggunakan semua bahan yang halal," katanya kepada murai.com.my

Selain boat noodle, menu popular yang turut ditawarkan di Little Rara adalah Tom Yam Noodle Soup Seafood serta Daging BBQ. Namun, menu ini hanya mula dijual bermula daripada jam 8 malam ke atas. Rasa tom yam yang asli daripada negara asalnya begitu mengancam dan ia salah satu menu yang wajib dipesan apabila anda ke sana.

Manakala Daging BBQ pula pasti membuatkan anda kecur air liur. sebaik sahaja anda menjamahnya, dagingnya terus cair sahaja di dalam mulut. Rasanya pula memang sedap tak terkata, lebih-lebih lagi apabila dicicah bersama kuah cili tom yam yang dihidang bersama.

Speed Boat Noodle Soup/ Dry (Beef or Chicken) RM6.00

Tom Yam Noodle Soup Seafood RM11.00

BBQ Real Beef (Australia) RM12.00

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Artikel ini disiarkan pada 29 Januari 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *