Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim mengakui bahawa dia sudah mempunyai kekasih hati. Malah, Reen sudah menetapkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya ketika memasuki umur 30an.
Reen yang kini berusia 27 tahun mengatakan kekasihnya itu bukan orang dari industri seni. Malah, dia enggan mengulas lebih lanjut tentang latar belakang kekasihnya itu.
"Kekasih saya bukanlah orang dalam industri, lagipun kami sudah lama berkawan."
"Insya-ALLAH, jika ada jodoh, kami akan berkahwin. Tapi, tunggulah umur saya mencecah 30 tahun. Sekarang ini muda lagi. Nak kumpul duit dulu."
Mengenai kerjayanya, Reen yang kini sedang mengikuti kelas pengucapan awam berazam untuk meluasakan lagi bakat yang ada selepas bergelar pelakon selama empat tahun ini.
"Setakat ini, memang saya agak sibuk dengan kerjaya lakonan. Saya ambil kelas pengucapan awam itu bukan bermakna sudah ada tawaran mengacara untuk saya."
"Tetapi, jika ada rezeki untuk mengacara, sekurang-kurangnya saya sudah bersedia malah, punya keyakinan diri untuk bercakap di khalayak."
Malah, Reen juga diberikan peluang untuk menyanyikan lagu runut bunyi (OST) bagi filem Soulmate. Bahkan Reen juga salah seorang pelakon dalam filem tersebut.
"Selain membintangi filem Soulmate, saya diberi peluang menyanyikan lagu runut bunyi (OST) bagi filem tersebut.
"Saya akui selalu berkaraoke, tapi ia tak sama apabila disuruh menyanyi. Agak seram jugalah."
Dalam pada itu, Reen turut mencari peluang menjalankan perniagaan.
Katanya, perniagaan yang bakal diusahakan ini merupakan jalan alternatif untuk menjamin masa depan.
"Saya memang sudah lama merancang untuk mempunyai perniagaan sendiri, suatu hari nanti."
"Kini saya bakal mengeluarkan sebuah produk kesihatan namun, semuanya masih lagi dalam proses kajian dan penyelidikan (R&D). Insya-ALLAH, R&D itu dijalankan di makmal di Korea."
Apapun, semoga karier Reen semakin berkembang dan usahanya untuk menjadi pelakon terbaik berbaloi.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,833 total views, 2,833 views today
No comments:
Post a Comment