Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Lapor Sinar Harian, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9 malam itu, K Kishen, 16, didatangi oleh empat lelaki yang menaiki dua motosikal ketika berjalan bersendirian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mangsa yang juga seorang pelajar di sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bijaya Setia dipercayai dihalang oleh lelaki-lelaki berkenaan sebelum salah seorang dari mereka menikam dada mangsa dengan senjata tajam.
Menurutnya lagi, mangsa berlari sejauh 30 meter dan rebah tidak sedarkan dri di hadapan sebuah pasar raya selepas ditikam.
"Orang ramai yang melihat keadaan mangsa terus menghubungi ambulans dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).
"Namun ketika dalam perjalanan, mangsa disahkan maut," katanya.
Me nurut beliau lagi, susulan kejadian, seorang remaja lelaki 15 tahun direman pagi semalam sehingga 26 Januari ini untuk membantu siasatan. - Siakapkeli.my
No comments:
Post a Comment