Recent Post

Friday, January 22, 2016

Mengejutkan! Dira Abu Zahar Ceburi Bidang Baru


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

9 Shares

Share

Share

Share

Email

Sebelum ini, pelakon Dira Abu Zahar pernah disamun namum dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. – Dira Abu Zahar Menjadi Mangsa Samun

Selepas lama menyepi, rupanya Dira Abu Zahar telah melibatkan diri dalam bidang politik selain dari karier seninya. Dira memegang jawatan Exco dalam Puteri UMNO untuk menyatukan bangsa Melayu yang sering berpecah belah.

Gara-gara perbalahan kaum yang sering berlaku di kalangan kaum Melayu menjadi pendorong kepada beliau untuk menceburi bidang politik.

"Bangsa kita semakin berpecah-belah. Saya takut sebenarnya melihatkan keadaan kepincangan bangsa kita. Generasi muda terutamanya menjadi pelapis untuk masa depan.Maka penting untuk mereka memahami konsep penyatuan sesama bangsa."

"Biarlah berbalah bagaimanapun, kita tetap satu bangsa dan hubungan seperti adik-beradik ini tidak seharusnya putus begitu saja."

Dira 2

Namun, selepas pengumuman jawatan Dira dalam Puteri UMNO, dia telah dikecam oleh peminat. Rata-rata netizen memberikan komen yang negatif atas perlantikan jawatan tersebut.

"Saya turut terkena tempias apabila banyak pihak memberi komen negatif mengenai pengumuman pelantikan saya sebagai EXCO Puteri UMNO. Secara tiba-tiba ada pihak yang mencaci dan mengeji saya tanpa sebab yang munasabah."

"Benar, saya terbuka untuk menerima kritikan membina, namun biarlah ia berasas dan disertakan dengan cadangan penyelesaian kepada masalah yang dibangkitkan. Ada sesetengah pihak yang marah dan mengeji tanpa sebarang motif."

Dira 1

Peranan Dira dalam jawatan itu adalah untuk menerajui bahagian sayap parti UMNO dan merancang aktiviti politik santai. Bahkan Dira diamanahkan untuk menerapkan elemen seni untuk golongan muda.

"Semestinya saya merujuk kepada pihak yang lebih arif mengenai perkara ini. Namun, saya ingin menarik minat belia untuk menanam kepercayaan kembali kepada UMNO seperti sebelum ini."

"Walaupun saya bukanlah muda remaja lagi, namun saya berharap dapat mendekati generasi baharu dengan lebih dekat lagi. Saya ingin mendengar pendapat dan luahan hati mereka serta turut sama mencari jalan penyelesaian."

Malah, bagi dirinya, dengan adanya media sosial ini boleh dijadikan sebagai medium kepada orang ramai untuk menyalurkan segala maklumat atau cadangan kepada pemimipim negara.

"Lebih mudah untuk memberi cadangan dan kritikan membina menggunakan media sosial. Teknologi masa kini membolehkan orang ramai menghantar mesej terus kepada pemimpin. Sekarang, lebih mudah untuk berkomunikasi dengan pemimpin berbanding dulu."

Dira 3

Apapun, satu perubahan yang bagus ke arah untuk menyatukan bangsa Melayu. Jarang sekali kita lihat artis ceburi bidang politik, namun Dira seorang wanita yang berani untuk menyahut cabaran itu.

LAGI ARTIKEL SEBELUM:

  • Raja Ilya Kongsi Pengalaman Pernah Dirasuk, MENYERAMKAN!
  • Ibu Adira Menangis Kerana Keyboard Warriors!
  • Sayu! Adira Masih Sayangkan Bekas Tunang?
  • 1,308 total views, 1,308 views today

    , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,



    Smiley :)
    :D
    :)
    :[
    ;)
    :D
    :O
    (6)
    (A)
    :'(
    :|
    :o)
    8)
    (K)
    (M)

    No comments:

    Post a Comment

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *