Recent Post

Saturday, January 23, 2016

Nazim Othman, Bella Dally Sah Bertunang Sejak November


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

nazim-1

SEBELUM ini memang ada desas-desus menyatakan aktor kacak Nazim Othman dan Bella Delly hangat bercinta. Namun, masing-masing tidak pernah mengulas lanjut mengenai status hubungan yang terjalin itu.

Tup-tup menerusi laporan terbaharu program Hlive!, pasangan ini dikatakan telah mengikat tali pertunangan baru-baru ini di Kota Kinabalu, Sabah.

nazim-2112626zh60s2ub6b61i608

Bagi menjawab tanda tanya peminatnya, Nazim menerusi akaun Instagram peribadinya mengesahkan khabar berita tersebut.

Menurut Nazim, keluarganya telah bertemu dengan ibu bapa Bella dan mereka telah mengikat tali pertunangan pada 14 November tahun lalu.

116

Jelasnya lagi, dia telah melamar Bella ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Aku Balqis di Langkawi, Kedah.

"Pada tanggal 14 November 2015, ketika saya berada di Korea Selatan untuk penggambaran sebuah drama, keluarga saya menemui keluarga Bella di Kota Kinabalu dan bermula hari itu dia adalah tunangan saya," tulisnya.

Dalam pada itu, Nazim turut memberitahu yang mereka akan mengumumkan tarikh pernikahan selepas segala persiapan perkahwinan mereka selesai.

Tahniah kami ucapkan dan semoga segala persiapan majlis mereka dipermudahkan.

Berita berkaitan:

Saya tertekan, kata Eina Azman

Persembahan hambar, Achey terima kritikan

Aaron masih hidup, nafi meninggal

Shafimie Bakal Pengganti Shaheizy Sam?

Fasha Sandha Sah Bercerai Talak Satu

Komen

comments




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *