Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Dua produk keluaran syarikat kosmetik jenama terkenal Vida Beauty Sdn. Bhd. (Vida Beauty) milik usahawan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang pernah menjadi penaja utama Gegar Vaganza 2, telah diharamkan penjualannya oleh Malaysia serta Brunei.
Dua produk yang dimaksudkan adalah produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Ini kerana produk berkenaan didakwa mengandungi bahan-bahan yang berbahaya.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Brunei menerusi akhbar The Brunei Times turut mengharamkan dua produk keluaran syarikat tersebut.
Selain itu, Brunei turut mengharamkan produk kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal kerana didapati mengandungi spironolactone yang boleh menyebabkan kelesuan, kekeliruan, mengantuk, pening, rasa tidak selesa pada payu dara dan menyebabkan ia besar, haid tidak teratur, kejang, keguguran rambut serta ruam kulit.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment