Recent Post

Wednesday, March 16, 2016

Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April ini - Kosmo!


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Cuaca panas diramal beransur baik menjelang April ini

16/03/2016 1:01pm

fenomena El Nino kini berada dalam fasa menurun.

KUALA LUMPUR - Cuaca panas melampau dan kering akibat fenomena El Nino ketika ini diramal beransur baik menjelang April ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, musim peralihan monsun itu akan menyebabkan cuaca di negara ini akan kembali lembap dan mengurangkan suhu panas yang dialami ketika ini.

"El Nino yang melanda negara sejak Disember dan Januari lepas merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun," katanya.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Fredolin Tangang pula berkata, fenomena El Nino itu kini berada dalam fasa menurun.

"Kita mengalami keadaan panas luar biasa dalam fasa penurunan fenomena ini terutamanya dalam bulan ini," katanya. - Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *