Recent Post

Wednesday, March 16, 2016

Puas, Makan Mewah Tapi Harga Berpatutan


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Siapa yang mampu menolak jika dihidang dengan makanan seperti berada di restoran mewah dan enak tetapi hanya perlu membayar dengan harga yang sangat berpatutan.

Anda pasti tak sangka di café gaya elegan baru dibuka lebih kurang sebulan yang lalu iaitu 13 Thirteen Street Café ini menyediakan pelbagai menu yang enak mengikut apa jua citarasa dengan harga yang sangat berpatutan.

Meskipun Suudu hanya dihidangkan 4 menu sahaja oleh pemiliknya ketika berkunjung ke café ini, namun sudah cukup penulis ishtiharkan ia antara café atau restoran yang akan menjadi kegemaran ramai tak kira usia.

Penulis kata begitu kerana di 13 Thirteen Street Café mempunyai konsep ' semua ada' apabila menyediakan makanan daripada makanan tempatan, makanan barat, ikan bakar serta pemanis mulut.

Malah makanannya juga cukup rasa dan sungguh enak sebaik sahaja ia masuk ke mulut penulis serta boleh dikatakan semua memenuhi citarasa atau tekak anda.

Penulis mulakan dengan menu Special Waffle Ice Cream. Saat ia dihidang depan mata, dekorasi pemanis mulut ini sahaja sudah mula membuat penulis terpukau. Rasanya pula memang tidak disangkal lagi, memang enak dan cukup rasa lemak waffle apabila dimakan bersama aiskrim vanilla serta sedikit rasa masam buah beri yang dihidang bersama.

Hidangan kedua adalah Nasi Daging Air Asam. Nasinya sahaja sudah cukup rasa dengan rempah ratus dimakan pula dengan daging bakarnya ia bagai melengkapi makan tengahari anda. Hidangan mewah sebegini hanya berharga RM10.50.

Seterusnya, Grilled Chicken Chop. Daging ayam ini sangat lembut dan rasa rempah marinated cukup sempurna  dimakan sekali dengan mash potato dan sos lada hitam.

Andai kata mahukan kemewahan, Suudu cadangkan anda pilih Combo BBQ Ribs & Lamb Shank. Saiz hidangannya cukup berbaloi pada harga yang cukup berpatutan, hanya RM65.90. Bahagian luarnya dipanggang sempurna sehingga terasa kerangupan pada setiap gigitan. Menu ini disajikan bersama spaghetti, kentang putar, salad dan sos lada hitam.

Café milik Fauziah Din dan anak saudaranya Muhammad Izzul Haziq itu dibuka setaip hari ekcuali Isnin bermula sarapan pagi pada jam 9 hingga 10.30 malam.

Artikel oleh Syafiqah Jalal

Foto kredit Shahril Azman Zain

Artikel ini disiarkan pada Rabu, 16 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *