Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Pelakon yang popular sekitar tahun 80 an, Datuk Seri Shah Rezza tidak dapat menahan lagi rasa sabar beliau selepas terpaksa menunggu seorang artis yang agak diva selama dua jam bagi menjalani rakaman untuk program Hari Raya.
Kecewa dengan sikap artis berkenaan, Shah Rezza bertindak untuk meninggalkan set penggambaran dan tidak mahu terlibat dalam program berkenaan.
Semalam saya menunggu seorang artis selama dua jam di lokasi rakaman program bual bicara raya, akhirnya saya ambil keputusan untuk balik sahaja.
Pihak produksi berjanji untuk mulakan rakaman awal dan saya sudah bersiap sedia, namun disebabkan artis tersebut tidak sampai, rakaman ditundakan sehinggalah hampir masuk waktu berbuka puasa.
Malah Shah Rezza juga terkilan kerana artis berkenaan tidak memohon maaf atas kelewatannya. Pernah bekerjasama dengan Aaron Aziz didalam drama Tuan Anas Mikael, Shah Rezza memuji sikap aktor itu yang berbudi bahasa dan menghubungi beliau secara peribadi dan memohon maaf kerana lewat ke lokasi penggambaran.
Sebelum ini saya ada berlakon dengan artis terkenal seperti Aaron Aziz dan jika dia lambat ke lokasi dia akan mesej saya secara peribadi untuk minta maaf kerana lewat.
Itu adalah cara sebenar untuk menghormati orang lebih tua daripada kita, perkara ini saya sudah praktikkan ketika saya muda lagi. Pada saya perlu ada rasa hormat antara artis baru kepada artis lama.
Manusia ini ada batas kesabaran masing-masing, kalau lewat sehingga setengah jam itu tidak lah teruk sangat, tetapi kalau sudah beberapa jam memang tidak patutlah. Tiada siapa yang suka menunggu lama-lama bukan? Apa salahnya untuk meminta maaf dan memaklumkan kepada pihak produksi jika tidak dapat hadir awal ke lokasi.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
No comments:
Post a Comment