Recent Post
Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu."

Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.

Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.
"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.

Sumber: Malaysiakini
Read more ...

Saturday, September 19, 2015

Hubungan Cina, Melayu di tahap tidak baik

Padang Merbuk dipenuhi penyokong perhimpunan baju merah atau himpunan rakyat bersatu.

Padang Merbuk dipenuhi penyokong perhimpunan baju merah atau himpunan rakyat bersatu.
KUALA LUMPUR – Dua perhimpunan besar yang berlangsung di ibu kota iaitu Bersih 4.0 dan Himpunan Baju Merah menggambarkan hubungan etnik, khususnya Cina dan Melayu di negara ini, berada di tahap tidak baik.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, situasi ini boleh mencetuskan konflik yang lebih besar jika tidak diuruskan dengan baik.

"Ini bukan lagi soal baju kuning atau merah. Tetapi dua himpunan ini telah memperlihatkan manifestasi bahawa hubungan etnik Cina dan Melayu yang semakin tegang.

"Sedangkan selama ini kita hidup aman damai dalam tetapi kebelakangan ini berlaku cabar-mencabar antara kaum. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang untung, bak kata pepatah kalau menang jadi arang, kalah jadi abu," katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan peserta yang memainkan isu perkauman di kedua-dua perhimpunan juga hanya akan menjejaskan imej negara di mata dunia.

"Di persada antarabangsa kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang gagal menguruskan hubungan etnik. Semua ini bawa keburukan kepada negara kita," katanya.

Menurutnya, isu tersebut jika tidak akan timbul sekiranya rakyat Malaysia tidak menjadikan perhimpunan beramai-ramai sebagai satu budaya.

"Seperti kita tahu, kelakuan manusia tak dapat dikawal apabila berkumpul beramai-ramai. Yang penakut pun boleh jadi berani apabila dihasut.

"Kadang-kadang himpunan disabotaj dan keadaan menjadi huru-hara. Semua perkara ini tak dapat dielakkan dalam mana-mana perhimpunan," katanya.

Menurutnya, terdapat cara lain untuk rakyat mengusulkan tuntutan iaitu menerusi sistem demokrasi berparlimen.

"Bersih 4.0 membawa lima tuntutan, manakala himpunan baju merah ada 14 resolusi. Tetapi tak perlu pun semua itu dibawa melalui perarakan atau himpunan sebegitu.
"Sebab kita ada saluran yang lebih beradab melalui sistem demokrasi kita. Semua isu dan tuntutan itu boleh dibangkitkan oleh wakil rakyat di Parlimen," katanya.

Sumber: 1Malaysianews.com
Read more ...

Wednesday, July 15, 2015

Orang kata Cina kuat menipu

Mengapa perlu diketengahkan -Cina memang suka menipu gajet di Low Yat- 
dan -Melayu miskin sebab itu suka mencuri-? Gambar: Astro Awani

Tak ramai orang bukan Islam dan Melayu yang saya kenal sepanjang saya membesar hinggalah ke hari ini. Membesar dalam jagaan pasangan yang berasal dari tempat orang-orang kampong di Besut, Terengganu dan Kelantan, kalau ada apa-apa pun cuma sebab nak beli kasut di Tanah Merah.

Walaupun kerap berpindah dan pernah paling lama tinggal di Rawang, Selangor selama empat tahun, saya masih, dengan amat sukar, cuba mengingat nama seorang rakan kaum India sebelah meja yang enggan membantu saya belajar bahasa Inggeris sedang saya terseksa mempelajarinya.

Ya, saya amat sukar nak menyebut nama-nama orang bukan Islam dan Melayu yang saya pernah kenal, kecuali mungkinlah beberapa orang ketika saya sudah besar seperti Encik Lamat Nyalau, penolong ayah saya ketika di Miri, Prof. Madya Dr. George P. Joseph, pensyarah di universiti saya, Cik Rani, pensyarah Anatomi baharu kami di sini dan Dr. Chong, pensyarah psikiatri di universiti kami juga.

Memang sudah jadi makanan harianlah bila nak pergi kedai, selalu dipesan “Tak payah pergilah workshop Cina tu, kuat menipu. Dia kata kena tukar tayar dah bocor padahal elok je lagi!” dan “Cina tu nak kumpul duit kayakan orang dia je. Kita ni tak lama merempatlah jawabnya,”.

Namun secara fitrahnya, semakin banyak kita belajar seiring umur, semakin banyak makna yang ingin kita cari; adakah Cina memang dilahirkan ingin berhijrah dan merampas hak orang? Memang mereka suka menipu dan memonopolikah?

Akhirnya, jalan pada menemui persoalan itu ditemui juga apabila seorang kenalan di Facebook, Hafodz Baharom memperkenalkan saya kepada kumpulan Aura Merdeka, Ikatan Sejagat (AMIS) yang mengumpulkan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan latar belakang hidup yang diasaskan oleh saudara Tariq Ismail bagi menggalakkan dialog sihat bagi menghilangkan prejudis dan mencari jalan tengah.

Walaupun tidak lama di sana memandangkan saya telah membuang akaun Facebook saya sementara ini, sepanjang berdialog di sana, cukup banyak pencerahan saya temui.

Mungkin ramai Melayu tidak percaya, namun hakikatnya di kota ini, orang Cina dan India juga selalu juga ditipu jika tidak bijak berurusan di pusat-pusat servis kenderaan yang juga dimilikibukan Islam dan Melayu.

Hakikatnya, segregasi kaum masih lagi ketara antara kita. Hari ini kita masih lagi melihat banyak masalah dalam urusan yang melibatkan lebih daripada satu kaum sebagai isu kaum berbanding melihat isu itu sendiri secara objektif.

Adakah patut setelah hampir 60 tahun merdeka kita masih gagal membezakan “Cina menipu” dengan ketamakan golongan peniaga?

Kawan sekolah rendah yang enggan menolong saya belajar bahasa Inggeris ketika di sekolah redah dahulu, adakah kerana dia daripada kalangan kaum India yang “enggan menolong Melayu” atau dia cuma seorang murid pandai yang sombong?

Sebab inilah penilaian ramai antara kita amat memalukan apabila disiarkan berita pergaduhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Memanglah pergaduhan itu sesuatu yang serius tetapi sebagai warga Malaysia yang sepatutnya sudah matang pembentukan bangsanya, lebih-lebih lagi warga kota pula, bagaimana boleh kita terima penilaian isu ini dengan kaca mata kaum?

Mengapa perlu diketengahkan “Cina memang suka menipu gajet di Low Yat” dan “Melayu miskin sebab itu suka mencuri”? Lawak sungguh kita tak boleh melayan mereka seperti orang-orang dewasa dan menhina daya intelektual diri sendiri dengan mengaitkan kaum dengan jenayah.

Pada skala besar, mungkinlah boleh dikaitkan sedikit sebanyak dengan kaum; contohnya statistik penagihan dadah. Itu pun sebenarnya dipengaruhi besar faktor sosioekonnomi. Tetapi untuk menilai kes per kes, biarlah siasatan dan penroses pengadilan mengikut jalan undang-undang yang sah mengambil tempat.

Atas sebab sesuatu yang malang terjadi dalam hubungan antara kaum ketika mula-mula merdeka tidak mewajarkan kita meneruskan cerita malang dahulu dan berputus asa membuka lembaran baru hubungan etnik ini.

Banyak lagi hal yang lebih besar untuk dibincangkan besar-besaran berbanding satu kes untuk diuar-uarkan sebagai “masalah hubungan”. Ironinya, kecendurangan membesar-besarkan hal sebeginilah sebenrnya bukti masalah hubungan kaum itu sendiri.

Jika kita benar-benar serius ingin memulihkan ketengangan kaum ini, banyakkanlah menyertai dialog dan aktiviti yang dianjurkan oleh banyak pihak seperti ziarah rumah ibadat oleh Kavyan dan program-program lain anjuran Gerakan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku, sebagai contoh. Untuk kesan jangka masa panjang, adalah amat baik untuk kita menyokong usaha positif phak seperti Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) dalam meningkatkan jurang sosioekonomi kaum Melayu dan Bumiputera agar dapat memberi buah positif hubungan antara kaum.

Menjelang akhir Ramadan dan menuju sambutan Hari Raya Fitrah ini, seharusnya kita kurangkan menyemai kebencian dan semarakkan muhibbah, selari dengan fitrah manusia yang saling saying-menyayangi.

Sumber


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Orang kata Cina kuat menipu
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *