Recent Post
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label Najib Razak. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

Pak Samad: Ini bukan zaman silat

Ketika Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa pesilat akan mempertahankan kerajaan hingga titisan darah terakhir, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said memberikan takrifan baru kepada seni bela diri itu.

"Bagi saya silat sekarang sebenarnya adalah khazanah untuk dipertunjukkan sahaja bukan untuk mempertahankan diri lagi," katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya hari ini.

Samad yang menyertai DAP baru-baru ini menegaskan, perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan persilatan tidak begitu ampuh untuk mempertahankan negara.

Katanya, pada zaman ini pertentangan boleh berlaku dan pihak berseteru boleh dikalahkan dengan tembakan dari jarak jauh.

"Kita tak lagi guna keris," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
Beliau yang mendapat pengiktirafan tertinggi kerajaan terhadap penggerak kesusasteraan dan kesenian pada 1985 berkata, apa yang berlaku pada perhimpunan pesilat semalam adalah simbolik yang menunjukkan ketakutan bangsa Melayu."

Semalam, perdana menteri menghadiri perhimpunan 15,000 pengamal persilatan bersama bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

Dalam ucapan penuh bersemangat itu Najib memuji pesilat terbabit kerana sanggup mempertahankan kerajaannya.

Kata Samad, orang ramai perlu memahami dan melihat persilatan daripada suduh pandang kesenian.
"Pada zaman ini kita tidak lagi menggunakan silat (untuk mempertahankan negara)," katanya.

Sumber: Malaysiakini
Read more ...

Sunday, August 09, 2015

"Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam" Luahan SEDIH Najib Razak

'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan ketua bahagian parti itu berhubung isu dana politik.


Akhbar The Star melaporkan, Najib memberitahu perwakilan Umno Bahagian Tun Razak yang beliau berbuat demikian demi kepentingan parti.

"Apa sahaja yang saya buat sebagai Presiden Umno, walaupun jika saya terima dana, semuanya untuk parti.

"Saya telah membantu bahagian-bahagian, termasuk memberi mereka peruntukan bulanan untuk menguruskan pejabat mereka.

"Umno di bawah pimpinan saya telah melakukan banyak aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR), hantar orang tunaikan haji dan baiki rumah-rumah usang.

"Apa yang berlaku ialah mereka diamkan diri, selepas mereka dapat duit, tetapi bila saya diserang, semua orang diam," katanya.

Najib menafikan dirinya adalah pemimpin autokratik dan tidak perlu dikelilingi 'Yes men'.

Tegasnya, beliau boleh terima perbezaan pendapat, kerana ia dapat memberi perspektif berbeza.

"Kami boleh bertukar-tukar idea, malah berdebat dalam mesyuarat, tetapi apabila pucuk pimpinan buat keputusan, kami perlu sokong parti. Kami perlu tunjuk satu barisan bersatu," katanya.

Pagi tadi, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan kebimbangannya terhadap ahli bermuka-muka yang takut memberitahu pemimpin kesalahan mereka lakukan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Pagoh sambil menyuarakan kegusarannya mengenai kewujudan ahli parti yang bermuka-muka.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menambah, semakin lama seseorang itu memegang jawatan, maka cabaran yang perlu dihadapinya semakin hebat.

Ini merujuk kepada ahli-ahli yang tidak menegur kesalahan pemimpin, walaupun jelas berlaku kepincangan dalam sesuatu isu.
Read more ...

Thursday, August 06, 2015

(video) PANAS!!! Akhirnya Datuk Seri Najib MOHON MAAF!!!

jibby

PANAS!!! Akhirnya Datuk Seri Najib MOHON MAAF….Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas sebarang kekhilafan yang dilakukannya sempena sambutan majlis rumah terbuka hari raya.

Read more ...

Wednesday, August 05, 2015

SPRM Sah Penderma RM2.6 Bilion Asal Timur Tengah

PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini jawapan yang pasti ditunggu-tunggu.

Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini lewat Rabu mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk menjelaskan hal sensasi berhubung sumbangan derma misteri berkenaan.

Namun perkara pokok yang paling utama SPRM sudah berjaya mengesahkan ia telah pun tahu identiti penderma yang berasal dari Timur Tengah tetapi tidak dapat mendedahkan identitinya buat masa ini.

SPRM juga telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma mengenai derma yang diberi kepada Perdana Menteri itu sekali gus mengesahkan ia tiada kena-mengenai dengan 1Malaysia Development Berhad.

Pihak suruhanjaya telah mendapat tahu berhubung butiran terperinci penderma tersebut melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank.

Ini kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri dan dalam dokumen tersebut ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion itu adalah memang sebagai derma.

Sumbangan RM2.6 billion itu malah tiada kaitan langsung dengan isu 1MDB. Perbincangan juga telah dibuat dengan Peguam Negara yang meminta SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH SPRM:

PENJELASAN MENGENAI ISU DANA RM2.6 BILION DAN SIASATAN SRC  INTERNATIONAL

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa siasatan SPRM hanya memfokus ke atas isu berkaitan dengan SRC International dan kemasukan dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun YAB Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
SPRM mendapati banyak pihak masih tidak jelas atau terkeliru dengan menganggap bahawa SPRM telah menghentikan siasatan berkaitan dengan isu SRC International atau pun mengenai dana RM2.6 bilion.

Oleh itu, SPRM mahu menjelaskan beberapa perkara.

· SIASATAN BERKAITAN 1MDB
Sebagaimana telah disebutkan beberapa kali sebelum ini, SPRM menekankan bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan isu 1MDB. Sebaliknya, siasatan keseluruhan kes 1MDB dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia. SPRM berharap orang ramai akan memahami bahawa siasatan SPRM tiada kaitan dengan 1MDB.

· SUMBANGAN DANA RM2.6 BILION DITERIMA OLEH PERDANA MENTERI
Sebagaimana disebutkan dalam kenyataan media bertarikh 3 Ogos 2015, hasil siasatan SPRM mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma yang disumbangkan oleh pihak tertentu. SPRM tidak boleh mendedahkan identiti pihak yang mendermakan dana RM2.6 bilion kepada YAB Perdana Menteri.

Bagaimanapun untuk makluman orang ramai, SPRM telah memperoleh penjelasan daripada pihak penderma tentang derma yang diberi kepada YAB Perdana Menteri. SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri. Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma.

SPRM telah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Timur Tengah dan pihak berkaitan juga telah mengesahkan sumbangan derma tersebut.
Sumbangan derma RM2.6 billion itu tiada kaitan langsung dengan 1MDB.

Perbincangan juga telah diadakan dengan Peguam Negara Malaysia yang meminta supaya SPRM membuat penjelasan mengenai perkara ini sementara siasatan masih dijalankan.

Sehubungan itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan diminta untuk memberi penjelasan mengenai sumbangan derma yang diterima beliau kepada SPRM.

· SIASATAN MENGENAI SRC INTERNATIONAL
SPRM juga ingin mengulangi bahawa siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih dijalankan oleh SPRM. Siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion dan isu SRC International merupakan dua perkara yang berbeza.

Oleh itu, SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB.

Diharap penjelasan ini akan memberi gambaran sebenar mengenai isu yang disiasat oleh SPRM. SPRM sekali memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. Adalah diharapkan semua pihak memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh tanpa membuat sebarang spekulasi.

Sebagai Suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa fear or favour. SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan.

· KEDUDUKAN PASUKAN PETUGAS KHAS
Mengenai persoalan mengapa SPRM yang membuat kenyataan media pada 3 Ogos 2015 tanpa penglibatan Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, ingin dijelaskan bahawa SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing.

Di peringkat SPRM, pasukan petugas khas dalaman bagi menyiasat kes SRC International dan sumbangan derma RM2.6 bilion masih diteruskan.

Agensi masing-masing mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara Malaysia untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA PUTRAJAYA

Read more ...

Sunday, August 02, 2015

Di Melaka hati Najib senang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu kepada beliau dalam satu majlis malam ini.
Walaupun belum diluluskan, Najib berkata, dia akan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melihat kepada projek yang dicadangkan itu dan percaya timbalan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan turut memberi sokongan.

"Saya nak nyatakan di saya akan bawa cadangan ini dan saya akan bincang dengan jemaah menteri setelah diteliti EPU.

"Saya lihat memang ada potensi dan seluruh coastal highway (lebuh raya pesisir pantai) ini akan berjaya," katanya berucap di majlis Malam Solidariti Aidilfitri di Melaka malam ini.



Janji diberi Najib itu ekoran kegembiraan beliau melihat kehadiran ramai orang ke program berkenaan.

Selain mendengar uca pan daripada Najib, mereka juga berharap dapat memenangi sesuatu daripada cabutan bertuah disediakan penganjur.

Antara hadiah disediakan ialah kereta dan motosikal.

Terdahulu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (gambar) meminta kerajaan Pusat meluluskan projek laluan pesisir pantai di negeri itu yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.
Kata Najib beliau gembira dengan kehadiran orang ramai dan semangat berkobar-kobar rakyat Melaka "terserlah" ketika beliau dan isteri Datik Seri Rosmah Mansor, tiba di majlis berkenaan.
Kembar Melaka, Guandong

Menurut beliau, Idris menjanjikan seramai 50,000 orang untuk menghadiri program bersamanya malam ini.

"Bila dilihat saujana mata memandang, lebih 50,000. Oleh itu saya mengisytiharkan KPI (indeks prestasi utama) Ketua Menteri Melaka dipenuhi sepenuhnya.
"Dari segi kualiti, dan semangat berkobar-kobar rakyat Melaka terserlah apabila saya dan isteri tiba tadi.

"Sebab itulah saya sangat senang hati dan berasa senang berada di Melaka. (Saya) akan beri pertimbangan sebaik mungkin atas permintaan Ketua Menteri Melaka," katanya.
Perdana menteri juga meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM180 juta bagi projek Sungai Melaka serta memanjangkan landasan lapangan terbang di negeri itu.
Katanya, ia selaras dengan kelulusan diberi kabinet untuk Melaka menjadi negeri kembar kepada bandar Guandong di China.

"Saya yakin perjanjian (antara Melaka dan Guandong) akan dimeterai dalam masa terdekat. Guandong jadi rakan bangunkan Melaka dan perdagangan meningkat.

"Saya yakin (melalui projek) menaik taraf lapangan terbang, kapal terbang dari Guandong boleh mendarat di sini.

"Tak boleh kata lapangan terbang antarabangsa kalau ada satu dua kapal terbang sendiri saja (menggunakannya)," katanya.
Read more ...

Monday, July 13, 2015

Saman PM terhadap Harakah berhubung 1MDB didengar 23 Julai

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata, sepatutnya hari ini mahkamah akan mendengar permohonan itu, tetapi ditangguhkan selepas defendan pertama (Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob) memohon masa untuk meneliti dokumen berkaitan yang diperoleh Jumaat lalu.

Najib memohon untuk membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan itu, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan. Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan. Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau sudah menyalah guna dana 1MDB. Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa. Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan. - BERNAMA

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *