Recent Post
Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

Sunday, August 09, 2015

Kata Ustazah - "Minum Susu Lembu, DNA Lembu Masuk Badan Bayi Jadi Viral

"Minum susu lembu, DNA lembu masuk badan bayi... bayi jadi pemarah"



Gara-gara ulasan seorang Ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 yang membincangkan mengenai kebaikan dan khasiat susu ibu kepada bayi, ramai ibu-ibu berang kerana kata-kata yang dikeluarkan oleh Ustazah membelakangi ilmu sains yang sebenar mengenai susu lembu.



"Kalau kita bagi susu lembu, maka DNA lembu akan masuk ke dalam bayi. Jadi ia akan mempengaruhi akhlak bayi. Mungkin bayi akan membesar menjadi orang yang pemarah sebab lembu ini cepat marah." katanya dalam 3 screenshot rancangan itu yang tesebar. Berikut respon pengguna media sosial yang rata-ratanya daripada para ibu: Cikgu Al Mumin Al Kanta: "DNA hanya boleh bercampur melalui persenyawaan, kejuruteraan genetik atau serangan virus.

Rasanya itu saja, setakat ilmu yg aku adalah... Mushaibah Fauzi : "Kalau bg anak minum susu kambing jd busuk mcm kambing ke cane ustazah..sbb tadi ustazah kata bg minum susu lembu jd pemarah mcm lembu.

Ustazah minum susu apa ea dulu?" Nor Umie Shamsul : "Lepastu ape bende merepek kalo susukan ank gune susu formula anak jd pemarah mcm lembu?bile pulak lembu pemarah?? kerbau yg pemarah.. Y org tak mampu nak susukan anak tu mcmne?? Altenatif terbaik bagi orang susukan anak. kite lebih baik dari bagi susu formula?? apebende ustazah ni?? nak ikut masa zaman nabi ibu susuannya halimatul saadiah... Tu zaman nabi.. Nabi soh berdakwah ikut zaman.. Cakap pakai otak sikit.. Jg hati ibu2 yg tak mampu susukan ank.. Ibu mana yg taknak susukan anak sndri??? HasRien MamaNaaila :

"Aku betoi xpuas hati bila dia kata bila susukan anak dgn susu lembu akan dpt DNA lembu dan akan jadik pemarah mcm lembu. Sbb lembu tu kan pemarah.... weeeeiiii ostajah..... ko kena ingat walaupun sume saluran ssu ibu adalah kecik dan sama Allah kurniakan...tp ko kena sedaq...yg rezeki manusia allah bg xsama... aku mmg xpuaih hati bab ni... mintak ko jelaskan jap...." Bella Tc : sakit hati dengaq cara ustazah tu cakap,seakan mghina kmi yg xdpt bg susu ibu utk anak..kmi.dah berusaha tp nk wt mcm mna..sedap mlut dia ja ckp ank nt jd pemarah mcm lembu..bodo punya ustzah..ckp xberlapik langsung..meluat aku..skit hati !!!!!
Read more ...

Saturday, August 08, 2015

VIRAL ! Dua Gadis Ini Bergaduh Besar Di Twitter Kerana Seorang Lelaki, Hensem Sangat Ke Lelaki Tu ???

Fuhh panas! panas! kalah drama petang-petang kat televisyen tu. Semalam kami terima kiriman dari follower kami di inbox bahawa terjadi nya pergaduhan besar-besaran di Twitter. Jadi kami pun buka la akaun Twitter milik kedua-dua wanita yang bergaduh ni. Memang teruk beb! Haa korang nak tahu puncanya? Puncanya adalah kerana seorang lelaki yang bergelar 'boyfriend'. Mengikut pemahaman kami, wanita A ni menuduh wanita B merampas boyfriend wanita A.. Yang wanita B pula cakap dia tak rampas pun.. Eh macam-macam lah! Kisahnya bermula.. Mula-mula wanita ni mengemas kini status di Twitter. Nampak macam moody semacam, tengah ada problem dengan boyfriend ke apa sampai emo macam ni? Beberapa jam lepas tu..
Dan perang pun bermula..
Like seriously awak cakap saya nak rampas boyfriend awak yang macam ni?
Couple 2 tahun? Ye ke ni?? Mungkin gadis di bawah ini mengenali  si Fara Boyfriend Amelyn datang backup!
'Ladies, please keep your class' Ada betulnya apa yang wanita tu tegur.. Iya lah, perkara macam ni elok bawa bincang supaya tak menimbulkan sebarang fitnah atau pemikiran negatif dari netizen. Harap-harap diorang ni satu hari nanti jadi BFF la ye.. Huhu Sumber Asal

Read more ...

Saturday, August 01, 2015

Tuhan lebih menyayangi

mahaizura@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Kami sudah ikhtiar buat yang terbaik, tapi ini kehendak Allah tak dapat diubah, ajalnya sampai juga," kata Mohd Rosli Abdul Rani,38, bapa kepada Raef Uqael yang meninggal dunia malam kelmarin selepas lebih tiga tahun menderita penyakit Biliary Atreasia atau kegagalan hati berfungsi tahap akhir.
Raef Uqael berusia empat tahun meninggal dunia pada jam 8.20 malam kelmarin ketika sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Shanghai Children Medical Center, Shanghai, China.
Menurut Mohd Rosli, dia menerima kehilangan anak tunggal mereka itu sebagai ujian daripada Allah.
"Saya tak terkilan sebab sudah berusaha sehabis baik untuk pulihkan masalah kesihatan anak kami selama dua bulan di sini (Shanghai).
"Cuma kami sedikit sedih lagi-lagi isteri saya sebab kami rasa macam ada harapan untuk anak kami itu sembuh," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Isteri Dilayan Seperti Orang Gaji

Kadang-kadang, bila keluar berjalan-jalan ke tempat awam, pasti ada ternampak situasi atau fenomena yang meruntun jiwa. Paling kerap dinampak:



  • Di Kedai Makan
  • Isteri dah macam sotong pegang baby, suap anak. Lepas itu, anak seorang lagi nak beraklah, apalah. Si suami pula makan dengan tenang setenang air dikali sambil tangannya memegang telefon bimbit, scroll Facebook, belek-belek dan like gambar di Instagram, senyum-senyum siamang baca WhatsApp!


  • Di Tempat Letak Kereta
  • Isteri basah ketiak masukkan anak dalam kereta. Lipat stroller, masukkan barang-barang yang dibeli. Si suami pula asyik bermain dengan telefon bimbit sambil menghisap rokok di tepi kereta. Suami jenis seperti ini, harap badan saja sado. Lebih baik jadi pondan saja.


  • Ketika Berada Di Eskalator
  • Bapa pegang telefon bimbit lebih erat daripada pegang anak sendiri. Anak-anak bermain di tali eskalator. Si adik pula melompat-lompat atas eskalator. Ya ampun, rasa nak bagi flying kick saja daripada belakang. Biar kau tersungkur dan tertelan telefon bimbit itu. Disebabkan ada suami berperangai seperti inilah berlakunya kes kaki anak tersepit eskalator.


  • Dalam pusat beli-belah
  • Si suami jalan jauh ke depan, si isteri pula dengan membawa perut yang sudah sarat, kepit anak-anak kecil dengan anak besar sambil menjinjit barang serta beg tangan lagi. Terkedek-kedek tertinggal di belakang. Apa si suami takut skandal ternampak yang dia sudah mempunyai isteri? Itu kejadian di luar rumah, yang nampak di mata masyarakat.

    Yang kita tidak nampak? Entah apa lagi yang perlu dihadap di rumah. Barangkali si isteri yang banyak buat kerja sampai nak pitam, suami pula asyik bermain dengan telefon bimbit dan tonton cerita kegemaran dia. Sedangkan si isteri sendiri lupa bila kali terakhir dia tengok cerita kegemarannya di televisyen. Pernah terbaca, ada suami yang masih dikategorikan tidak pandai menguruskan anak sendiri walaupun sudah beranak pinak.

    Tak tahu jaga anak, mandikan anak, pujuk anak, buat susu anak, dukung anak, suap anak makan, tukar lampin pakai buang anak, semua tak tahu, tak tahu. Apa yang mereka tahu hanyalah buat anak. Alahai suami, kalau nak belajar berenang, kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi, kena menyanyi. Kalau pandai nak buat anak, kenalah pandai jaga anak.  Inilah masalahnya, bukan suami tak tahu, tapi suami jenis ini malas nak ambil tahu. Orang lelaki, kenapa hanya gentleman bila masa nak mengorat isteri sebelum kahwin dulu? Bila dah kahwin, anak ramai, automatic mereka berubah menjadi heartless. Kalah majikan diorang di pejabat.

    Di pejabat, pandai pula mereka kecut tapi bila balik rumah, suami pula yang berlagak macam bos dan isteri pula dilayan macam bibik. Bila poket dah kering, pandai pula suruh isteri 'tong-tong'. Tapi kerja rumah satu pun tak nak tolong.  Apa, si suami ini fikir orang perempuan ini selepas selesai akad nikah, nak serah badan dia kepada suami untuk jadi susah ke? Untuk suami siat-siat hati dan perasaan mereka ke tetapi kesenangan dan kemewahan tak mampu pula nak beri?

    Selalu nampak perkara-perkara seperti ini dan ada kenalan sendiri yang juga menghadapi perkara-perkara seperti ini. Suami pemalas, suami curang, suami cuka main COC, suami rampas isteri anak buah, OMG! Apa nak jadilah dengan dunia sekarang? Aduhai kaum perempuan, bertabahlah walaupun awak solat pun dihujung-hujung waktu, tak sempat mandi, seharian buat kerja rumah, muka pun dah nak jadi seperti mak lampir, suami pula menyalahkan isteri dah tak cantik dan tak wangi.

    Jangan salahkan diri anda, sebab kalau dia kahwin lagi 74 kali pun, semua isteri-isteri dia turut akan menjadi mak lampir sebab suami tak pandai jaga bini. Dan untuk semua isteri-isteri seperti dalam cerita di atas ini, awak semua adalah superwomen! Walaupun suatu hari nanti anda 'dibuang', jangan gundah kerana anda sudah terbiasa dengan 1001 kepayahan. Anda akan survive dan buat yang masih bertahan, inshaAllah ganjaran dari Allah untuk anda. Di sana nanti, andalah di antara bidadari-bidadari yang paling cantik. Jauhkanlah keturunanku dan zuriat lelakiku daripada menjadi spesis rare-type yang minta kena lempang beramai-ramai ini, Ya Allah. Insha Allah, Amin.. Amin.. - Yat Zakie Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
    Read more ...

    Tuesday, July 14, 2015

    Remaja Singapura Di Malukan Oleh Mat Saleh


    VIDEO mengenai seorang lelaki mat saleh bertindak ‘membuli’ seorang remaja di dalam sebuah tren kerana pakaiannya di Singapura telah viral sejak beberapa hari lalu.

    Apa yang menarik perhatian masyarakat adalah keberanian seorang lelaki yang bertindak mempertahankan hak remaja tersebut.

    Lelaki mat saleh yang dilihat tidak puas hati dengan pakaian remaja tersebut yang tertulis perkataan ‘”I am F*king Special” itu mula mengejek dan memarahinya namun tidak diendahkan remaja tersebut.

    Mat saleh yang kelihatan acah-acah ‘bagus’ itu juga mengajak remaja tersebut bergaduh kerana tidak mempedulikannya.



    Namun, situasi mat saleh yang menunjukkan lagak itu ditegur oleh seorang lelaki yang cuba mempertahankan remaja itu.

    Setelah kedua-dua mereka bertengkar dan mat saleh tersebut dimarah kerana sikapnya yang keterlaluan, mereka berdua akhirnya diarah keluar dari tren tersebut oleh pegawai polis.

    Rata-rata netizen memuji sikap lelaki yang dikenali sebagai Elfy itu kerana berani menegakkan keadilan serta mempertahankan hak orang yang tidak bersalah.

    Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang rakannya, Nabilah Nasser, yang juga telah menerangkan situasi sebenar yang berlaku di dalam tren tersebut di laman Facebook miliknya.

    sumber: mynewshub.cc

    Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

    Remaja Singapura Di Malukan Oleh Mat Saleh
    Read more ...

    Monday, July 06, 2015

    Ringgit Hari Ini Jatuh Kepada Tahap Terendah

    Ringgit Hari Ini Jatuh Kepada Tahap Terendah, Prestasi matawang Paling Buruk Di Asia 





    KUALA LUMPUR: Nilai Matawang Ringgit Malaysia hari ini telah jatuh kepada paras terendah hari ini selepas tiada lagi tambatan ringgit pada dolar Amerika sejak tahun 2005.

    Memetik laporan Astro Awani, menurut penganalisis, kejatuhan nilai ringgit ini didorong oleh situasi semasa negara Greece yang disingkir dari Zon Euro dan laporan siasatan penyelewengan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isu wang 1MDB yang didedahkan World Street Journal.

    BACA: Wall Street Journal Dedah Berjaya Kesan AS$700 Juta Duit 1MDB Dalam Akaun Peribadi Najib

    BACA: Pakar Ekonomi Bagi Amaran, Kejatuhan Ringgit Petanda Kos Sara Hidup Akan Lebih Tinggi

    Menurut laporan Bloomberg, sehingga jam 9.30 pagi tadi, nilai matawang ringgit telah jatuh sebanyak 0.6% kepada RM3.8025 iaitu lebih teruk berbanding semasa kegawatan ekonomi tahun 1998 di mana Tun Dr Mahathir telah menambat nilai ringgit dengan dolar Amerika Syarikat RM3.80.

    Kesan kontroversi 1MDB juga turut mengheret turun ringgit sebagai prestasi  matawang paling buruk di Asia selain situasi politik luaran turut menjejaskan matawang ringgit.

    Selain itu penganalisis turut menjangkakan nilai ringgit akan terus jatuh pada paras 3.80 sekiranya situasi Greece terus tidak menentu.


    Sumber
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *