Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Yang kita tidak nampak? Entah apa lagi yang perlu dihadap di rumah. Barangkali si isteri yang banyak buat kerja sampai nak pitam, suami pula asyik bermain dengan telefon bimbit dan tonton cerita kegemaran dia. Sedangkan si isteri sendiri lupa bila kali terakhir dia tengok cerita kegemarannya di televisyen. Pernah terbaca, ada suami yang masih dikategorikan tidak pandai menguruskan anak sendiri walaupun sudah beranak pinak.
Tak tahu jaga anak, mandikan anak, pujuk anak, buat susu anak, dukung anak, suap anak makan, tukar lampin pakai buang anak, semua tak tahu, tak tahu. Apa yang mereka tahu hanyalah buat anak. Alahai suami, kalau nak belajar berenang, kena berenang. Kalau nak belajar menyanyi, kena menyanyi. Kalau pandai nak buat anak, kenalah pandai jaga anak. Inilah masalahnya, bukan suami tak tahu, tapi suami jenis ini malas nak ambil tahu. Orang lelaki, kenapa hanya gentleman bila masa nak mengorat isteri sebelum kahwin dulu? Bila dah kahwin, anak ramai, automatic mereka berubah menjadi heartless. Kalah majikan diorang di pejabat.
Di pejabat, pandai pula mereka kecut tapi bila balik rumah, suami pula yang berlagak macam bos dan isteri pula dilayan macam bibik. Bila poket dah kering, pandai pula suruh isteri 'tong-tong'. Tapi kerja rumah satu pun tak nak tolong. Apa, si suami ini fikir orang perempuan ini selepas selesai akad nikah, nak serah badan dia kepada suami untuk jadi susah ke? Untuk suami siat-siat hati dan perasaan mereka ke tetapi kesenangan dan kemewahan tak mampu pula nak beri?
Selalu nampak perkara-perkara seperti ini dan ada kenalan sendiri yang juga menghadapi perkara-perkara seperti ini. Suami pemalas, suami curang, suami cuka main COC, suami rampas isteri anak buah, OMG! Apa nak jadilah dengan dunia sekarang? Aduhai kaum perempuan, bertabahlah walaupun awak solat pun dihujung-hujung waktu, tak sempat mandi, seharian buat kerja rumah, muka pun dah nak jadi seperti mak lampir, suami pula menyalahkan isteri dah tak cantik dan tak wangi.
Jangan salahkan diri anda, sebab kalau dia kahwin lagi 74 kali pun, semua isteri-isteri dia turut akan menjadi mak lampir sebab suami tak pandai jaga bini. Dan untuk semua isteri-isteri seperti dalam cerita di atas ini, awak semua adalah superwomen! Walaupun suatu hari nanti anda 'dibuang', jangan gundah kerana anda sudah terbiasa dengan 1001 kepayahan. Anda akan survive dan buat yang masih bertahan, inshaAllah ganjaran dari Allah untuk anda. Di sana nanti, andalah di antara bidadari-bidadari yang paling cantik. Jauhkanlah keturunanku dan zuriat lelakiku daripada menjadi spesis rare-type yang minta kena lempang beramai-ramai ini, Ya Allah. Insha Allah, Amin.. Amin.. - Yat Zakie Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
No comments:
Post a Comment