Recent Post

Thursday, December 24, 2015

Adira Tidak Akan Hadir Pada Sidang Media Yang Dibuat Oleh Suaminya Hari Ini


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Penyanyi Adira memberitahu beliau tidak akan hadir pada sidang media yang dianjurkan oleh suami beliau , Datuk Seri Adnan Abu  di pejabatnya yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh hari ini bagi menjelaskan kontroversi tentang pernikahan mereka yang menjadi  viral sejak beberapa hari lepas.

Buat Adira beliau sudah menjelaskan perkara tersebut secara penuh sebelum ini dan tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan yang sudah dirancang oleh suaminya itu.

Tidak wajar untuk saya masuk campur urusan yang sudah dirancang pihak suami. Biarlah dia saja yang menjelaskan perkara sepatutnya.

Bukan tidak mahu mengambil tahu, tetapi lebih manis jika buat masa ini saya mendiamkan diri. Keadaan ini lebih baik untuk semua pihak.

Berita tentang Adira sudah berkahwin dengan seorang VIP mula tersebar apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red memuat naik foto beliau dan Adira dengan kapsyen seakan menggambarkan mereka berkongsi suami.

Tidak lama selepas itu, Adira tampil membuat pengakuan bahawa beliau sudah menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu hanya selepas tiga minggu berkenalan dan bernikah di Songkhla, Thailand.

TAGS: , , , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *