Recent Post

Thursday, December 24, 2015

'Mahal Dik, Tak Mampu Pakcik'


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Semasa beli barang tadi, seorang pakcik membelek-belek daging burger. Semua brand dia belek. Aku tegurlah sebab chiller yang barang aku nak beli sekali dengan chiller daging burger tu. "Burger Ramly lah sedap bang," Pakcik itu ambil dan tengok harga. Lama dia berfikir.  "Mahal dik, tak mampu pakcik," katanya. Dalam fikiran aku, tak sampai pun RM7.00 untuk sebungkus daging itu.  Dia ambil daging paling murah dan berkata, "Yang ini saja pakcik mampu. Anak suka sangat burger, nak beli yang dah siap masak, mahal. Ini tinggal anak kat motosikal dengan mak dia. Kalau tak, nak macam-macam," katanya lagi. Tiba-tiba aku rasa mata berpasir. Sambil dia berlalu pergi, aku capai tiga bungkus daging burger, aku tolak troli mengekori dia sampai ke kaunter, Sebelum sampai ke kaunter, tengok dia mengasingkan dulu duit RM2 dari poketnya. Kira-kira duit termasuk syiling. RM2 mungkin duit untuk minyak motosikal, dalam fikiran aku meneka.  Masa dia nak bayar, aku hulurkan daging burger yang diambil tadi.  "Minta kirakan sekali dengan burger yang pakcik ini ambil tadi, saya bayarkan," kata aku pada juruwang. Pakcik itu terkejut dan menolak dengan baik.  "Abang ambil ni, saya belanja anak-anak abang,". Aku jengah di pintu keluar, seorang isteri dan anak sedang menunggu di motosikal. Motosikal jenis Honda 70 yang agak usang. Anak dia melonjak-lonjak kegembiraan bila si ayah menunjukkan burger untuk santapan si anak.  Ya Allah, ketika kita rasa dalam kesusahan, sebenarnya ada yang lebih susah. Tetapi seorang ayah tidak akan menunjukkan kesusahannya demi mengembirakan anak-anaknya. Semoga mereka sekeluarga diberkati. - Along La Viva Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *