Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
SEMUT HITAM KALAU DI BERI "PERCUMA" PUN TAK LAKU!!!
Nampak gayanya, kenyataan Songsang yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu sebelum ini mendapat respon negatif dan sinis dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS disemua peringkat. Mana tidaknya. Kenyataan Si Wan Azizah yang dilihat cuba memenuhi kehendak puak - puak DAPigs tu hanya sekadar memperkecil - kecilkan kemampuan PAS secara terang - terangan. Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari memperli PKR sambil menterbalikkan kenyataan Presiden parti itu, Wan Azizah dalam akhbar Sinar Harian baru - baru ini. "Saya meraikan pandangan Presiden PKR, dan tentunya PAS ada pandangan sendiri pula berhubung isu ini."Cuma saya harap, tiada yang akan kata sebagai respon balas, "Kurang sambutan, PKR tiada kerusi di Kelantan. Saya harap sangat tiada kenyataan begini," katanya dalam Facebook. Sementara itu, Nazman Che Iberahim pula tampil membandingkan kenyataan Wan Azizah itu dengan keputusan tiga calon parlimen PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) di Kelantan. Di Parlimen Ketereh, kerusi yang ditandingi Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir tewas kepada calon BN, Tan Sri Anuar Musa, meskipun dua DUN di bawah parlimen itu, Melor dan Kadok dimenangi oleh calon PAS. Keadaan yang sama berlaku di Parlimen Tanah Merah, di mana calon PKR, Nik Mahmood Nik Hassan tewas kepada calon BN Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, sedangkan dua DUN yang berada di bawah parlimen itu, Bukit Panau dan Kemahang dimenangi calon PAS. Manakala di Parlimen Machang keputusan lebih mengejutkan lagi apabila calon PKR, Wan Zawawi Wan Ismail tewas kepada calon BN, Ahmad Jazlan Yaakub, meskipun ketiga-tiga DUN di bawah parlimen itu dimenangi oleh calon PAS. Ketiga-tiga Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 telah dimenangi oleh PKR. Walau bagaimanapun, calon PKR menang di DUN Guchil dengan majoriti tipis, 492 undi. Calon PKR di DUN itu, Mohd. Roslan Puteh mendapat 7,803 undi, berbanding dengan calon BN, Nik Sapeia Nik Yusof, 7,311 undi. Itu pun atas sokongan ehsan dari jentera PAS Kelantan. Kesimpulannya, PKR kena sedar yang diorang jugak 'Tak Laku' jika dijual atau dilelong kat Kelantan sekali pun. Jadi, tak payah la diorang nak tunjuk lagak dengan membuat kenyataan yang Bongkak tak tentu arah!!! Kalau setakat jadi Boneka DAPigs tu, baik tak payah!!!
No comments:
Post a Comment