Recent Post

Tuesday, March 08, 2016

Apa Yang Menarik di Tokyo DisneySea?


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Untuk posting kali ini, Budiey nak cerita pula tentang pengalaman Budiey jalan-jalan makan angin di DisneySea Tokyo. Selepas sehari suntuk makan angin di Tokyo Disneyland, keesokan harinya, tiba masa pula Budiey mahu merasai apa yang ada di DisneySea yang hangat diperkatakan ramai ini. Terasa sangat rugilah kan kalau tak masuk DisneySea sebab bila lagi la Budiey akan pijakkan kaki di Tokyo ni.

Hari ini, kami akan explore Disney Sea. Tiket masuk dah pun dibeli JPY 6900 untuk dewasa.

Pendek kata, Tokyo DisneySea adalah tempat yang WAJIB ada dalam itinerary mereka yang hendak melancong ke Tokyo. Ingat Tokyo… ingat DisneySea. Kenapa ya? Tentulah ada sebabnya!

Okay, pertama – Khabarnya, satu-satunya Disney Sea yang ada di dunia. Kat tempat lain takde uols. Boleh dikatakan limited edition ni beb. Yang ada di Tokyo ni laa the one and only in the world.

Keduanya, Tokyo DisneySea ni pemandangannya sangat cantik okay. Sesiapa yang berkunjung ke sini, pastinya akan akan jatuh cinta pandang pertama dan tak menyesal datang sini.

Ketiganya, kat sini lebih mencabar sebab ada rides yang jauh lebih extreme dari Disneyland… ada banyak rides jenis terjunam-terjunam macam roller coaster yang gerenti membuatkan jantung korang rasa macam nak tercampak keluar!

Kalau korang jenis penakut nak naik roller coaster macam Budiey ni jangan bimbang ya… korang tetap akan rasa enjoy kat DisneySea ni… silap-silap hentak-hentak kaki sebab tak nak balik! Hahaha.

Berbanding dengan Tokyo Disneyland, permainan sesuai untuk orang dewasa memang banyaklah kat sini.

Macamana nak datang ke DisneySea? Sebenarnya, route train ke DisneySea sama dengan Disneyland sebab kedua-dua park ni sebelah-sebelah saja. Cuma bezanya bila sampai Maihama Station nanti, kita kena naik Disney Resort Monorail (260 Yen/ seorang) di Resort Gateway Station untuk ke DisneySea.

Tiket masuk ke DisneySea berharga 6900yen. Buka jam 9 pagi dan kami dah bersedia terpacak kat sana jam 8.45 pagi. Bukan apa, takut ramai yang beratur tapi nasib baik tak tersangkut beratur lama. Yeah, kami dah ready untuk explore DisneySea.

Cuaca pada hari ini agak baik. Angin yang dingin menyucuk kulit. Nyaman. Enak sekali. Kalau boleh nak bawa cuaca macam ni ke Malaysia.

Tak sampai 10 minit naik train dari hotel, maka kami sampailah ke DisneySea. Kepada mereka yang dah beli tiket boleh terus ke Park Entrance… nanti staff Disney akan scan tiket tu dan terus boleh masuk. Lebih baik korang beli tiket lebih awal supaya tak perlu buang masa beratur panjang-panjang especially kalau datang waktu weekend atau peak season sebab orang sentiasa ramai kat sini. Kalau tak nak purchase tiket online, korang boleh beli tiket in advance dari Disney Store yang ada throughout Japan.

Eksplorasi di DisneySea memang membuatkan Budiey tercengang-cengang sebab tempat dia luas ya amat, iaitu seluas 71,22 kaki persegi di Urayasu, Chiba, Jepun. Tidak hairan ia menjadi lokasi utama untuk pelancong dan penduduk Jepun melepaskan stress. Patutlah, Tokyo DisneySea ini disebut-sebut sebagai theme park dengan dana pembangunan terbesar.

Dari Venice, Itali terus berjalan-jalan sambil mengecapi pemandangan kota New York ala tahun 50'an, kemudian bersiar-siar di pesisir Mediterania, masuk ke kedai ala timur tengah hingga ke area gunung berapi yang sangat futuristik, semuanya ada di Tokyo DisneySea!

Ya, datang ke DisneySea ini seolah-olah kita mengelilingi dunia tanpa perlu menghabiskan banyak waktu dan wang beli tiket untuk ke sana. Hal pertama yang akan anda perhatikan semasa masuk ke area DisneySea adalah gunung berapi besar yang ada di seberang tasik besar dibina sebijik macam kota di Itali. Gunung berapi ini dikatakan akan meletuskan asap sesekali, di selangi dengan mengeluarkan suara gemuruh dan Budiey sendiri dapat melihat lidah api keluar dari puncak gunung Promotheus ini.

2016-03-07_12-00-44

Ada enam tema utama di DisneySea, di mana ia bermula dari Mediterranean Harbor, American Waterfront, Lost River Delta, Port Discovery, Mermaid Lagoon, Arabian Coast dan Mysterious Island.

Pengalaman berada di DisneySea sangat menarik. Sehari nak explore semua ni rasanya tak cukup. Kena datang sekali lagi sebenarnya.

DisneySea ni sama juga macam Disneyland tu. Korang masih boleh jumpa Disney's characters macam Mickey Mouse, Donald Duck & the whole gang time diorang buat performance atau greet guests. Konsep, deco building dan rides di sini lebih sesuai untuk orang dewasa dan kurang keanak-anakan kalau dibandingkan dengan Disneyland. Seriously…. kat sini memang lebih cantik.

Setelah eksplorasi sikit-sikit, ini dia senarai attraction yang korang wajib cuba.

American Waterfront :– Tower of Terror– Toy Story Mania

Port Discovery :– StormRider

Lost River Delta :– Indiana Jones Adventure : Temple of the Crystal Skull– Raging Spirits

Arabian Coast :– The Magic Lamp Theater

Mysterious Island :– Journey To The Centre of the Earth– 20,000 Leagues Under the Sea

Budiey nasihatkan untuk kurangkan masa menunggu, kita boleh dapatkan Fastpass untuk naik ride.

Venetian Gondolas

Disebabkan tidak ramai yang beratur panjang di pelabuhan Gondola, 'Venice', maka Budiey ambil keputusan untuk mencuba menaiki sampan Gondola menyusuri tasik dan sungai memisahkan bangunan.

2016-03-07_12-01-37

Memang selama ni, Budiey berangan nak naik gondola ni sebab kekawan yang selalu gi Europe tu selalu je bergambar. Kali ini Budiey pulak nak show off. Hehe.

Memang syiok sebenarnya dapat naik gondola ni pusing-pusing dekat canal sambil dengar muzik yang romantik gitu.

2016-03-07_12-03-16

Mediterranean Harbour

Lokasi kedua di Tokyo DisneySea adalah Mediterranean Harbour yang membuat saya merasa ada di salah satu kota pelabuhan di Itali. Semua bangunan, jambatan dibuat sangat terperinci dan sangat realistik, cukup lengkap dengan bunga-bunga ditanam di jendela, tiang-tiang lampu, deretan kedai dan semua elemen-elemen yang lainnya… memang perfect! Boleh ambil mood dan berangan melancong di Europe.

Sambil-sambil berjalan tu dapat dengar lagu-lagu Italian yang sungguh soothing dari cafe-cafe yang ada. Romantic mode activated to the max!

Pemandangan yang indah di Tokyo Disney Sea. Kalau korang datang memang wajib ambik gambar kat sini. Tempat ini dinamakan Mountain Prometheus. #BudieyJejakJepun #BNJejakJepun #Budieyators #BudieyDotCom #Jepun #Tokyo #Disneyland #DisneySea #Bloggeratti #nu

Korang nampak tak volcano nun di sana tu? Itulah Mount Prometheus, salah satu trademark DisneySea. Yang bestnya, volcano ni bukan setakat keluar asap berkepul-kepul tapi siap meletup-letup dengan api tinggi menjulang lagi! Memang sebiji macam letusan gunung berapi yang betul. Mula-mula tengok tu memang terlopong-lopong jugalah mulut dibuatnya! :) Volcano ni dekat area Mysterious Island tapi dari jauh dah boleh nampak.

Kalau Tokyo Disneyland ada parade, kat Disneysea juga ada parade menjelang tengahari iaitu Happiness Greeting On The Sea. Budiey menyaksikan persembahan perarakan yang cukup menghiburkan dan sangat menarik.

Tower of Terror

Dari Venetian Gondolas kitorang berjalan towards American Waterfront.. dekat area ni ada banyak attraction. Tapi, oleh kerana terlalu ramai orang pastinya kita terpaksa beratur lama.

Tower of Terror di Tokyo Disney Sea. Sangat tinggi dan gayat tapi best ya amat. Rasa nak cuba lagi. #BudieyJejakJepun #BNJejakJepun #Budieyators #BudieyDotCom #Jepun #Tokyo #Disneyland #DisneySea #Bloggeratti #nuffnangMy #travel #travelling #Winter #Nabi

Tower of Terror ni memang disarankan untuk sesiapa yang memang cari peluang nak menjerit kuat-kuat untuk release tension! Sesiapa yang sikit-sikit terjerit-jerit tu korang seret je ajak naik ride ni. Kat sini korang akan dibawa naik lif untuk melawat sebuah hotel yang cukup menyeramkan.

Lif tu nanti akan naik dengan laju atau terhempas turun sampai jantung korang rasa macam nak luruh.

Broadway Music Theatre

Kalau dah letih jalan-jalan tu, apa kata layan muzik dan lagu-lagu yang best di persembahan muzikal teater ala broadway. Seronok dapat tengok karakter menari dan main alat muzik.

Menonton persembahan muzikal broadway BIG BAND BEAT di Tokyo Disney Sea. Mickey Mouse cute giler bila menari dan menyanyi. Memang superstar sebab dia berbakat main drum juga. Sangat menghiburkan. #BudieyJejakJepun #BNJejakJepun #Budieyators #BudieyDotCo

Journey to the Center of the Earth

Attraction terakhir yang Budiey cuba ialah Journey to the Center of the Earth. Memang gempak gak sebab roller coaster ni akan bawah kita masuk ke dalam gunung berapi tu. Walaupun takdelah nak laju sangat tapi kira okay la nak kasi keterujaan tu naik ke paras yang luar biasa. Hehe, korang kena cubalah sendiri nanti.

2016-03-07_12-07-54

Setelah puas ronda-ronda, kami pun berhenti makan-makan. Dan… kami suka dengan dessert yang ada kat sini.

2016-03-07_12-08-58

Setelah menjalani dua hari jalan-jalan di Tokyo Disney Resorts ni, Budiey dapat buat kesimpulan bahawa kedua-dua tempat ini sangat menarik dan punya daya tarikan tersendiri.

Yang penting kami singgah untuk top up dan refill pop corn kami dalam bekas yang kami beli masa kat Tokyo Disneyland semalam.

2016-03-07_12-10-55

Kalau diberi pilihan, Budiey akan lebih suka DisneySea sebab memang cantik giler dan sesuailah untuk orang dewasa. Korang patut cubalah datang sini. Berbaloi!

Untuk info lanjut: http://www.tokyodisneyresort.jp/en/

Komen via Facebook

Komen




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *