Recent Post

Tuesday, March 08, 2016

Kaki tersepit dalam lubang tandas


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan sakit selama hampir dua jam selepas kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas rumahnya di Taiping semalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Ainol Shariman Harun berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa Afham Faiz Mohd Tahir itu pada 6.10 petang sebelum bergegas ke rumah mangsa.

"Anggota menggunakan 'Paratex Rescue Tool' sejenis alat pemukul untuk memecahkan lubang tandas bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit itu," katanya ketika dihubungi.

Kanak-kanak itu kemudiannya diserah kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut di Hospital Taiping.

- Bernama




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *