Recent Post

Tuesday, March 08, 2016

Sempena Hari Wanita Sedunia, 5 Makanan Paling Diminati


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Apabila menjelangnya 8 Mac tiap-tiap tahun, golongan wanita diraikan menerusi Hari Wanita Sedunia sebagai tanda sokongan kepada mereka yang banyak memberi sumbangan.

Wanita hakikatnya memainkan peranan yang penting dalam pergerak ekonomi dunia, pendidikan, hubungan sosial dan kemanusiaan.

Jadi, kepada golongan Adam sempena Hari Wanita Sedunia 2016, berikut adalah cadangan dari portal Murai.

Makanan yang diminati oleh ibu, teman wanita mahupun adik beradik perempuan yang boleh anda hadiahkan.

 

Coklat

Coklat antara makanan kegemaran wanita kerana ia mampu menghilangkan rasa stress serta tekanan yang mereka alami di tempat kerja mahupun di rumah. Coklat pun terdapat pelbagai jenis perisa yang dijual dipasaran. Membezakan setiap coklat itu ialah harga, kualiti dan jenama. Jadi hadiahkan mereka coklat, pasti terukir senyuman di bibir.

 

Aiskrim

Aiskrim mampu membuatkan wanita lembut dan sejuk hati sekiranya anda menghadiahkan kepada mereka. Kalau rasa nak lebih menghargai pengorbanan mereka, apa kata anda bawa mereka keluar untuk menikmati keenakan dan kesedapan aiskrim di kafe yang menjual aiskrim sahaja. Asyiknya…

 

Kek

Walaupun mereka boleh dikatakan kerap kali memakan kek, tetapi kek yang dihadiahkan oleh insan tersayang amat bermakna buat diri mereka. Kek ini boleh dikatakan pengerat hubungan yang sudah lama terjalin. Apabila sepotong kek disuapkan ke mulutnya, cinta dan sayang anda akan terus mekar.

 

Jeruk & Asam

Agak pelik jeruk & asam menjadi makanan kegemaran wanita. Hakikatnya memang iya, wanita suka makan benda yang masam. Kalau anda ingin hadiakan kepada mereka, bungkuslah dengan cantik dan sertakan kata-kata yang manis. Apabila masam dan manis itu bersatu, pasti si dia akan tersipu-sipu malu.

 

Candy (Gula-gula)

Candy atau gula-gula pun antara makanan yang digemari wanita. Terdapat pelbagai jenis perisa, warna dan bentuk yang dijual di pasaran. Buatlah dalam bentuk jambangan bunga tetapi penuh dengan candy. Yakin si dia akan gembira dan terus sayang pasangannya sampai ke jannah.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Selasa, 8 Mac 2016




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *