Recent Post

Thursday, March 03, 2016

Najib bijak mencari peluang, kata Zam


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak merupakan individu yang bijak mencari peluang.

Malah katanya, jika diimbau kembali sejarah Najib dalam Umno, beliau seringkali menunggu kesempatan bagi mendapatkan tempat.

"Najib berjaya atas peluang-peluang yang terbuka kepada dia. Dia hanya perlu menunggu.

"Cuba kamu tengok balik sejarah dia, banyak kali dia menunggu kesempatan dan dia dapat tempat itu," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, FMT dan Berita Daily.

Begitu juga, katanya, usaha mendesak pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri telah memberikan peluang besar kepada Najib untuk memerintah.

Kejayaan itu, tegas Zainuddin, memberi rahmat kepada Najib.

"Yang dapat manfaat terbesar ialah Najib," tegasnya.

Sementara itu, Zainuddin berkata dana politik yang disalurkan kepada presiden Umno tidak seharusnya diketahui oleh rakyat.

Katanya, dana tersebut bukanlah perkara baru dan beliau percaya pemimpin terdahulu pernah menerimanya tanpa diketahui umum.

"Saya percaya, benda-benda ini berlaku juga di zaman Tunku, dalam zaman Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, mungkin ada bantuan dana politik yang diterima.

"Macamana boleh terdedah, kemudian kenyataan Najib tidak konsisten, jadi dengan sendirinya menghakis integriti," katanya.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *