Recent Post

Thursday, March 03, 2016

Serpihan MH370 kah yang ditemui di tebing pasir pa... - AgendaDaily


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Terakhir dikemaskini: 03 Mac 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Satu objek kemungkinan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu, dijumpai terdampar di tebing pasir di Mozambique, berhampiran Pulau Reunion, lokasi flaperon ditemukan Julai tahun lalu.

Sumber memberitahu NBC News, objek itu sedang diperiksa bagi memastikan kaitannya dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penum­pang serta anak kapal.

Objek dijumpai seorang rakyat Amerika itu tertera tulisan 'NO STEP', dan mungkin bahagian penyambung antara sayap dengan ekor pesawat.

Serpihan berkenaan dijumpai di Terusan Mozambique yang menghubungkan antara timur Afrika dan Madagascar, lokasi berhampiran Pulau Reunion di mana satu-satunya objek berkaitan MH370, flaperon ditemukan tahun lalu.

Penyiasat Malaysia, Australia, Amerika Syarikat dan wakil Boeing juga dilapor telah melihat gambar objek terbabit, namun semua pihak enggan mengulas lanjut.

Pusat Koordinasi Agensi Bersama Australia (JACC) menyatakan, pihaknya tahu tentang perkembangan baharu itu.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai belum dapat disahkan bahawa objek yang ditemui di Mozambique ialah milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370.

Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sejawatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut.

"Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini," kata beliau dalam laman Twitter malam ini.

Liow mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihan dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.

"Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu," kata Liow.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut.-3/3/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *