Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Menurut laman sesawang awam Google Inc, Google Trend, carian di Google Malaysia untuk perkataan "Mahathir" mula memuncak pada 8 malam semalam dan terus menunjukkan arah aliran hingga 6 petang ini.
Perkataan ini juga sebelum ini menguasai carian pada google.com.my sebanyak lima kali dalam 10 tahun lalu, terutamanya pada April tahun lepas apabila bekas perdana menteri mengeluarkan kenyataan di blognya, chedet.cc, meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berterus terang mengenai beberapa isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Carian perkataan ini juga popular pada 2013, apabila anak Dr Mahathir, Datuk Seri Muhkriz Mahathir memenangi kerusi pertamanya sebagai menteri besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pada Jun 2006 pula, Dr Mahathir menjadi popular selepas lantan g mengkritik penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang lebih banyak menghentikan projek pembangunan yang pada mulanya diterajui dirinya.
Permulaan blog peribadi Tun Mahathir pada Mei 2008 juga mendapat carian yang tinggi dan juga pada bulan April 2005, apabila perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengadakan pertemuan mesra dengan mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura.
Sebagai perbandingan, perdana menteri Najib, dicatat sebagai orang ke-3 paling dicari Google Trend tahun lalu selepas Paul Walker dan Lee Kuan Yew di tempat teratas.
Sebagai perbandingan dengan Dr Mahathir, carian bagi "Najib" mula menjadi lebih popular apabila beliau mengambil alih kuasa pada 2009. – 1 Mac, 2016. TMI
No comments:
Post a Comment