Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?
Biarpun sudah dikurniakan dua cahaya mata, namun Ayu Raudhah tetap berhasrat untuk menambah zuriatnya bersama Zaquan Adha dan siapa sangka dia mahu memiliki 8 orang anak dan dia juga sering berdoa agar keinginan itu tercapai atas berkat oleh-Nya.
"Alhamdulilah, syukur dengan kehidupan saya sekarang ini. Keluarga saya bertambah ceria dengan kehadiran 2 anak teruna yang sentiasa hiburkan hati saya dan suami.
"Anak saya yang sulong sudah terikut-ikut minat ayahnya yang suka main bola, pantang nampak bola dia akan tidak berhenti bermain. Sekiranya dimurahkan rezeki dikurniakan anak seramai 8 orang, saya rasa bersyukur dan bertambah ceria suasana keluarga kami, Insha Allah," ujar Ayu berseloroh.
"Kalau tanya saya rindu ke tidak? Jawapan saya adalah iya. Tetapi masa belum mengizinkan, Zaquan tak larang saya untuk berlakon, tapi saya yang membuat keputusan untuk berehat seketika," jelasnya.
Menyentuh mengenai pencalonannya dala m kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM27, dia berasa sangat bersyukur dan terharu kerana bakatnya masih lagi diterima oleh para juri untuk tercalon sebagai finalis.
Ayu tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menjulang trofi kemenangan, tetapi dia harapkan pada malam kemuncak itu adalah hari kemenangan kepada semua calon yang menyemarakkan dunia perfileman negara.
Untuk rekod, Ayu dan Zaquan mendirikan rumahtangga mereka sekitar 4 tahun yang lalu dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 2, dan Muhammad Aisy Aryan, 1.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER
No comments:
Post a Comment