Recent Post

Monday, July 13, 2015

Saman PM terhadap Harakah berhubung 1MDB didengar 23 Julai


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata, sepatutnya hari ini mahkamah akan mendengar permohonan itu, tetapi ditangguhkan selepas defendan pertama (Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob) memohon masa untuk meneliti dokumen berkaitan yang diperoleh Jumaat lalu.

Najib memohon untuk membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan itu, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan. Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan. Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau sudah menyalah guna dana 1MDB. Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa. Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan. - BERNAMA




Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *