Recent Post
Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Saturday, August 01, 2015

Chaos unfolds at rally near Sogo

KUALA LUMPUR:  Chaos unfolded after police arrested two assemblyman at the protest calling for the Prime Minister's Resignation at the Sogo Shopping Complex here. Teja assemblyman Chang Lih Kang and Simpang Pulai assemblyman Tan Kar Hing were detained at 2.20pm.

The two assemblymen had earlier engaged in discussions with the police after the latter had instructed the crowd to disperse. The two assemblymen were then escorted into the police truck minutes after.
Two separate explosions were heard after the arrests, setting off a series of arrests of protesters.

The explosions are believed to have been caused by firecrackers. Several shops on Jalan Tuanku Abdul Rahman including Sogo had also closed their doors due to the commotion on the street when the arrests were being made. Jalan Tuanku Abdul Rahman which was earlier closed to traffic was reopened.
The police who are on standby at the area have asked the public and media to disperse from the area.  
Read more ...

Thursday, July 16, 2015

Serangan 1MDB 'cinta' buat Anwar


Video oleh Lester Melanyi telah mengheret sama pemimpin pembangkang apabila mendakwa laporan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipalsukan.

Lester yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas editor Sarawak Report mendakwa beliau bertanggungjawab memalsukan maklumat untuk laman web yang dikendalikan oleh Clare Rewscastle Brown itu.

"Rancangan 1MDB mula diceritakan kepada saya oleh Clare pada Januari tahun ini. Dia memberitahu saya kita mempunyai misi yang sangat penting kali ini untuk (bekas ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

"Dia memberitahu saya bahawa saya terpaksa buat sesuai dengan apa (ahli parlimen DAP) Tony Pua dan (Naib Presiden PKR) Rafizi (Ramli) mahu," kata Lester dalam video yang telah tersebar secara meluas termasuk di Facebook Friends of BN.


Bagaimanapun Clare berkata Lester tidak pernah bekerja untuk Sarawak Report dan hanya bertugas untuk beberapa bulan di Radio Free Sarawak (RFS) pada 2011.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini dalam kenyataannya menafikan menjadi dalang dengan memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Datuk Seri Najib Razak berkaitan 1MDB.

Rafizi berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung Lester ahli Parlimen Pandan itu menjadi dalang dan memberi arahan untuk memfitnah Najib.

Rafizi turut mengancam untuk mengambil tindakan terhadap mereka tidak lama lagi.

Dalam video itu, yang dikatakan bahagian pertama itu, Lester mendakwa mereka cipta maklumat mengenai 1MDB susulan ‘cinta’ untuk Anwar.

Sumber


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Serangan 1MDB 'cinta' buat Anwar
Read more ...

Tuesday, July 14, 2015

PAS Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - mynewshub.cc

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) bakal memecat Mohamad Sabu dan  kumpulan pemimpin progresif PAS daripada parti itu berikutan tindakan mereka menubuhkan sebuah parti baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak tegas terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam usaha untuk melemahkan parti Islam berkenaan.

“Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

“Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti,” ujarnya kepada mStar.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu mengejutkan ramai apabila mengumumkan penubuhan kumpulan Gerakan Harapan Baru dengan hasrat menggerakkan sebuah parti baharu yang turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Mat Sabu juga bertindak selaku Pengerusi Gerakan Harapan Baru iaitu jawatankuasa penaja penubuhan parti politik baharu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyifatkan penubuhan parti baharu yang dirancang Gerakan Harapan Baru tidak akan menyumbang kepada gabungan pakatan pembangkang yang kuat.

“PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.

“Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.

“Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama,” katanya.

Konflik yang berlaku dalam pucuk pimpinan PAS menjadi jelas ketara setelah selesai Muktamar Tahunan PAS yang menyaksikan tampuk kepimpinan tertinggi parti dikuasai  oleh golongan ulamak sekaligus menepis golongan profesional.

Sumber: mStar Online


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?


PAS Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu
Read more ...

Monday, July 13, 2015

Balas Dendam, ISIS Godam Facebook & Twitter PDRM

Logo Anonghost

LAMAN Facebook dan Twitter Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru sahaja digodam sebentar tadi oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai AnonGhost.

Imej laman dan avatar di web kemudiannya diubah kepada gambar yang menyokong kumpulan militan ISIS.

Gambar tentera ISIS turut dimuat naik oleh mereka dengan mesej “Viva Islamic State”.

AnonGhost ialah kumpulan penggodam yang menjadi terkenal selepas berjaya menggodam laman web Israel untuk memaparkan mesej pro Palestine.

Dipercayai, mereka terdiri daripada 15 penggodam/aktivis yang berpangkalan di Eropah, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Mereka juga bertanggungjawab menggodam laman Bangsa Bangsa Bersatu (United Nation) dan memaparkan gambar kanak-kanak Palestin yang terkorban akibat operasi Protective Eagle yang dilancarkan rejim Zionis tahun lalu.
anon

Selain itu mereka juga dipercayai mencuri data kad kredit pengguna di Israel dan kemudian menggunakannya untuk menderma kepada badan amal Palestin.

Tindakan menggodam laman Facebook dan Twitter ini mungkin tindakan balas ekoran tindakan PDRM menangkap penyokong ISIS di Malaysia.

Setakat 3.55 petang ini,  laman Twitter PDRM seakan berjaya dikawal semula namun baru beberapa minit lepas, Twit terbaru daripada ‘mereka’ menunjukkan laman tersebut masih belum selamat sepenuhnya daripada kumpulan AnonGhost ini.


Read more ...

Saman PM terhadap Harakah berhubung 1MDB didengar 23 Julai

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak - Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan kepada 23 Julai untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan Harakah dan Harakahdaily dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri berhubung isu 1MDB.

Hakim, Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar As-Sidek, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Nor Emilia Iszeham, mewakili Najib, serta peguam Mohamed Hanipa Maidin, bagi pihak Harakah dan Harakahdaily.

Mohd Hafarizam ketika ditemui pemberita berkata, sepatutnya hari ini mahkamah akan mendengar permohonan itu, tetapi ditangguhkan selepas defendan pertama (Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob) memohon masa untuk meneliti dokumen berkaitan yang diperoleh Jumaat lalu.

Najib memohon untuk membatalkan dua perenggan dalam pernyataan pembelaan itu, berkaitan dakwaan ulasan yang adil dan perlindungan bersyarat, yang difailkan defendan. Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun ini dengan menamakan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Harakahdaily Taufek Yahya, sebagai defendan. Saman itu membabitkan penerbitan artikel yang ditulis Rosli pada 19 Februari berkaitan isu dana 1MDB.

Menerusi pernyataan tuntutan, Najib berkata artikel itu mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan bahawa beliau sudah menyalah guna dana 1MDB. Oleh itu, kata beliau, penerbitan artikel itu telah menjejaskan reputasinya dan mengakibatkan beliau dikecam dalam media sosial dan media massa. Najib turut mendakwa Taufek gagal mengamalkan 'kewartawanan bertanggungjawab' dengan tidak mengesahkan kebenaran perkataan yang ditulisnya sebelum menerbitkan artikel itu.

Perdana Menteri mendakwa defendan sengaja menerbitkan artikel fitnah itu bagi meneruskan agenda tersendiri untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya. Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, faedah serta injunksi untuk menahan defendan atau pembantu mereka daripada menerbitkan artikel berkenaan. - BERNAMA

Read more ...

Friday, July 10, 2015

Nahas Ngeri 4 Maut Di Muar | Sumber Berita Terkini

 gambar: sumber

MUAR 9 Julai - Empat maut termasuk seorang terputus dua badannya apabila sebuah lori hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah treler kontena di Kilometer 141.7, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran Plaza Tol Pagoh, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Clearance Juwad, 30; Christope Kono, 20; Ramlee Ishak, 42, dan Sofian Ali, 38.
 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori lima tan yang membawa muatan jagung dan daging beku dipandu Clearance dipercayai terbabas sebelum melintang memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori kontena yang dipandu Ramlee yang penuh dengan muatan barangan elektronik.

Akibatnya, Clearance dan Ramlee serta kelindan masing-masing, iaitu Christope dan Sofian yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan serta tersepit mati di tempat kejadian.

Semasa kejadian, Clearance dan Christope yang kedua-dua berasal dari Sarawak dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, manakala Ramlee dan Sofian menuju ke Bukit Kayu Hitam dari Lapangan Terbang Changi, Singapura. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, siasatan mendapati lori dipandu Clearance terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan. “Pada masa sama, treler kontena yang dipandu Ramlee bersama Sofian tiba di tempat kejadian dan tidak sempat mengelak. Akibatnya kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung menyebabkan keempat-empat mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.
 

Beliau berkata, ketika kemalangan cuaca dalam keadaan baik dan punca kejadian masih disiasat. Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Pegawai Kanan Bomba II Mohd. Johar Tunin berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 5.23 pagi sebelum sebuah jentera dan kenderaan bantuan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian. “Operasi ini melibatkan 12 anggota dan apabila tiba, kami dapati keempat-empat mangsa maut dan tersepit di tempat duduk masing-masing dengan salah seorang daripada mereka terputus dua di bahagian pinggang,” katanya.

Beliau memberitahu, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa sebelum dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.


 Nahas Ngeri 4 Maut Di Muar | Sumber Berita Terkini

Sumber Dipetik Dari Utusan Online
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *