Recent Post

Tuesday, July 14, 2015

PAS Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man - mynewshub.cc

PARTI Islam SeMalaysia (PAS) bakal memecat Mohamad Sabu dan  kumpulan pemimpin progresif PAS daripada parti itu berikutan tindakan mereka menubuhkan sebuah parti baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jawatankuasa Disiplin parti akan bertindak tegas terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam usaha untuk melemahkan parti Islam berkenaan.

“Saya ingatkan seluruh ahli parti bahawa mereka masih terikat kepada peraturan dan disiplin parti.

“Peraturan dan perlembagaan tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan parti lain sama ada mempromosi pembentukan parti baharu atau menggerakkan satu usaha untuk menarik ahli PAS menyertai parti baharu. Ia bercanggah dengan perlembagaan parti,” ujarnya kepada mStar.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu mengejutkan ramai apabila mengumumkan penubuhan kumpulan Gerakan Harapan Baru dengan hasrat menggerakkan sebuah parti baharu yang turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan.

Mat Sabu juga bertindak selaku Pengerusi Gerakan Harapan Baru iaitu jawatankuasa penaja penubuhan parti politik baharu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyifatkan penubuhan parti baharu yang dirancang Gerakan Harapan Baru tidak akan menyumbang kepada gabungan pakatan pembangkang yang kuat.

“PAS meneliti perkembangan Gerakan Harapan Baru ini secara dekat kerana ia berupaya menjejaskan parti selain tidak membina sebuah gagasan pembangkang yang kuat dalam negara.

“Bagi saya, gerakan ini tiada nilai tambah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Parti Keadilan Rakyat, sebaliknya ia hanya sekadar berada dalam lingkungan sama.

“Pakatan baru ini wujud dalam kelompok PAS, bukan benda baharu. Mereka ini berlegar dalam lingkungan sama,” katanya.

Konflik yang berlaku dalam pucuk pimpinan PAS menjadi jelas ketara setelah selesai Muktamar Tahunan PAS yang menyaksikan tampuk kepimpinan tertinggi parti dikuasai  oleh golongan ulamak sekaligus menepis golongan profesional.

Sumber: mStar Online


Anda Mahu Berkongsi Berita Ini?


PAS Bakal Pecat ‘Mat Sabu & The Gang’ Yang Tubuh Parti Baharu



Smiley :)
:D
:)
:[
;)
:D
:O
(6)
(A)
:'(
:|
:o)
8)
(K)
(M)

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *