Recent Post

Tuesday, September 01, 2015

Bayi Dibawa Dengan Helikopter Jalani Rawatan Di Hospital

TAWAU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah hari ini melakukan perkhidmatan pemindahan perubatan dengan membawa seorang bayi perempuan berumur lima bulan dari Hospital Besar Tawau (HBT) ke Hospital Likas di Kota Kinabalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima permohonaan daripada HBT pagi tadi untuk membawa bayi itu yang memerlukan pembedahan segera.

"Operasi tersebut berjalan lancar dan berjaya memindahkan bayi tersebut ke Hospital Likas yang satu-satunya hospital yang mempunyai pakar pembedahan kanak-kanak di Sabah," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata operasi berkenaan diketuai Komander Pesawat, Mohd Ruzaidi Ramlee dan Juruterbang Ahmad Fissol Ismail yang selesai pada pukul 3.20 petang. – BERNAMA

Read more ...

Cha Cha Luah Perasaan Setelah Dikeji Kerana Tidak Bersekolah

Tidak mahu berselindung, Chacha Maembong mengakui malu keranca sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain malah perkara itu turut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama rakan baru. "Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih. Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down" "Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah. Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja. "Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun," jelasnya kepada mStar Online. Walaupun Chacha tidak menempuhi alam persekolahan, dia sebaliknya mengambil inisiatif untuk belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun. 
Read more ...

DIANA RAFAR DIFITNAH 'REBRAND' PRODUK JAMU SUSUK DARA

Baru-baru ini, aktres dan juga duta produk Dr. Glow, Diana Rafar telah didakwa cuba untuk 'rebrand' produk Jamu Susuk Dara dengan menggunakan nama 'Abkara Secret Capsul'.

Menurut pengasas produk Jamu Susuk Dara ini, aktres ini mengambil kesempatan dan jalan pintas bagi melariskan produknya.

"Erm... Terdesak nak hidup. Tak ada usaha. Ambil jalan pintas nak lakukan produk. Artis tak tahu malu. Tunggu mr lawyer respon call. Artis Diana Rafar tolong jawab. Nak settle mcm mana ni? Awak dah petik2 sy ni. Patutlah diva AA kuat carut. Artis ni jahat rupanya," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Klik gambar untuk size besar

Malah pengikut laman sosial FBnya juga turut menyokong pengasas ini untuk mengambil tindakan terhadap aktres ini.

Susulan daripada dakwaan yang dibuat berkenaan tuduhan Diana cuba untuk 'rebrand' produk Jamu Susuk Dara, kononnya untuk melariskan produk sendiri, Diana akhirnya tampil menerusi laman Instagramnya dengan tenang menafikan tuduhan tersebut.

Perkara tersebut berlaku kekecohan apabila peminat Diana Rafar dan juga antara pengguna yang pernah menggunakan produk turun-temurun daripada keluarga Diana mengesahkan dakwaan itu adalah salah.

Kesian, tak pasal-pasal nama Diana Rafar pula dipetik. Kalau nak tahu produk sebenar yang dah lama berada di pasaran sebelum ini dikenali sebagai 'Jamu Dara Semula' dan kini dinamakan kembali dengan nama 'Abkara Secret Capsule', @abkarasecret.

Harap-harap kes ini d apat diselesaikan dengan cara yang baiklah kan. Duduk sama-sama dan bincang, tak perlulah sampai nak saman-menyaman pula. Isu yang sebenar, penjual produk kecantikan yang silap petik nama tak tentu pasal, akhirnya berlaku perselisihan faham.

Yang tidak bersalah pula menjadi mangsa, apa-apa pun bersabarlah yer Diana.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Jangan mandi malam

ardyhansah@hmetro.com.my

Kalabakan: Rutin harian seorang lelaki yang gemar mandi pada waktu malam bertukar tragedi apabila dia ditemui mati akibat diserang buaya di Sungai Kalabakan di sini, kelmarin.

Mayat Rusman Udin, 30, ditemui anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kalabakan dan penduduk kampung jam 12.30 tengah hari semalam, dua kilometer dari lokasi kejadian.

Mayat Rusman ditemui dalam keadaan sempurna, namun terdapat kesan cakaran pada dadanya.

Difahamkan, mangsa ke sungai di belakang rumahnya untuk mandi seorang diri jam 9.30 malam.

Ketika mandi, buaya menyerang dan cuba mengheretnya ke dalam sungai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Read more ...

'Penubuhan Parti Amanah tidak gugat kedudukan PAS'

KUALA LUMPUR: PAS masih kekal relevan dalam senario politik tempatan dan tidak akan tergugat selagi mendapat sokongan besar orang Melayu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, ia terbukti apabila Gerakan Harapan Baru (GHB) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih gagal menarik kepercayaan orang Melayu terutama mereka yang merupakan ahli PAS.

"Sebagai contoh lihat sahaja kepada kurangnya penglibatan orang Melayu dalam perhimpunan Bersih 4 yang lalu, ternyata mereka gagal menarik sokongan kaum itu.

"Senario itu tidak berlaku dalam perhimpunan sebelum ini, ketika PAS masih masih mempunyai kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Dr Mustafa berkata demikian bagi mengulas kedudukan PAS selepas pengumuman penubuhan Parti Amanah oleh Pengerusi GHB, Mohamad Sabu pada 31 Ogos lalu.

Parti Amanah akan dilancarkan secara rasmi pada 1 6 September ini termasuk pelancaran logo dan portfolionya.

Mohamad Sabu turut menyatakan keyakinan lebih ramai akan menyertai Amanah bukan sahaja daripada kalangan umat Islam, tetapi juga penganut agama lain.

Dalam perkembangan lain, ditanya apakah perhimpunan Bersih 4 akan membawa perubahan besar kepada senario politik tempatan, ini kata Mustafa: "Impaknya mungkin biasa sahaja, apatah lagi ia begitu didominasi oleh satu kaum. Ternyata garis perkauman membelenggu Bersih 4 kali ini.

"Kita cuba bandingkan dengan demonstrasi di negara lain. Thailand dan Indonesia misalnya mengadakan demonstrasi berterusan bagi menuntut sesuatu. Perhimpunan 34 jam secara one-off barangkali tidak membawa banyak perubahan besar."

Perhimpunan Bersih 4 yang diklasifikasikan sebagai haram berakhir tepat jam 12 malam 31 Ogos lalu selepas berlangsung selama 34 jam bermula 29 Ogos.

Perhimpunan itu menuntut diadakan pilihan raya bebas, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.
Read more ...

Rakyat Diminta Berbelanja Elak Ekonomi Terjejas Teruk - Pakar

KUALA LUMPUR - Rakyat disarankan berbelanja bagi mengelakkan ekonomi domestik terjejas teruk, menurut pakar ekonomi Dr. Yeah Kim Leng. "Rakyat perlu berbelanja untuk membeli barang keperluan. Bukan berbelanja untuk pembaziran," katanya. Dia mengakui bahawa ketidaktentuan ekonomi global yang berpunca dari penyusutan harga minyak dan penurunan nilai mata wang China serta kemerosotan ringgit telah menjejaskan sentimen rakyat untuk berbelanja semakin ketara. Namun, dalam keadaan semasa ia berlaku bukan disebabkan hilang keyakinan untuk berbelanja, sebaliknya rakyat tidak mempunyai wang boleh guna yang mencukupi. Rakyat baru sahaja melalui pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pada masa sama berlaku penurunan dalam penawaran pekerjaan. Bagaimanapun, katanya, ia tidak bermakna rakyat tidak perlu berbelanja kerana ia akan menyebabkan ekonomi menyusut dan jika berlaku ia lebih sukar. "Kita pernah melalui keadaan itu pada tahun 1997/98 dan jangan ulangi semula walaupun eksport negara masih stabil. "Kalau tidak berbelanja, perbelanjaan domestik akan menjadi statik dan ini akan memburukkan keadaan. 'Perbelanjaan rakyat memang penting sekarang kerana ia boleh mengembalikan pusingan ekonomi,'' katanya.

Read more ...

Inilah KATA BIADAP Anak Zahid Hamidi Yang Buat Ramai Peserta BERSIH 4 BENGANG!!!

Inilah KATA BIADAP Anak Zahid Hamidi Yang Buat Ramai Peserta BERSIH 4 BENGANG!!!…PETALING JAYA: Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan.

Di laman Facebook miliknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong-penyokong yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.

"Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan.

"Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa. Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk TV, masuk paper.. apa ke jadahnya?

"Don't make me speak Malay language because I will speak the language that made u really understand. Nurulhidayah juga turut menyatakan perasaan kesalnya kerana pernah berdemo ketika pada 1998 ketika era reformasi. Ketika itu, ayahnya, Zahid Hamidi pernah ditangkap oleh ISA kerana dilihat sebagai sekutu Anwar Ibrahim ketika era pemerintahan Mahathir.

"Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa BODOH nya aku ketika itu sbb berkumpul nak seronok2. 

"Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman skrg dah tak releven babe kat atas jalan ni! 

"Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara. Malas la nak cakap. Pendapat aku – ITU KERJA SIA2. Dalam bahasa mudah faham – KERJA BODOH!", tulisnya di Facebook

Selain dari itu, turut kelihatan beberapa rentetan posting di Facebook yang menyuarakan pendapatnya mengenai Bersih 4.

Tags: , , , , , , ,

Category: Politik

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *