Recent Post

Sunday, July 31, 2016

Lana Nodin Dan Suami Dedah Wajah Anak, Gia Mckienzie

Bayi pelakon Lana Nodin atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin dan suami telah lahir pada Januari lepas tetapi mereka masih belum mendedahkan wajahnya pada umum.

Bagaimanapun wajah comel Gia Quinn Mckienzie telah dimuat naik pasangan itu di akaun Instagram masing-masing sejam lepas.

Lana dan suami, David McKienzie atau Mohd Daud McKienzie bernikah pada 15 Mei 2015. Comel banget Gia rupanya. Semoga Lana sekeluarga kekal bahagia ke ahir hayat. PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Gangguan bekalan air jejas 10000 pengguna - Berita Harian

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menasihatkan kira-kira 10,000 pengguna di daerah ini berjimat menggunakan bekalan air dan menyimpan bekalan mencukupi berikutan gangguan bekalan selama dua hari bermula Selasa ini.

Kawasan yang terbabit dengan gangguan itu adalah di seluruh kawasan Kampung Jawa, Sri Teruntum, Jalan Haji Junid, Jalan Bukit Ubi, Jalan Gambut, Jalan  Mahkota hingga ke Hotel Sri Malaysia dan kawasan sekitarnya.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat PAIP, Nurul Farhana Abdul Hamid, berkata gangguan itu bermula jam 10 malam hingga jam 5 pagi keesokannya.

Katanya, ia berlaku disebabkan kerja penyambungan paip di tapak projek jejambat di Jalan Bukit Ubi, dekat sini.

"Kerja penyambungan paip dijangka memberi kesan kepada kira-kira 10,000 pengguna dan kami menasihatkan penduduk yang berada di kawasan terbabit menyimpan bekalan  air secukupnya sepanjang tempoh gangguan bekalan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 095739999, selain boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan gangguan bekalan air di laman sosial rasmi iaitu Facebook PAIP.

Read more ...

Wak Doyok Bertunang Dengan Azrinaz Mazhar Hakim

Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 37, disahkan telah bertunang dengan personaliti Wak Doyok pada 23 Julai lalu. 

Majlis pertunangan pasa­ngan itu berlangsung di kediaman Azrinaz yang terletak di sebuah kawasan perumahan elit di Desa Hartamas di sini."Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tidak ramai tetamu luar dijemput hadir.

"Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu," jelas sumber kepada Mingguan Malaysia.

Hubungan Azrina dan Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengesahkan berada dalam alam percintaan meskipun sering memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka.

Menurut sumber yang sama, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan ber­kenaan.

Azrinaz ialah bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Hasil perkahwinan itu, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok belum pernah berkahwin sebelum ini.

Related

Komen via Facebook

Komen

— 75 Bacaan
Read more ...

[Dikemaskini] Terkini : Belon Udara Terhempas Bersama 16 Penumpang Selepas Terbakar

Texas, 30 Julai - Sebuah belon udara panas terhempas bersama dengan 16 orang penumpang didalamnya, lapor media tempatan.

Belon itu terhempas berdekatan Lockhart, selatan bandar Austin selepas ia dilaporkan mengalami kebakaran.

RT.com melaporkan, media tempatan berkata, Jabatan Keselamatan Awam telah mengesahkan terdapat kemalangan jiwa susulan insiden namun tidak mendedahkan berapa ramai yang terkorban.

[Dikemaskini]

Dalam perkembangan terkini, AP menerusi Twitter melaporkan, pihak berkuasa tempatan berkata tiada mangsa yang terselamat di dalam nahas itu.

BREAKING: Authorities say there appear to be no survivors of hot air balloon crash in Texas; FAA says at least 16 people were on board. — The Associated Press (@AP) July 30, 2016 BBC menerusi Twitter juga berkata bahawa media tempatan melaporkan tiada yang terselamat di dalam nahas ngeri itu. — BBC Breaking News (@BBCBreaking) July 30, 2016 Laporan lanjut menyusul... Sumber : RT.comNBC News
Read more ...

Zahid: Tiada kompromi soal keselamatan negara

Kerajaan tidak pernah berkompromi soal keselamatan negara dan sentiasa mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah kebolosan sempadan khususnya yang melibatkan unsur dalaman.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ada antara tindakan yang dilakukan itu mengejutkan negara, namun perkara itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi secara holistik.

"Apa dilakukan kerajaan melalui pengumuman KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa) adalah sesuatu yang mengejutkan negara tetapi terpaksa dilakukan... bukan disebabkan kesalahan individu yang mengetuai (agensi berkenaan).

"Tanggungjawab yang diberikan kepada kita dilakukan bukan atas jawatan atau individu, namun hendaklah memandang soal keselamatan dan jenayah rentas sempadan bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan rakyat," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa berucap pada jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Temerloh di Dataran Lanchang di Temerloh hari ini, yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Semalam, Ali mengumumkan penempatan semula beberapa kedudukan di jabatan kerajaan antaranya pelantikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Imigresen berkuat kuasa Isnin ini.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata rakyat Malaysia bertuah kerana dapat meraikan perayaan dalam keadaan yang tenang dan selesa kerana mempunyai sebuah kerajaan yang meletakkan aspek keselamatan sebagai tonggak utama negara.

"Kita merayakan Aidilfitri sehingga adakalanya terlajak Syawal... lebihdaripada yang ada dalam kalendar Islam. Tapi kita lihat apa yang berlaku di negara Islam lain, ada yang tidak dapat beraya semeriah kita kerana khuatir dengan keselamatan.

"Saya juga sentiasa ingatkan diri sendiri supaya jangan ambil mudah aspek keselamatan kerana harganya terlalu mahal untuk dibayar," katanya.

Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga amat prihatin dalam aspek keselamatan sehingga isu berkaitannya dibincangkan secara mendalam di peringkat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Kabinet.

Apatah lagi, Najib sendiri pernah memegang portfolio sebagai MenteriPertahanan menyebabkan beliau sentiasa merasakan bahawa aspek berkenaan perlu diutamakan supaya rakyat selesa, katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan melakukan tindakan sepatutnya bagi melindungi pintu masuk negara dan perairan negara seperti melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan melibatkan Pasukan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO, menggesa barisan parti supaya berusaha memastikan kerusi Parlimen Temerloh kembali ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Kita hendaklah bekerja keras dan kemudian baharulah kita bertawakal. Jika kita boleh merampas kembali Temerloh, lebih banyak pembangunan dapat dilakukan termasuk di kawasan sekitarnya kerana kita mempunyai peruntukan yang boleh disalurkan kepada rakyat," katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid juga bertemu dan menyampaikan sumbangan kelengkapan haji kepada 141 jemaah haji sekitar Temerloh.

-Bernama

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *