Recent Post

Saturday, August 13, 2016

Dua suspek bom pusat hiburan diberkas - Kosmo!

Dua suspek bom pusat hiburan diberkas

13/08/2016 11:57am

Suspek yang ditahan polis.

KUALA LUMPUR - Sembilan lelaki termasuk dua suspek yang terlibat dalam serangan bom tangan di pusat hiburan Movida di Puchong, Selangor pada 28 Jun lalu berjaya ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman.

Kesemua suspek yang terlibat secara langsung dengan kumpulan militan Daesh itu ditahan dalam beberapa siri serbuan bermula 20 Julai hingga Selasa lalu di sekitar Johor, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam suspek merupakan warga tempatan manakala tiga lagi terdiri daripada warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai tempat transit mereka untuk mendapatkan dokumen perjalanan palsu selain merancang melancarkan serangan di salah sebuah negara di Timur Tengah.

"Tiga warga tempatan yang ditahan dalam operasi ini didapati bersubahat menyembunyikan dua suspek yang terlibat dalam serangan bom tangan di pusat hiburan Movida.

"Seorang lagi suspek yang berasal dari Sabah pula, ditahan berikutan mahu melakukan serangan 'lone wolf' dengan cara menyembelih mana-mana orang bukan Islam di Sandakan selain mengancam ingin membunuh ketua polis negara melalui laman sosial Facebook miliknya," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Tambah Khalid, kesemua suspek berusia lingkungan 17 hingga 56 tahun itu ditahan kerana disyaki me­lakukan kesalahan mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan dan mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. - K! ONLINE

Read more ...

Lisa Surihani, Nabila Huda & Scha Alyahya di Koleksi EH! X FashionValet

Buat pertama kalinya dalam sejarah, sebuah majalah, stor beli-belah online dan tiga selebriti bekerjasama untuk satu kolaborasi fesyen istimewa. Lisa Surihani, Nabila Huda dan Scha Alyahya bersama FashionValet serta EH!, majalah Urban No 1, menggabungkan variasi ilham untuk himpunan EH!xFashionValet.

"Tiga selebriti berbeza personaliti menjadi pilihan. Rekaan Lisa mengetengahkan gaya cukup feminin, Nabila Huda menonjolkan karakter edgy ala bohemian yang sememangnya menjadi kesukaannya dan Scha pula memercikkan elemen maskulin dalam himpunan minimalisnya", ujar Khairul Abidin, Editor majalah EH!. Walaupun ketiga-tiga selebriti memiliki gaya dan pesona berbeza, mereka adalah penggemar fesyen dan sudah punya nama yang kukuh dalam industri hiburan tanah air. Setiap koleksi selebriti ini mempunyai konsep dan gaya berbeza dan membawa setiap daripada mereka mencipta tujuh hingga 10 helaian setiap satu.

"FashionValet sudah berkolaborasi dengan ramai pereka fesyen, tapi belum pernah kami bekerjasama dengan mana-mana majalah. Dan lebih istimewa kali ini dengan bukan seorang, bukan dua tapi tiga selebriti sekaligus. Saya patut berterima kasih kepada EH! kerana memilih FashionValet untuk kerjasama ini", kata Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.

Koleksi EH! X FashionValet akan dipentaskan buat kali pertama di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016(KLFWRTW) pada 21 Ogos 2016, jam lima petang. Koleksi ini akan dijual secara eksklusif di Fashion Valet selepas pertunjukan fesyen tersebut – melalui laman web atau stor FashionValet di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dapatkan EH! edisi Ogos 2016 untuk temuramah eksklusif bersama Vivy, Lisa, Nabila dan Scha.

About EH!

Launched in October 1999, EH! shows modern Malay women how to look good and feel good by inspiring them with the best in fashion and beauty.EH! has remained a top choice for women with discerning tastes in fashion and beauty and is the complete guide for early adopters of cutting edge trends around the world. The editorial formula is based on credible expert reportage with practical content which is accessible and inspirational.EH! has everything and anything in a woman's world covered. Love, sex, career, money, fashion, glamour, health, where to go, what to eat, where to be seen. EH! is best defined as a pleasurable, informative and practical read, and is known as the 'No 1 Urban Malay language magazine'(Majalah Urban No 1).

About Blu Inc

The Blu Inc group is Malaysia's leading publisher of magazines, with more than 20 well-known newsstand and contract titles in its portfolio. It releases quality titles every month in three languages.female, nuyou and her world remain the most established local titles, and together with Malay titles GLAM and EH!, cater for the female readership. The corporate lifestyle title The Peak and exclusive ICON are hugely popular as well.International titles Harpers Bazaar, CLEO, Cosmopolitan, Golf Digest, Marie Claire, Shape andThe Malaysian Women's Weekly are testimony to the fact that Blu Inc is sought out as a successful and capable business partner to publish the local editions of these titles.Blu Inc strives to develop a deeper understanding of the mindset, lifestyle drivers and aspirations of readers to ensure that its magazines remain relevant, and is key to providing marketers and communications professionals with the qualitative information necessary to making informed media p lanning decisions.

About FashionValet

FashionValet is a leading and internationally known online shopping portal that supports local designers and brands as well as those in the South East Asian region. They are known for identifying and sourcing potentially successful products for the market with over 500 brands and more than 10,000 products, covering a wide selection of womenswear across numerous categories including apparel, maternity-wear, headscarves, accessories, shoes, bags as well as modest-wear and lingerie. They ship their signature flyers and boxes to more than 15 countries including Europe, the Americas, Asia, the Middle East and Australia. Free express shipping is available to those living in Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei. The multi-label brand company is currently expanding regionally with fulfillment centers in Indonesia and Singapore. Their first digital fashion store was launched at Bangsar Village II and another recently in Singapore at 313@Somerset along Orchard Road. Shop the latest tre nds at www.fashionvalet.com.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Najib Terima Kunjungan TMJ di Putrajaya

PUTRAJAYA, 12 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Seri Perdana.

Perkara itu dimaklumkan oleh laman Facebook rasmi Najib Razak sebentar tadi sebelum perkara yang sama diumumkan oleh Facebook Johor Southern Tiger.

Menurut kenyataan di Johor Southern Tiger, pertemuan itu membincangkan beberapa isu semasa berkaitan dengan hal ehwal politik dan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu tanah air terkini.

"DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan berangkat ke Seri Perdana, Putrajaya hari ini, 12hb Ogos 2016 dalam rangka pertemuan baginda bersama YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.  "Dalam pertemuan tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor yang menerima jemputan jamuan petang di sana turut membincangkan beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal politik dan perkara-perkara berkaitan isu-isu tana hair terkini.  "Pertemuan ini secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor dalam menyampaikan pandangan dan suara rakyat demi kemajuan negara. Allah Peliharakan Sultan.", tulis kenyataan terbabit. - Siakapkeli.my

Sumber : FB Johor Southern Tiger

Read more ...

Isu Bertam 307: K'jaan digesa gazet sempadan  laut

Isu perebutan telaga minyak Bertam tercetus kerana kerajaan Persekutuan tidak pernah menggazetkan sempadan laut antara negeri-negeri, kata pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti dan Pendaratan Gas Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut Husam, isu yang sama juga pernah berlaku antara Kelantan dan Terengganu apabila berlakunya pertindihan telaga minyak dan gas di kedua negeri tersebut.

Kekeliruan itu boleh menyebabkan wang royalti atau wang ihsan disalah bayar terhadap negeri yang sepatutnya menerima wang tersebut, kata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

"Selain menentukan sempadan, penentuan sebenar rizab minyak di bawah laut juga perlu dilakukan supaya Terengganu tidak dirugikan dengan hasil royalti," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu telaga minyak Bertam yang menjadi pertikaian sama ada milik Terengganu atau Pahang.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, isu perebutan telaga minyak akan berterusan selagi sempadan laut negeri-negeri tidak ditentukan.

Sehubungan itu, katanya, bagi memaksa kerajaan Pusat mewartakan sempadan laut, negeri-negeri boleh memutuskannya semasa mesyuarat tahunan Majlis Tanah Negara yang akan diadakan pada Oktober depan.

"Kerajaan Terengganu yang berkepentingan secara langsung dalam isu ini sepatutnya mengambil langkah berkenaan. Jabatan Ukur dan Pemetaan wajib menentukan sempadan laut.

"Selepas sempadan laut ditentukan, dengan sendirinya telaga itu milik siapa, mudah untuk ditentukan. Lazimnya setiap negeri telah mempunyai asas untuk menentukan sempadan laut dengan negeri jiran," katanya lagi.

Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin pula memberitahu bahawa sehingga hari ini tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Petronas tentang status telaga minyak berkenaan.

Menurutnya, kekeliruan timbul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Bertam 307 milik Pahang dengan sekurang-kurangnya RM100 juta setahun akan diperolehi negeri berkenaan hasil daripada telaga minyak tersebut.

"Badan perunding dari Sweden dah buat penilaian bahawa ia milik Terengganu. Tetapi yang peliknya (menteri besar Terengganu) Ahmad Razif (Abdul Rahman) pula menyatakan Bertam bukan hak Terengganu tetapi kerajaan Pusat.

"Kalau dia nak beri hujah sedemikian, dia perlu kukuhkan dengan beritahu ia berasaskan apa sehingga menjadi milik Pusat," ujarnya.

Isu Bertam 307 menjadi pertikaian selepas Najib mengumumkan telaga minyak itu milik Pahang pada 2012.

Selepas menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, Ahmad Razif dilaporkan tidak menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu dikatakan bukan milik kerajaan negeri dan ia dikendalikan oleh Petronas.

Sehingga kini, Ahmad Razif dilaporkan berkata bahawa pihaknya masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan dari telaga minyak terbabit.

Menurutnya, Bertam 307 tidak berada dalam lingkungan tiga batu nautika yang membolehkan ia menjadi hak milik penuh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Ahmad Said berkata sebaliknya apabila mengatakan bahawa Blok PM307 Bertam disahkan berada di kawasan perairan Terengganu.

Malah, ADUN Kijal itu pula berkata medan minyak yang ditemui oleh syarikat perunding, Lundin Oil itu terletak 120 kilometer dari Pantai Geliga.

Telaga minyak itu mengeluarkan hasil pertama pada 4 Mac 2015, katanya.

Menurutnya, semasa menjadi menteri besar, beliau pernah menulis surat kepada Lundin Oil dan syarikat itu mengesahkan bahawa Batam 307 berada di perairan Terengganu.

Ia melibatkan empat telaga daripada 15 telaga minyak di kawasan berkenaan yang secara keseluruhannya, Bertam boleh mengeluarkan kira-kira 18,000 tong sehari.

"Kita ada peta. Bertam 307 ini di Pantai Geliga, 120 kilometer dari Pantai Geliga. Sempadan ini bukan berubah setiap minggu. Yang temui telaga minyak itu, Lundin Oil telah hantar surat kepada SUK Terengganu, Maritim dan pihak polis cuma tak sempat hantar pegawai mereka untuk jumpa saya (semasa jadi menteri besar).

"Najib kata milik Pahang tetapi saya kata ia hak Terengganu. Kita ada hak lima peratus, walaupun lima peratus itu hak kita," kata Ahmad Said.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *