Recent Post

Thursday, October 08, 2015

Kenyataan Muhyiddin terhadap 1MDB mengelirukan

Syarikat milik kerajaan negeri itu berkata Muhyiddin, sebagai bekas anggota Kabinet, memang tahu bahawa nilai aset 1MDB melebihi hutangnya.
Read more ...

VIDEO - AKSI FARA MENDOZA DALAM KERETA MEWAH DIKRITIK

Fara Mendoza sekali mencetus kontroversi apabila memuat naik satu video seksinya ke Instagram. Video itu menampilkan Fara baru pulang kerja sedang menaiki sebuah kereta mewah.

Aksinya itu telah mendapat reaksi negatif pengikutnya di Instagram.

Namun video tersebut telah pun padam oleh Fara.

Apa yang menarik perhatian, Fara tidak memandu kereta itu, sebaliknya duduk di kerusi penumpang. Wah... untunglah ada yang hantar pulang ke rumah dari tempat kerja dengan menaiki kereta mewah.

ATAU KLIK DISINI

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Farah Mendosa BUAT HAL Lagi ! Muat Naik Video Seksi Melampau Ke Instagram Hingga DIKECAM !

Artis hot Fara Mendoza mendapat populariti sekelip mata setelah mendedahkan perbualannya di WeChat dengan pelakon Fizz Fairuz yang sudah beristeri. Sejak itu Fara mula dikenali ramai dan kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram. Semalam, Fara telah memuat naik satu video seksinya ke Istagram. Video itu menampilkan Fara baru pulang kerja sedang menaiki sebuah kereta mewah. Aksinya mendapat reaksi negatif pengikutnya di Instagram. Mungkin disebabkan kritikan yang diterima, Fara telah memadam video tersebut. Apa yang menarik perhatian, Fara tidak memandu kereta itu, sebaliknya duduk di kerusi penumpang. Untunglah ada yang hantar pulang ke rumah dari tempat kerja dengan menaiki kereta mewah. Apa pun, diharap Fara akan lebih berhati-hati sebelum memuat naik video selepas ini. Bila kena kecam nanti susah payah pula mahu padamkan, bukan? Semoga Fara akan sukses selalu dan tak sabar kami nak lihat filem terbaru lakonan Fara.
Read more ...

Wanita Bakal Dipenjara 12 Bulan Kerana Rakam Video Suami Curang

RIYAHD, ARAB SAUDI - Gara-gara merakam video aksi suami yang didakwa curang dan menyebarkannya di laman sosial, seorang wanita berhadapan dengan hukuman penjara atau denda. Lapor Emirates247, video yang tersebar di laman sosial negara itu menunjukkan lelaki terbabit sedang bercakap dengan salah seorang pembantu rumahnya sebelum memeluk dan mencium wanita itu di dapur. Bagaimanapun, pembantu rumah terbabit cuba mengelakkan diri dari diperlakukan sedemikian. Berang dengan tindakan si suami, isterinya memuat naik rakaman video tersebut di laman sosial dengan kapsyen, "Hukuman minima untuk suami seperti ini ialah berlaku curang padanya,".  Malangnya, tindakan si isteri itu memakan diri dan bakal dikenakan tindakan undang-undang atas tuduhan menyalahgunakan teknologi dan memfitnah suaminya. Menurut peguam Majid Qaroob, tindakan wanita itu boleh dipenjarakan setahun.  "Wanita itu berdepan dengan hukuman penjara setahun atau denda sebanyak SR500,000 (RM56,991) kerana memfitnah suaminya mengikut undang-undang jenayah siber. Undang-undang ini memastikan hukuman tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan telefon bimbit dengan kamera atau peralatan lain untuk merakam gambar individu lain dan memfitnah mereka," katanya. Bagaimanapun di laman sosial, netizen sepakat menyuarakan sokongan padu terhadap wanita itu. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

(Video) Lelaki Campak Duit, Panggil Anggota Penguatkuasa Wanita Anjing

Dua lelaki bertindak kurang ajar selepas mendapati tayar mereka telah dikunci oleh seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan mencampak duit ke lantai dan memanggil seorang penguatkuasa wanita sebagai anjing.

Anggota penguatkuasa wanita itu dikatakan bertindak sedemikian setelah mendapati kenderaan tersebut diletakkan ditempat yang memang dilarang meletak kenderaan.

Melalui rakaman video, dua lelaki berkenaan dilihat marah dengan memaksa anggota penguatkuasa membuka kunci tayar berkenaan dengan kaa-kata yang tidak sepatutnya.

Dia dilihat bersama rakannya cuba membuka kunci tayar berkenaan sendiri sambil menjerit dan mengarahkan anggota penguatkuasa itu segera membuka kunci yang dipasang itu.

"Gua bukan tak ada duit ada banyak lagi, lu buka (kunci) la… kalau tak mau buka tak apa.. lu mau lu buka wa kasi duit (denda kompaun)… lu sekarang buka (kunci tayar), wa kasi duit…" jeritnya berulang kali.

Bagaimanapun, rakan set ugas anggota penguatkuasa wanita berkenaan memberitahu bahawa mereka perlu membayar kompaun dahalu sebelum kunci dibuka.

"Lu tak payah takut, wa tarak lari punya… lu tak payah ambil gambar, wa tarak takut punya.

"Lu panggil siapa pun wa tarak takut punya, wa tarak takut sama lu ma" ujar lelaki itu yang tidak berpuas hati.

Kemudian dilihat rakannya telah mengeluarkan wang dan mencampakkan ke lantai dengan begitu angkuh sebagai tanda protes.

Namun anggota wanita berkenaana dilihat profesional bertindak tanpa emosi dengan mengutip duit yang dicampak itu, Namun apabila duit itu dipungut rakan lelaki tadi berkata "cepat buka, anjing!""Yang pi lempar duit itu awat, jatuhlah maruah kita" ulas rakannya yang kesal dengan sikap tersebut. - Siakapkeli.my

Read more ...

M'sia perlu kelulusan Parlimen sebelum tandatangan TPPA

Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap dalam satu sidang media mengenai TPPA di Putrajaya hari ini, beliau menegaskan biarpun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, namun Malaysia sebaliknya masih belum menandatangani perjanjian berkenaan.

Malah, katanya, dokumen teks TPP itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini.

"(Dokumen) TPP itu perlu dibentangkan dan dibahaskan terlebih dulu untuk diluluskan. Ini adalah proses lazim di semua negara terbabit," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk merundingkan kepentingan Malaysia pada rundingan berkenaan.

Usaha rundingan TPPA itu yang pertama kalinya dilancarkan pada 2005, melibatkan 12 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Jelas Mustapa, dokumen akhir TPPA itu beserta dua lagi analisis kos dan manfaatnya yang disediakan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan firma PricewaterhouseCoopers Malaysia, juga akan dikemukakan kepada Kabinet dan Parlimen.

Tegasnya, beliau sendiri mahu membentangkan TPP di Parlimen dan mungkin memohon agar diadakan Persidangan Khas Parlimen untuk menjelaskan butiran mengenai perjanjian perdagangan itu, jika perlu.

Sehubungan itu, beliau akan berbincang dengan Speaker pada minggu pertama sidang Parlimen akan datang mengenai tarikh serta masa untuknya membentang serta menerangkan kepada Ahli Parlimen berhubung pendirian Malaysia terhadap TPP berkenaan.

"Ini bergantung kepada Speaker... (pembentangan) Bajet 2016 perlu diutamakan terlebih dulu sebelum kita dapat berurusan mengenai perkara lain," katanya.

Mustapa turut mengakui bahawa mustahil untuk mendapatkan persetujuan 100 peratus mengenai TPPA berkenaan dan ia hanya memerlukan majoriti mudah bagi kelulusan perjanjian perdagangan itu.

Jelasnya, biarpun selepas mendapat kelulusan Parlimen, tempoh dua tahun diperlukan bagi pengesahannya yang turut memerlukan usaha pindaan undang-undang berkaitan tanpa menjejaskan Perlembagaan sebelum TPPA dapat dilaksanakan.

Menurutnya, cabaran utama adalah untuk meyakinkan kalangan ahli Parlimen mengenai kepentingan menandatangani TPPA bagi manfaat jangka panjang, termasuk aspek pelaburan langsung asing (FDI) dan perdagangan untuk negara.

Ditanya sama ada beliau yakin ia akan mendapat sokongan ahli Parlimen, Mustapa berkata : "Pada awalnya, memang sukar untuk meyakinkan mereka (termasuk Ahli Parlimen Barisan Nasional) tetapi kini mereka lebih faham dan usaha lebih gigih diperlukan bagi meraih lebih banyak sokongan."

Menurutnya, Kabinet juga telah mengarahkan kementeriannya untuk mengadakan lebih banyak sesi penerangan bagi menjelaskan TPPA kepada orang ramai.

Setakat ini, lebih 150 sesi seumpamanya diadakan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas serta kebimbangan mereka yang disifatkan Mustapa sebagai penting bagi usaha rundingan itu.

"Kita juga mengadakan pertemuan yang kerap dengan Kumpulan Kaukus Parlimen mengenai TPP yang bipartisan bagi memaklumkan mereka mengenai perkembangan terkini rundingan," katanya yang turut memberi jaminan kerajaan bersikap telus dan terbuka mengenai rundingan TPP berkenaan.

Kabinet juga katanya, turut mahukan kepentingan mengenai kos menyertai TPPA serta tidak menandatanginya, turut diambilkira.

- Bernama

Read more ...

'Fynn Jamal Ni Menyanyi Ke Bercakap? Ke Meraung?' - Karl

Secara jujurnya, ini satu pertanyaan yang membuatkan para kipas susah mati Fynn Jamal mendidih sedidih-didihnya.  4 Oktober, Karl Shafek yang baru mendengar lagu Fynn Jamal yang diputarkan oleh stesen radio buat pertama kalinya, hairan sama ada penyanyi itu bernyanyi atau bercakap. "Sekadar pertanyaan. No heart feeling ok. Fynn Jamal ni menyanyi ke bercakap? Ke meraung?" tanyanya di laman Twitter. Sungguh pun sekadar pertanyaan, namun para kipas susah mati Fynn Jamal menyerang Karl Shafek sehingga pengacara itu tidak berani membuka Twitternya untuk membaca tohmahan yang dilemparkan oleh peminat Fynn Jamal. "Sejujurnya memang saya langsung tidak berniat untuk memperlekehkan atau menyinggungkan Fynn menerusi Tweet tersebut. Tweet itu adalah sekadar sebuah pertanyaan. "Saya sendiri bukan orang muzik dan bukan orang yang terlibat dalam puisi. Jadi itu merupakan pendapat saya sebagai pendengar radio. "Saya buka radio dan mendengar lagu tersebut beberapa hari yang lalu. Penyampai radio mengatakan itu lagu nyanyian Fynn dan ia merupakan kali pertama saya mendengarnya. Persoalan mengenai lagu tersebut bermain di fikiran saya dan saya memutuskan untuk Tweet perkara itu bagi mendapatkan jawapan. "Tetapi tidak sangka pula ramai yang bashed saya sampai saya jadi takut untuk menyemak laman Twitter milik saya. Rupannya Fynn ada kelompok peminat yang sangat besar. "Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada Fynn dan berharap dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan tersebut. Sebagai pendengar radio yang mendengar lagunya, timbul pertanyaan apabila saya mendengar cara Fynn menyanyi tetapi saya mengakui yang bait-bait lirik tulisannya sangat hebat dan memberikan maksud yang mendalam," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Laungan 'Soaring Upwards' suntik semangat KPT

'SOARING Upwards' (peningkatan berterusan) adalah laungan semangat ('Battle Cry') perjuangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diterajui oleh Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi untuk semua warga KPT.
Read more ...

Bersabarlah Shahrol Shiro, Berita MENYEDIHKAN Buat Semua Peminat Beliau , Semoga TABAH !

Kuala Lumpur: Pelawak popular, Shahrol Shiro terpaksa menjalani pembedahan akibat jangkitan sinus di sebuah pusat perubatan swasta di Johor Bahru, pagi esok. Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 31, berkata, dia tidak menyangka masalah pening kepala dan berdenyut pada bahagian atas kening kirinya sejak seminggu lalu disebabkan oleh sinus. Katanya, bimbang dengan keadaan itu, dia mengambil keputusan membuat pemeriksaan di hospital dan disahkan menghidap penyakit berkenaan serta perlu menjalani pembedahan secepat mungkin. "Sudah seminggu saya sakit kepala dan rasa berdenyut di bahagian kening kiri sangat mengganggu sampaikan tidur malam tidak lena. "Berikutan tidak cukup rehan, saya jadi lesu. Ditambah lagi dengan jadual kerja yang padat, lagilah penat. "Saya jadi bimbang dan pergi buat pemeriksaan di hospital pada Ahad lalu.  Rupa-rupanya saya disahkan menghidap sinus dan terus ditahan di wad untuk menjalani pembedahan yang dijadualkan pagi esok," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Shahrol yang juga penyampai radio Era FM memuat naik sekeping gambar pada akaun Instagram miliknya awal pagi ini memaklumkan terpaksa berehat daripada aktiviti seni minggu ini kerana masalah kesihatan. Pengumuman itu mengundang tanda tanya dan spekulasi peminat apakah permasalahan sebenar yang dimaksudkan ahli kumpulan Shiro itu. Hmetro
Read more ...

MasyaAllah !!! Pelajar Yang Masih Dalam Pakaian Sekolah Melahirkan Bayi Seorang Diri Dalam Semak

Kaki Berita Online MasyaAllah !!! Pelajar Yang Masih Dalam Pakaian Sekolah Melahirkan Bayi Seorang Diri Dalam Semak

$%Sungguh miris pergaulan anak sekolah jaman sekarang. Seorang siswi SMK swasta di Kota Tangerang, inisial ID melahirkan bayi laki-laki di kebun warga, Kelurahan Cimone Jaya, Kecamatan Karawaci, Kota Tangerang, Rabu (26/11/2014) lalu.

Berdasarkan informasi warga awalnya berboncengandengan temannya yang sama-sama masih mengenakan seragam sekolah. Tiba-tiba saja, ia turun dari motor dan masuk ke kebun.

Saat dihampiri warga, lanjut khairul, kondisi ID sudah lemah dan banyak mengeluarkan darah. Sementara bayinya terlihat masih terlilit tali pusar.

"Langsung dipanggil warga lain dan dibawa ke rumah sakit," tuturnya.

"Awalnya ibu saya yang lihat. Dikira anak itu mau buang air kecil di kebun, tapi pas dilihat dia melahirkan," kata seorang warga, Khairul Anwar seperti dikutip Okezone.

Petugas Rumah Sakit (RS) Melati, Eva Kusnilawati, mengataka n ID datang sekira pukul 13.00 WIB. Saat ini kondisinya masih lemah dan trauma. "Bayinya selamat," terangnya.

Kepala Sekolah PGRI 1 Kota Tangerang Aef Gumiwa mengaku belum mengetahui secara jelas peristiwa yang dialami ID. Namun berdasarkan ketentuan tertulis, siswa dan siswi SMK PGRI 1 dilarang kawin/menikah.

"Dengan aturan tata tertib itu, sudah jelas ya, sudah gugur dengan sendirinya," katanya 

Komen:

Ketika Zina dan Riba telah Merajarela di suatu kaum maka kaum tersebut telah menghalalkan azab Allah untuk diri mereka sendiri Sahabat Muslim, gambar tersebut merupakan bukti bahwa semakin jauh kita dari aturan Allah maka semakin hancurlah kehidupan kita. Pendidikan yang kapitalistik,liberal dan sekuler telah menjauhkan Islam dari generasi muda kita. Sudah sewajarnya Umat Islam Indonesia bertaubat karena tidak menjadikan Islam sebagai sistem yang mengatur kehidupan. Dan menyegerakan diri untuk menerapkan syariat Islam. Apakah fakta seorang Siswi Tang erang yang melahir dikebun ini belum cukup sebagai peringatan..?

Inilah buah Liberalisme (Kebebasan) dalam pergaulan..

Kenapa semakin banyak kita dapatin kondisi yang memprihatinkan generasi anak negeri saat ini? Mereka sendiri belum pantas mendapatkan perlakuan seperti ini.

Namun kita pun menyadari bahwa seusia mereka sudah mengenal istilah pacaran. dan seusia itu pun , kondisi pubertas mereka sudah stabil.

Sayangnya mereka tidak diberikan pemahaman yg benar akan pergaulan yg benar di dalam Islam...

Kekuatan yg terbesar untuk menanggulanggi masalah ini ada pada negara.. fungsi negara membuat peraturan dan pemahaman bagi generasi anak didik.

Saatnya sistem pemerintahan Islam yang mampu mengatur permasalahan ini,. InsyaAllah pergaulan antara laki2 dan perempuan bisa dijaga.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *