Recent Post

Friday, July 29, 2016

Ruhainies Tetap Akan Kekalkan Hubungan Baik Bersama Dato Red

Gara-gara kes Dato Red merangkul pinggang Ruhainies, pelakon itu dihimpit dengan pelbagai kontroversi sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai perosak rumah tangga orang lain dan macam-macam lagi.

Namun, Ruhainies mengatakan beliau tetap akan mengekalkan hubungan baik bersama Dato Red dan bersikap profesional dalam setiap urusan kerja bersama usahawan tersebut.

Apabila bekerja dengan orang kalau boleh saya tidak mahu putuskan hubungan profesional itu. Mana tahu ada projek lain yang boleh membabitkan kerjasama lagi pada masa akan datang.

Jika apa yang terjadi itu tidak memudaratkan dan menimbulkan fitnah untuk apa saya putuskan silaturahim. Apa yang saya boleh katakan ia hanya salah faham.

Malah, Ruhainies juga sudah tidak kisah dengan kecaman orang ramai kerana beliau sudah pun menegaskan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Dato Red.

Saya juga enggan menuding jari atau meletakkan kesalahan ke atas bahu sesiapa. Jika cuba selamatkan diri, saya seperti membuka aib pihak satu lagi. Memang orang akan nampak yang negatif termasuk diri saya seperti playgirl. Saya juga sudah tegaskan memang tiada langsung perasaan cinta diantara kami.

Memang betul-betul profesional sikap Ruhainies yang tidak akan sesekali memutuskan hubungan baik yang terjalin antara beliau dan Dato Red. Harapnya, tiada lagi kontroversi hangat yang timbul melibatkan mereka berdua lagi.

Sumber Berita : BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Emas 200m milik Khairul, gagal padam rekod 48 tahun - Kosmo!

Emas 200m milik Khairul, gagal padam rekod 48 tahun

29/07/2016 11:28am

Khairul ketika berjaya menamatkan perlumbaan tadi.

KUCHING - Mohd. Khairul Hafiz Jantan memecahkan rekod sendiri, 21.14 saat bagi acara pecut 200 meter yang dicetak tengah hari semalam ketika meraih pingat emas pada aksi final menerusi catatan 21.03s sebentar tadi.

Bagaimanapun catatannya itu tidak dapat memecahkan rekod kebangsaan yang dicipta oleh Tan Sri Dr M Jegathesan, 20.92s yang dirakamkan pada temasya Sukan Olimpik Mexico pada 1968.

Rekod baharu ini sekali gus menyaksikan Khairul yang mewakili Melaka berjaya memecahkan rekod sendiri bagi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2016 tersebut dalam tempoh kurang 24 jam ketika menewaskan Muhammad Aqil Yasmin (Selangor) serta Jonathan Nyepa (Sarawak) di Stadium Sarawak.

Aksi final 200m pada pukul 9.57 pagi tadi turut menyaksikan Muhammad Aqil mencetak 21.31s untuk meraih pingat perak, manakala Jonathan mencatat 21.34s (gangsa).

Semalam, Khairul berjaya memecahkan rekod Sukma, 21.33s yang sebelum ini dicetak bekas jaguh pecut Terengganu, Nazmizan Muhammad yang dilakukan pada temasya edisi 2002 di Sabah.

Rabu lalu, Khairul meraih gelaran raja pecut Malaysia selepas mencetak rekod baharu kebangsaan, 10.18s yang memadam catatan 10.30s dilakukan Watson Nyambek pada 1998. - K! ONLINE

Read more ...

Paras Bunyi Collective di Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016

After beating out 35 other submissions, Paras Bunyi Collective and CubeArt Stage & Performance emerged winners of the Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016 (YSDAF2016) Pitch Start grant and will be debuting their works at the festival this 20th – 21st August, 2016 at the The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac).

XesLove1

Paras Bunyi Collective And Cubeart Stage & Performance Are All Set To Wow Audience At Yayasan Sime Darby Arts Festival 2016

Helmed by Faizal Nafis or better known in the local scene as Xes Xes Loveseat, Paras Bunyi Collective is set to deliver a multi-sensory experience to festivalgoers. A well-known DJ and vinyl collector, Faizal specializes in House, Indie-Dance and Disco; naming music icons such as Giorgio Moroder, Kraftwerk and LCD Soundsystem as some of his biggest influences.

Faizal has opened for international acts such as Aeroplane (Belgium, Eskimo), Andrew Butler of Hercules and Love Affair (NY, DFA), Breakbot (France, Ed Banger), Apparat (Berlin, Bpitch Control), Nick Zinner of Yeah Yeah Yeahs (US), Osunlade (US, Yoruba) and Wolfram (Austria, Gomma/Permanent Vacation) and was a regular guest DJ for the now defunct Deer Society nights. Besides the usual club fare, he has curated music for fashion labels and exhibitions.

Paras Bunyi Collective is a project especially created by Faizal for YSDF2016 and for this; he has rallied his friends, the experimental group Akhyla as collaborators. Check out his mixes at www.mixcloud.com/loveseat and vinyl collection at www.instagram.com/wishtone.

Bulan Separa Penuh is the winning pitch by CubeArt Stage & Performance, a group with members from Malaysia's leading performance arts school, Akademi Seni dan Warisan Malaysia (Aswara) previously known as Akademi Seni Kebangsaan (ASK). The theatre production tells the story of two people's dream to build a life in the performing arts but face strong objections from their families.

Featuring an ensemble cast of ten actors and four main leads, the production will combine dance, singing and acting to form a conceptual theatre that will captivate and provoke thoughts.

With Paras Bunyi Collective and Bulan Separa Penuh as part of this year's line-up, YSDAF2016 is set to become the 'must-attend' arts events of 2016. YSDAF2016 is open to the public and is free of charge.

For more information and full programme, log on to:

WEB www.klpac.org/ysdartsfestwww.instagram.com/ysdartsfestwww.facebook.com/ysdartsfestwww.youtube.com/user/ysdartsfestwww.twitter.com/ysdartsfest#ysdaf #ysdaf2016 #klpac

BSP1

Akhyla

Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby, or Sime Darby Foundation, was established in 1982 and is the primary driver of Sime Darby Berhad's Corporate Social Responsibility initiatives.

The objectives of Yayasan Sime Darby are supported by its five pillars, namely: education; environment, community & health; youth & sports and arts & culture. While led by independent members of a Governing Council and managed by a dedicated team, Yayasan Sime Darby works closely with the Sime Darby Group, in areas of mutual interest.

Since its inception, Yayasan Sime Darby has awarded scholarships worth RM226 million to 2,815 students both in and outside Malaysia. It is supporting long term research projects of significant scientific value like the Stability of Altered Forest Ecosystems (SAFE) project which is the world's largest ecological project, a joint effort with the Royal Society (The UK and Commonwealth Academy of Science). Yayasan Sime Darby is also actively involved in the development and improvements of sports in Malaysia namely track cycling, lawn bowling, cricket, tennis and golf. Under its community & health pillar, Yayasan Sime Darby supports initiatives to promote the well-being of disadvantaged people irrespective of race, culture, religion, creed or gender and works with established organisations to promote the development of arts and culture.

The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac)

Opened in May 2005, klpac is Malaysia's only fully-integrated performing arts centre. A non-profit organisation, it aims to nurture and develop the performing arts in Malaysia. Since its opening, klpac has housed over 400 performances, film screenings, art exhibitions and events. The Actors Studio Academy housed in klpac conducts a wide range of courses and runs a crucial community outreach programme. Other educational initiatives include the klpac Orchestra, klpac Symphonic Band, klpac String Ensemble, the Theatre for Young People (T4YP) programme and an Artist-in-Residence programme. Major events include the klpac Open Day, a free-of-charge arts festival for the public, as well as the SHORT+SWEET Malaysia festival. For more information, please visit www.klpac.org.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Anak Billionair Berlian Sahut Cabaran Bapa Untuk 'Survive' di Tempat Asing Selama Sebulan, Hanya Dibekalkan RM423 Untuk Kecemasan

Mungkin biasa kita lihat cerita-cerita anak orang kaya dipaksa untuk hidup miskin di kaca televisyen. Tapi di India, kisah itu benar-benar berlaku.

Seorang billionair dari Surat, Gujarat, India telah mencabar anaknya menghabiskan masa cutinya bekerja di Kochi kerana dia mahu anaknya itu belajar apa makna hidup sebenar.

Pemilik kedai berlian itu adalah pemilik syarikat Hare Krishna Diamond Exports yang bernilai Rs. 6,000 crores (RM 3.6 billion).

Anak tunggalnya, Dravya, 21, merupakan pelajar MBA di Amerika Syarikat dan kini berada di India kerana bercuti.

Billionair itu mencabar anaknya untuk menyahut cabaran itu selama sebulan dengan tiga syarat.

1 - Dravya tidak boleh menggunakan nama atau pengaruh ayahnya untuk menyelesaikan sesuatu perkara

2 - Dia tidak boleh bekerja di satu tempat lebih dari satu minggu

3 - Dia hanya dibekalkan dengan Rs. 7,000 (RM 423) yang hanya boleh digunakan untuk kecemasan, dan tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanj aan hariannya.

"Saya mahu dia faham bagaimana orang miskin berhempas pulas untuk dapatkan kerja dan duit. Tak ada universiti yang boleh mengajar skil kehidupan ini melainkan pengalaman.", kata Savji Dholakia kepada Times of India menerusi telefon.

Dravya menerima cabaran itu dan dia dihantar ke satu kawasan yang dikenali sebagai Kochi; kawasan yang sangat asing bagi Dravya memandangkan penduduk di Kochi menggunakan bahasa Malayalam dan Dravya menggunakan bahasa Hindi untuk berkomunikasi.

Lebih teruk, Dravya cuma membawa tiga helai pakaian ke Kochi dan juga Rs 7,000 sebagai wang kecemasan.

"Selama lima hari saya tidak ada kerja atau tempat untuk tinggal. Saya sangat kecewa kerana saya ditolak untuk bekerja sebanyak 60 kali, memandangkan tidak ada seorang pun  yang kenal saya di sini. "Saya faham perasaan apabila ditolak dan betapa bernilainya sesebuah pekerjaan", kata Dravya, yang menipu bos-bosnya di Kochi dengan berkata bahawa dia datang dari keluarga yang miskin di Gujarat.

D ravya mendapat kerja pertamanya di sebuah kilang roti di Cheranelloor. Kemudian dia bekerja di sebuah pusat panggilan telefon, sebuah kedai kasut dan juga McDonalds.

Hasil dari titik peluhnya selama sebulan, Dravya berjaya memperoleh Rs 4,000 (RM242).

"Sebelum ini saya tidak pernah risau tentang duit dan di sini saya terpaksa bersusah payah untuk mendapatkan makanan Rs 40 (RM 2.50). Saya juga perlukan Rs 250 (RM15) sehari untuk membayar tempat tinggal", kata Dravya yang sudah kembali ke rumahnya pada Selasa.

Read more ...

Akta MKN: Ada yang kurang jelas, ada yang bimbang

Walaupun Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 akan berkuat kuasa tidak lama lagi, namun masih ada yang tidaktahu, kurang jelas serta kurang pendedahan tentang akta yang antaranya akan memberi kuasa mengisytihar darurat kepada Majlis Keselamatan Negara yang diketuai perdana menteri.

"Saya tak tahu (tentang Akta MKN). Sebab saya rasa tak ada kena mengena dengan saya kot," kata Kamal Afiq MustapaKamal, 28, kepada Malaysiakini.

Namun, bagi pihak yang pernah mendengar mengenai kewujudan akta berkenaan, rata-rata menyatakan rasa kurang setuju sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan.

Bagi Zulfazli Mansor, 31, beliau dia tidak mengetahui secara lanjut mengenai akta berkenaan kerana mendakwa ia kurang didedahkan di media.

Bagaimanapun, katanya, akta tersebut mempunyai baik dan buruk sekiranya ia dikuatkuasakan.

"Saya tak tahu sangat mengenai akta ini sebab saya rasa tak banyak media tulis mengenai benda ini.

"Tapi saya rasa akta ini ada baik dan buruknya. Ia bergantung kepada isu contohnya kalau isu pengganas, ok kalau guna akta ini. Tapi kalau hal lain, saya tak berapa pasti.

"Sebab saya takut juga kalau tiba-tiba saya ditangkap tanpa diberikan peluang untuk diadili. Bagi saya akta ini 50-50. Ada baik dan buruk," kata Zulfazli.

Bagi Ismadi Alias, 45, pula beliau kurang 'jelas' dengan undang-undang berkenaan. Jelas Ismadi, apa yang lebih dibimbanginya ialah isu kos sara hidup yang kini semakin meningkat dan membebankan.

"Tahu (mengenai akta MKN) macam itu sajalah. Lebih lanjut dan sejauh mana pelaksanaannya saya kurang jelas.

"(Sama ada) bimbang (dengan akta MKN) itu susah nak cakap, sebab kita tak nampak lagi apa fungsi akta itu. Cuma sayalebih memikirkan soal kos sara hidup hari ini yang menjadi beban rakyat," katanya.

Seorang pekerja swasta, Mohamad Khir Mohamad, 58, berkata sebagai rakyat dia ingin mendapatkan penjelasan terperinciberhubung undang-undang yang diluluskan di Parlimen pada Disember tahun lalu itu.

"Susah nak cakap sebab ini soal kuasa, ia perlukan penjelasan terperinci sebab saya pun baru dengar tentang perkara ini,"katanya.

Sidi Yusof, 27, pula memberitahu bahawa beliau hanya tahu serba sedikit mengenai akta berkenaan.

Namun, apa yang menjadi kebimbangannya ialah sekiranya undang-undang itu bakal menjadi seperti Akta KeselamatanDalam Negeri (ISA) jika pesalah ditahan tanpa dibicarakan.

"Saya tahu sikit, dia macam ISA. Kita bimbang dengan akta MKN ini sebab bagi saya, boleh jadi akan disalah guna sebabia tak berikan penghakiman sewajarnya.

"Saya rasa perlu kaji lebih lanjut baru laksanakannya," ujarnya.

Sementara itu, bagi Abdullah Bakar, 67, akta yang bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan untuk menjagakeselamatan rakyat negara ini adalah amat diperlukan.

Malah, katanya, akta itu juga perlu di negara ini bagi mengelak ada pihak melakukan perkara yang tidak diingini dengan sesuka hati seperti yang berlaku di negara jiran sebelum ini di mana rakyatnya mengadakan demonstrasi besar-besaran di Bangkok.

"Saya rasa akta ini ok, bagus ada. Kalau tak nanti masing-masing buat sesuka hati macam apa yang berlaku di Thailand,"kata Abdullah yang merupakan seorang pesara.

Akta MKN diluluskan di Parlimen pada 3 Disember tahun lalu dengan undi suara majoriti, tanpa sebarang pindaan.Bagaimanapun, ia mendapat bantahan keras daripada wakil rakyat pembangkang serta beberapa NGO.

Antara yang menjadi kebimbangan ialah rang undang-undang itu dilihat akan menghakis kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong.

Rang undang-undang itu antara lain, memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai pengerusi majlis MKN,kuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai "zon keselamatan" dengan hanya kelulusan anggota majlis itu.

Di bawah zon keselamatan, pasukan keselamatan akan dibenarkan untuk membuat tangkapan, mengawal pergerakan,menahan atau memindah suspek, menyita dan menggeledah, merampas atau memusnahkan harta serta mengetepikaninkues dikemukakan pihak berkaitan.

Tindakan mereka hanya boleh dicabar jika mahkamah memutuskan ia dilakukan dengan "niat jahat".

Bagi pengkritik pula, rang undang-undang itu juga dilihat mencerobohi kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan keadaan darurat. Mereka juga khuatir akta baru itu akan digunakan khususnya untuk bertindak tegas ke atas kumpulan atau individu yang tidak bersependapat dengan kerajaan.

Tetapi, Najib berkata, 'penjaja ketakutan' bermotif politik sengaja menyalahtafsir undang-undang keselamatan baru itu.

Kata Najib, undang-undang berkenaan tidak sama dengan pengisytiharan darurat -seperti didakwa pengkritik- keranamasih berada di tangan Yang di-Pertuan Aging.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata Rang Undang-undang MKN tidak mempunyaitujuan politik atau untuk memberi kuasa mutlak kepada perdana menteri.

Sebaliknya, beliau berkata rang undang-undang yang diluluskan Dewan Rakyat itu bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhan.

Read more ...

Isteri kedua Adi Putra ditahan, kes seludup warga asing

KUALA LUMPUR: Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly, adalah antara yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *