Tuesday, October 13, 2015
Persidangan 'Cinta dan Seks dengan Robot': Jangan nak mengarut - KPN
"SAYA RASA TERKILAN BILA RAMLI MS PERTIKAI BAKAT SUFI" - EDRY
Jika sebelum ini, Edry Abdul Halim tidak peduli dengan komen Michael Ang kerana pengarah tersebut tidak berpengetahuan dalam bidang muzik, terkini pengetua AF2015 itu melahirkan pula rasa terkilannya kepada Datuk Ramli MS.
Ini kerana ketika konsert final AF2015 baru-baru ini, Ramli MS telah menegur lagu ciptaan Sufi sebagai tidak fokus dan terlalu banyak melodi yang disifatkan tidak perlu. Untuk makluman, Sufi telah menyanyikan lagu bertajuk 'Kisah Dua Muka' yang merupakan ciptaan sepenuhnya.
Terdahulu, Edry KRU juga didakwa telah mengherdik Che Ta kerana tidak berpuas hati dengan komen yang diberikan oleh isteri Zain Saidin kepada Sufi.
Tentang komen Ramli MS, Edry memaklumkan yang komposer terkenal i tu seharusnya memberi galakan kepada orang baharu, bukannya menjatuhkan semangat mereka.
"Saya tidak marah, cuma terkilan bagaimana seorang komposer hebat seperti beliau boleh mempertikaikan bakat seorang pendatang baharu seperti Sufi. Beliau seharusnya memberi galakan, bukannya mengkritik lagu yang dihasilkan.
"Sufi orang baharu bagi saya. Kita tidak boleh sekat orang baharu seperti Sufi untuk berkarya. Sufi akan melalu proses demi proses yang akan mendewasakannya.
"Ramli sepatutnya lakukan kajian, beliau sepatutnya mendengar radio untuk mengetahui di mana kedudukan lagu dinyanyikan Sufi itu," ujar Edry dipetik sebagai berkata.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomSERAM ! Hantu Muncul Di Dalam Kereta Selepas KEMALANGAN NGERI !
Almy Nadia Mahu Kekal Langsing, Guna Mesin Sauna Di Rumah
Pernah dihina dan dikutuk oleh pengikut di Instagram hanya kerana bentuk badannya berubah setelah melahirkan anak, kini Almy Nadia tampil berkongsi rahsia untuk kembali mendapatkan bentuk badan idaman.
"Saya ingin menurunkan berat badan demi suami dan diri sendiri. Saya belum kurus sepenuhnya seperti susuk tubuh asal namun ada perubahan berbanding sebelum ini"
"Sebelum ini saya hanya muat baju bersaiz XL dan baju ketika mengandung namun secara perlahan-lahan sudah beransur kepada saiz lebih kecil. Suami banyak memberikan sokongan kepada saya untuk menguruskan badan"
"Namun, dia tidak memaksa saya mengurangkan berat badan dalam tempoh singkat dan secara drastik kerana saya masih menyusukan anak. Malah, sebagai tanda sokongan, Fizz menghadiahkan mesin sauna untuk kegunaan di rumah," jelasnya kepada BH Online.
Antara perkara yang turut diamalkan oleh Almy untuk kembali kembali kurus adalah dengan bersauna lima kali seminggu, jika dia mempunyai kesempatan dan tidak sibuk dengan perkara lain. Lebih manis lagi, mesin sauna di rumah itu adalah daripada suami yang tercinta.
Usaha Almy ini dilihat menjadi pembakar semangat kepada pengikutnya di Instagram malah dalam masa yang sama turut menjadi motivasi kepada mereka yang mahu menguruskan badan agar tidak berputus asa demi untuk mencapai apa yang diidamkan.
Berita berkaitan:Gentleman Psy Kurang Dapat Sambutan
Mr Bean peluk Islam hanya khabar angin
Ramli MS Kahwin Lain. Alyah Akui Hidup Kini Sudah Hancur
"Percintaan Kami Pulih, Jangan Besarkan Lagi" - Zizan Razak
Yana Samsudin tanggung suami?
Komencomments
'Dia Tak Malu Ke Bawa Ayahnya Yang Tua Ke Tempat Awam?'
Lelaki itu membayar bil makanan mereka dan keluar dari restoran itu dengan ayahnya.
Pada masa yang sama, salah seorang lelaki yang agak berusia antara pelanggan dalam restoran itu juga memanggil lelaki itu dan bertanya, "Bukankah awak ada tertinggal sesuatu di belakang?" "Tidak, tiada apa yang tertinggal encik," jawabnya. "Ada! Awak meninggalkan satu pengajaran pada setiap individu yang bergelar anak dan harapan untuk lelaki yang bergelar ayah," katanya. Suasana restoran menjadi senyap dan sunyi seketika. - Saradha Jitendran Diterjemah untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja."Filipina Sahkan Tidak Ada Bangkai Kapal Terbang" - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekaligus menafikan dakwaan penemuan bangkai pesawat yang dipercayai milik MH370 di negara itu sebelum ini.
"Tak betul... Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang," katanya memetik laporan dari Bernama.
Sebelum ini, seorang lelaki, Jamil Omar, membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berikutan dakwaan ibu saudaranya yang berkata penduduk di Filipina menjumpai bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.
Di dalam laporan tersebut, Jamil juga turut melaporkan ibu saudaranya berkata bangkai itu dijumpai bersama banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm dan 89sm lebar. - Siakapkeli.my
Sumber : Astro Awani
Kartunis diingatkan jaga sensitiviti rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan kartunis di negara ini diingatkan supaya menjaga sensitiviti rakyat pelbagai kaum dan agama dalam berkarya demi memelihara perpaduan serta keharmonian negara.
Beliau berkata sekiranya etika dalam berkarya dapat dijaga dan dihormati, ia dapat mengelak pelbagai masalah sekali gus memastikan Malaysia terus bergerak sebagai sebuah negara maju.
"Kalau nak gambarkan tentang politik boleh, tiada masalah. Tapi ada perkara tertentu tidak seharusnya dijadikan bahan karya kerana boleh merosakkan keharmonian dalam kalangan masyarakat," katanya ketika berucap di majlis Anugerah Kampung Boy 2015, yang diadakan sempena sambutan setengah abad Kartun Lat, di Putrajaya malam tadi.
Mengambil contoh majalah satira Charlie Hebdo yang menghasilkan lukisan karikatur wajah Nabi Muhammad SAW, Najib berkata ia satu bentuk karya yang bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah tidak sensitif terhadap umat Islam sehingga mencetuskan ketegangan.
"Walaupun kita boleh kata ini adalah kebebasan bersuara dan hak asasi, tetapi saya berpendapat tiada kebebasan mutlak yang sebenar. Kalau kita percaya pada kebebasan mutlak, kita tidak akan hormat dan menjaga sensitiviti orang lain sehingga menyebabkan ketegangan dan konflik dalam negara?," katanya.
Najib menarik perhatian bahawa kartunis merupakan kumpulan yang berperanan untuk membentuk minda, sikap serta persepsi rakyat terhadap sesuatu isu atau cara hidup mana-mana kumpulan etnik mahupun komuniti di negara ini.
"Golongan tersebut boleh memainkan peranan sebagai penyalur maklumat untuk menjernihkan sesuatu isu secara lebih dekat lagi melalui usaha hiburan yang pada asasnya ada mesej positif," katanya.
Mengambil contoh pergolakan di Gaza, Palestin, Najib berkata kartunis menerusi lakaran mereka telah berjaya memaparkan konflik tersebut dengan cara tersendiri untuk difahami oleh rakyat Malaysia.
Beliau turut menarik perhatian bahawa lukisan kartun adakalanya boleh membuatkan seseorang dilihat seperti 'orang gila' kerana tersenyum dan ketawa sendirian.
"Watak yang dipaparkan itu sesetengah bila tengok sekali pandang nak gelak dan ketawa dengan sendiri. Kalau (orang) tengok dari jauh mungkin orang anggap kita tidak siuman," katanya sambil disambut gelak tawa oleh tetamu yang hadir.
Mengenai karya Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohammad Nor Khalid, perdana menteri menyifatkan kartunis itu seorang yang istimewa dan tersohor sehingga ke peringkat antarabangsa.
Malah, Najib mengakui beliau sebagaimana rakyat yang lain turut menggilai pelbagai karya Lat seperti 'The Kampung Boy', Keluarga Si Mamat serta 'Town Boy' dan masih kekal dalam ingatan sehingga hari ini.
"Mesej yang disampaikan dalam karya tersebut menunjukkan sebuah masyarakat yang hidup dalam keadaan hormat menghormati, dan perlu dikatakan ia bersesuaian dengan semangat 1Malaysia," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyatakan kesediaan kerajaan untuk menimbang permohonan Kelab Kartunis Malaysia (KKM) yang berhasrat memiliki sebuah 'rumah kartunis' bagi mempamerkan karya mereka selain dijadikan tempat berkumpul.
Anugerah Kampung Boy 2015 mengambil nama sempena karya popular Lat yang telah dicetak 16 edisi dan diterjemah dalam tujuh bahasa dan dianjurkan oleh KKM.
Majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada kartunis tanah air yang menjadi medium pengantara kepada masyarakat sejak berdekad lalu, selain memainkan peranan penting dalam pembangunan minda.
Di majlis itu, perdana menteri menyampaikan anugerah kepada lapan kartunis dengan Anugerah Utama 'Kampung Boy 2015' diberikan kepada Jaafar Taib yang terkenal menerusi majalah Gila-Gila.
Penerima lain adalah Dilfitri Tajudin atau Lambok (Anugerah Kartunis Muda Berpotensi); Saadon Ishak atau Don (Anugerah Watak Kartun Animasi); Reggie Lee (Anugerah Kartunis Editorial); Abd Fatah Ngah (Anugerah Kartunis Malaysiana); Sabariah Jais atau Cabai (Anugerah Kartunis Terbaik); Zainal Buang Hussein (Anugerah Kartunis Legenda) dan Meor Shariman Meor Hassan atau Mishar yang meraih Anugerah Khas Juri.
- Bernama
AF2015: 'Luahan Michael Ang Tidak Penting Bagi Saya' - Edry
Rakyat Yaman halau al-Qaeda
Menjijikkan!! Buat Penggemar Makanan Kedai Mamak Lepas Tengok Video Ni Masih Nak Makan Mamak??
Sebenarnya dah banyak kali kita dengar tentang isu-isu kebersihan yang dipertikaikan di premis-premis makanan.
Kali ini tersebar sebuah video yang menunjukkan aksi seorang pekerja di bahagian dapur di sebuah restoran mamak mencuci kuali dengan menggunakan mop!
Video ini dirakam oleh seorang pengunjung restoran itu.
"Kita pun dah fikir mcm tu td. Haha. Beli purposely utk basuh kuali. Tapi dah kenapa basuh dgn dapur skali? Amik air dari dalam kuali. Sorilah terus negatif balik," demikian memetik individu yang memuatnaik video itu. -Siakapkeli.my
Shahbudin Husin: Setelah MAHATHIR - KU LI - MUHYIDDIN Duduk Semeja, BERAPA LAMA HAYAT NAJIB LAGI?
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...