Recent Post

Monday, October 05, 2015

Jurgen Klopp pilihan utama pengurus baharu gantikan Brendan Rodgers

Pemecatan Brendan Rodgers awal pagi tadi menjadikan bekas pengendali skuad Borussia Dortmund, Jurgen Klopp sebagai pilihan utama Liverpool untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus baharu kelab itu.
Read more ...

6 GAMBAR - WAJAH TERKINI FALIQ, ANAK ERIN MALEK

Gambar terkini Mohamed Faliq Mohamed Farriz anak kepada Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 21, dan Farriz Fauzy yang dilahirkan 1 Oktober lalu.

Umum mengetahui bahawa kembar kepada Faliq sudah meninggal dunia akibat lebihan cecair di dalam perut sehingga menyebabkan badan membengkak ketika kandungan Erin mencecah usia 16 minggu.

Jom kita tengok wajah si kecil ini!

Klik gambar untuk size besar

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

[9 FOTO] Pasangan Ini Honeymoon Di Sebuah Hotel Bajet. Lihat Apa Terjadi Selepas 5 Minit

Kisah pasangan pengantin baru honeymoon di sebuah hotel... lihat apa yang terjadi selepas 5 minit amat mengejutkan anda !!! #LOL - I dont believe man will act good lo. If other man makan liao lo. hihi...
Read more ...

Nelydia Senrose Mahu Fokus Kepada DIri Sendiri Terlebih Dahulu

Nelydia-Senrose-Kini-Kembali-Solo-Selesa-Sendirian

Baru-baru ini, Nelydia Senrose dan juga kekasih hati, Qi Razali pernah diasak soalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan goyah apabila masing-masing meluahkan perasaan di sosial media. Namun mereka menafikan sekerasnya perkara tersebut, sehinggalah Nelydia membuka cerita sebenar mengenai mereka di Kosmo!

"Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi"

"Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri terlebih dulu"

"Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan diri ini," kata Nelydia menjelaskan segalanya.

Selain itu, Nelydia yang sebelum ini sudah menjalin cinta hampir tiga tahun bersama Qi enggan mendedahkan perkara sebenar yang menjadi penyebab perpisahan mereka.

Apa pun dia tidak menolak jodoh jika mereka sememangnya sudah ditakdirkan bersama – okay ini jawapan cliche. Apa pun, semoga Nelydia mahu pun Qi dapat mengejar impian masing-masing.

Berita berkaitan:

Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia

'Kayla Elayna' Nama Anak Khairul Fahmi Dan Leuniey

Hanez Suraya Minta Jangan Kaitkan AuraWhite

Jaclyn Victor Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Komen

comments

Read more ...

Lelaki Cina Ditahan Menyamar Sebagai Anggota RAMD

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki Cina (Buddha) berusia 42 tahun ditangkap oleh orang awam kerana menyamar sebagai anggota tentera di Kem PULADA, semalam. Kau Kuan Song, jurutera TY Precision Engineering di Desa Jaya Johor, ditahan di kawasan parkir Masjid PULADA, hasil maklumat dari kakitangan agama PULADA yang curiga dengan kehadiran lelaki itu. Difahamkan, pengadu pada awalnya menyedari kehadiran sebuah kereta Toyota Camry JQK 228 di perkarangan masjid. Namun, pemandunya tiada di dalam kereta. Setelah pemeriksaan dilakukan di sekitar masjid, pengadu dan seorang anggota tentera yang bertugas mendapati seorang lelaki berpakaian lengkap ATM berceloreng digital berpangkat Lt Muda berada di belakang masjid. Menurut lelaki itu, dia hanya singgah sebentar untuk membuang air. Namun cara percakapannya membuatkan mereka curiga. Ditambah pula dengan baju celoreng digital yang dipakai adalah tidak bertepatan iaitu menggunakan nama K.S. Kau dan kor adalah Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).  Lelaki itu kemudian ditahan untuk disoal siasat oleh pegawai bertugas dan pegawai medan bertugas. Dalam penangkapan itu juga, beberapa barang peribadi kepunyaan suspek ditemui seperti kad pelantikan anggota RELA, Beret Kor KPA, name tag bernama Rusli dan beberapa lagi barangan yang lain.  Hasil pemeriksaan ke atas iPad Mini dan iPhone 6 milik suspek mendapati banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital dan celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid PULADA.

Senarai perbezaan yang diperoleh adalah seperti berikut: (1) Nama: K.S.KAU Kor: RAMD Pakaian: Celoreng Digital

(2) Nama: Sulaiman Kor: RAMD Pakaian: Celoreng Harimau Belang

(3) Nama: Sulaiman Kor: RAMD Pakaian: Celoreng Digital

(4) Nama: Hassan Kor/Unit: PDRM Pakaian: Celoreng PDRM

Suspek bagaimanapun telah diserahkan kepada Balai Polis Ulu Tiram untuk siasatan dan tindakan lanjut. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Persembahan Orkestra Cina Singapura di KL 8 Dis

Orkestra Cina Singapura (SCO) akan membuat persembahan di Kuala Lumpur buat pertama kali pada 8 Disember ini di Dewan Filharmonik Petronas.

"Titian Budaya' ini di bawah pimpinan Pengarah Musik SCO, Tsung Yeh diadakan sempena hubungan dua hala 50 tahun antara Singapura dan Malaysia.

Ia antara lain bakal diserikan dengan persembahan juara musim pertama Singapore Idol, Taufik Batisah, pemain piano Jeremy Monteriro, Tok Dalang Eyo Hock Seng dan kumpulan wayang kulit Kumpulan Sri Campuran, pemain tabla Jatinder Singh Bedi, selain muzik 'Nanyang' dan program kebudayaan timur dan barat.

Menurut penganjurnya, Taufik akan mendendangkan lagu Allahyarham P. Ramlee seperti Getaran Jiwa, Senjakala dan Bila Mama Pakai Celana yang digubah semula dalam bentuk medley oleh komposer Eric Watson.

Tiket adalah berharga RM130, RM100, RM70 dan RM50 yang boleh dibeli menerusi http://mpo.com.my/29titian-budaya-bridging-cultures.

- Bernama

Read more ...

Klopp dilantik sebagai pengurus baharu Liverpool

LONDON: Jurgen Klopp menandatangani kontrak bersama Liverpool bagi menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat, menurut satu laporan.
Read more ...

SUAMI SEMPAT BUAT HUBUNGAN INTI-M DI SEBELAH MAYAT ISTERI

Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009. 

Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkanhukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya. 

Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang se belum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang. 

''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan.Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah. Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang. 

''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turun tangga dari tingkat atas rumah. Ketika di bilik tidur utama, dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cuba menghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya. 

Mereka kemudian menuju ke KL Sentral dan menaiki kereta api ke Perlis pada pukul 8.15 malam sebelum turun di Rawang kira-kira 45 minit kemudian. 

''Mohafri beritahu dia perlu buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina dan menyuruh saya balik semula ke Kuala Lumpur seorang diri. Saya naik komuter dan menunggu kawan saya, Wan dari Sungai Buloh datang menjemput. 

''Pada malam itu, Wan bawa saya ke rumah Mohafri untuk mengambil beg pakaian saya. Apabila sampai, rumah telah dikelilingi pihak polis. Wan keluar dari kereta untuk bertanya dan diberitahu ada kes suami bunuh isteri,'' katanya lagi. 

Sementara itu, kakak mangsa, Faizah Ahmad, 47, pula berkata keana suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan berhasrat untuk bercerai. 

Dia yang bekerja sebagai pembantu jururawat bercakap dengan mangsa untuk kali terakhir pada pukul 5 pagi hari kejadian apabila Fazlina menghubunginya dan meminta mengambil cuti kecemasan bagi menghantar bapa mereka ke hospital. 

''Sebelum keluar ke tempat kerja pada pagi itu, saya ada cuba menghubungi Fazlina untuk memberitahu saya tidak dapat hantar bapa, tetapi adik saya akan berbuat demikian. Tetapi dia tidak dapat dihubungi,'' jelasnya. 

Ketika diminta mengecam gambar-gambar Fazlina, saksi tidak dapat menahankesedihan. Dia dilihat mengesat air mata menggunakan tisu yang diberikan oleh jurubahasa mahkamah. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung pada 13 Januari ini.

sumber   http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm

Bekas pengurus katering bebas tuduhan bunuh SHAH ALAM 12 April - Kegagalan pihak pendakwaan memanggil seorang pembantu rumah warga Indonesia menyebabkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus syarikat katering, Mohafri Mohamed (gambar) daripada tuduhan membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, dua tahun lalu.

Dalam kejadian itu, mayat Fazlina dijumpai dalam keadaan berbungkus dengan selimut dan mulut serta hidungnya ditampal dengan pita pelekat, di dalam almari pakaian di rumah mereka di Ampang.Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya menyatakan, mahkamah kesal dengan kegagalan pihak pendakwaan memanggil pembantu rumah bernama 'Yayok' itu untuk memberikan keterangan kerana dia adalah antara tiga orang dewasa yang berada di tempat kejadian termasuk mangsa dan tertuduh.

Kata beliau, selepas kejadian, Yayok ditahan dan disabitkan bersalah sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), dipenjara dan dihantar pulang ke negara asalnya serta semua maklumat itu di bawah kawalan pe gawai penyiasat, Asisten Supritendan Siti Nathiroh Abu Bakar.

Menurut beliau, keterangan percakapan Yayok terhadap polis tidak memberi sebarang nilai kepada kes pendakwaan memandangkan ia hanyalah keterangan cakap mulut (hearsay) tanpa pemeriksaan balas.

''Kegagalan itu menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kes dan saya mendapati adalah tidak selamat untuk memanggil pembelaan sekiranya tertuduh memilih untuk berdiam diri kerana hanya ada satu hukuman iaitu mati.''Oleh itu, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,'' kata Hakim Mohtarudin.

Mohafri, 38, yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas tuduhan membunuh Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.

Sebanyak 16 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan berlangsung termasuk bekas teman wanita Mohafri, N azratul Annis Zainal Abidin, 23, yang mendakwa dia dan tertuduh merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand setelah tertuduh mengaku dia sudah bercerai.

Selepas mendengar keputusan itu, seluruh ahli keluarga Mohafri di galeri awam dilihat saling berpelukan dan mengalirkan air mata. Mereka terus mengerumuni dan memeluk Mohafri yang kelihatan tergamam sebaik sahaja mahkamah selesai bersidang.Anak sulung Mohafri, Nurin Irdina, 9, juga dilihat tidak melepaskan peluang memeluk bapanya dengan erat.

Mohafri ketika ditemu pemberita mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua ahli keluarga serta petugas-petugas di Penjara Sungai Buloh kerana melayannya dengan baik sepanjang hampir dua tahun ditahan di situ.Kongsi Konten di :

Sumber   http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0413& amp;pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm#ixzz3ddPuS1Zx

Mangsa bunuh tidak terus mati Oleh FIRDAUS HASSAN firdaus.hassan@kosmo.com.my SHAH ALAM – Fazlina Ahmad yang mayatnya ditemui dalam almari pakaian di rumahnya di Taman Pinggiran Ukay, Ampang pada 2009 berkemungkinan masih hidup ketika mulut dan hidungnya ditekup menggunakan  pita pelekat oleh suaminya. Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Khairul Anuar Zainun dalam keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, kesan daripada tindakan ditekup tersebut tidak menyebabkan eksekutif di sebuah syarikat swasta itu mati secara serta-merta. "Saya berpendapat kematian Fazlina tidak berlaku dengan serta-merta. Kesan ditekup dan cedera yang dijumpai mendapati terdapat sedikit masa mangsa masih hidup semasa tekupan berlaku. "Mangsa mungkin mati antara setengah hingga satu minit selepas kejadian mangsa ditekup itu berlaku," kata Khairul yang memberikan keterangan dalam perbicaraan terhadap Mohafri Mohamed yang dituduh membunuh isterinya, Fazlina.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *