Thursday, February 04, 2016
Netizen seru anak Ahmad Bashah terima asam garam politik
Pengarah Sentap Drama Cinta Teruna Kimchi Dilabelkan Drama Sampah
Drama Cinta Teruna Kimchi yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan daripada penonton sehingga ada yang melabelkan drama itu sebagai sampah.
Ini kerana ada yang berpendapat drama ini terlalu mengangkat cerita Korea sehingga ia menjadi ibarat karya asing didalam drama tempatan.
Bengang dengan komen negatif, pengarah drama tersebut Heykal Hanifah menganggap kritikan yang diberikan agak melampau dan menyifatkan mereka yang memberikan komen tersebut seumpama menghina agama.
Saya lihat, tindakan melabel drama ini seperti sampah amat keterlaluan sedangkan ia sebuah karya berpaksikan Islam. Apabila mereka berbuat demikian, orang itu seumpama menghina agama.
Ikutkan hati, saya enggan melayan komen sedemikian, tetapi saya rasa perlu untuk tampil memperbetulkan segala tanggapan salah itu. Sebaik-baiknya, pengikut drama tempatan menontonnya terlebih dulu dan jangan cepat menjatuhkan hukum.
Malah, ada yang kata, drama ini mengangkat cerita Korea, seolah-olah tiada kisah kita yang boleh diketengahkan. Padahal, 30 peratus saja daripada drama ini membabitkan elemen asing berkenaan.
Tambah Heykal lagi, ketika drama itu mula disiarkan 28 Januari lalu, ia turut menjadi 'trending' di Twitter kerana ada yang sudah boleh melihat drama tersebut sebenarnya mengangkat agama Islam sebagai tema utama dan menyelitkan sedikit unsuk K-Pop sebagai daya penarik untuk ramai lagi yang menonton Cinta Teruna Kimchi.
Sejujurnya kami masih belum berkesempatan untuk menonton drama Cinta Teruna Kimchi ni, tapi jika benar ia berkonsepkan tema untuk mengangkat agam Islam, kami rasa drama ini adalah medium terbaik untuk menarik perhatian ramai tentang agama. Ada sesiapa yang dah tonton drama ini? Mungkin boleh kongsikan sedikit pendapat anda.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.5 GAMBAR - HAZIQ AF4 'GEMENTAR' BILA ISTERI SAH HAMIL
Penyanyi yang bersuara seperti Allahyarham Dato' Ahmad Jais, iaitu Haziq AF4 mengakui rasa gementar apabila isterinya Maisarah Mohd Sidki, disahkan hamil kira-kira sebulan.
"Alhamdulilah, isteri saya baru sahaja disahkan hamil lebih kurang sebulan lebih oleh doktor. Ketika ini perasaan saya sangat teruja dan dalam masa yang sama agak gementar kerana bakal bergelar bapa," ujar Haziq dipetik sebagai berkata.
"Kalau boleh saya memang mahukan anak dengan cepat dan alhamdulilah hajat itu telah tercapai.
"Saya tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan, yang penting asalkan bayi dan ibunya sihat," tambahnya yang bernikah pada 11 September 2015 di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Tahniah diucapka n!
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomNast-T Dedah Kahwini Atita Haris Kerana Status Ibu Tunggal Muda
Nas-T berkata selain jodoh yang kuat, dia akui kagum dengan wanita seperti Atita Haris seorang ibu tunggal yang kuat dan bertanggungjawab.
"Masa kami mula-mula berkenalan, saya dapat rasakan jodoh kami kuat dan semua perkara seperti dipermudahkan bila kami bersama.
"Saya terpikat pada Atita kerana dia punya pegangan agama yang kuat.
"Selain itu saya respect pada dia kerana seorang ibu tunggal muda yanh sangat bertanggungjawab pada anaknya,"katanya ketika sidang media yang berlangsung di QNA Republic Cafe Bangi.
Nas-T dan Atita sudah pun bernikah pada Jumaat lalu dalam majlis tertutup yang diadakan di Surau Al-Ikhlas, SS19, Subang Jaya.
Bagaimanapun, Nas-T memberitahu tiada niat untuk merahsiakan pernikahannya tetapi ia atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
"Seben arnya kami tidak mempunyai niat untuk merahsiakan berita baik ini daripada pengetahuan sesiapa.
"Kami rancang sepatutnya bernikah pada 4 Mac tetapi disebabkan berita kami menghadiri kursus kahwin sudah diketahui ramai, maka keluarga kami meminta supaya perkahwinan dipercepatkan.
"Padahal, mengikut perancangan awal, perkahwinan kami sepatutnya dilakukan secara berperingkat sehinggalah semuanya selesai pada Mac nanti, tetapi jodoh kami tiba lebih awal," katanya lagi.
Bagaimanapun, kata Nas-T, tarikh untuk majlis resepsi masih lagi sama iaitu pada 4 Mac depan.
Nas- T, 32, dan Atita Haris, 24, berkenalan selepas pemilik sebuah produk, bertindak menyatukan kedua-duanya yang berstatus 'single' pada tahun lalu.
Bermula dari situ hubungan mereka semakin akrab sebelum memutuskan untuk berkahwin pada Jumaat minggu lalu.
Artikel oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 4 Feb 2016
Rizalman dihukum tahanan rumah 9 bulan - Kosmo!
04/02/2016 11:57am
Muhammad Rizalman
WELLINGTON - Muhammad Rizalman Ismail dijatuhi hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita negara itu pada Mei 2014.
Bekas pembantu staf Pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand itu mengaku bersalah atas dakwaan berkenaan pada November lalu.
Dalam pendakwaan Muhammad Rizalman didakwa mengekori Tania Billingsley ke rumahnya dan menunggu 30 minit di luar dan memasuki kediaman berkenaan dan ke bilik tidur wanita berkenaan tanpa memakai seluar dan seluar dalam.
"Tiada wanita patut rasa bersabar dengan keadaan menakutkan yang dialami Cik Billingsley apabila awak menceroboh kesucian bilik tidurnya.
"Awak tersilap tafsir senyuman untuk persetujuan seksual, awak sengaja mengekorinya dan menunggu di luar rumah untuk tempoh yang lama," kata Hakim David Collins kepada Rizalman ketika menjatuhkan hukuman.
Muhammad Rizalman akan menjalani hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan tetapi bukan di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan akan dihantar pulang sebaik selesai hukuman. - AFP
5 Foto Eksklusif Pre Wedding Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin
Masih lagi mengenai pasangan hangat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin. Bakal berkahwin tidak lama lagi setiap cerita mengenai mereka sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, ramai yang terpukau dengan foto-foto eksklusif pra perkahwinan pasangan ini yang mempunyai kelasnya tersendiri.
Incoming search terms: Berita berkaitan:Persembahan hambar, Achey terima kritikan
Siti Nurhaliza Nasihat KJ 'Jangan Biadap'
Kemalangan Kali Ketiga, Ainan Tasneem Bengang Disuruh Mandi Bunga
Adira Suka Bergaya Ikut Cuaca
Anak Kelahiran Ipoh Juara MasterChef UK 2014 Dengan Memasak Nasi Lemak
Komencomments
'Dah Dia Kacau Adik Aku, Takkan Aku Nak Tengok Je?!'
Maut Dibelasah Kerana Tercicir Penumpang
Mangsa, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam selepas mangsa dikatakan tertinggal untuk mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.
"Kerana terlalu bengang, suspek kemudiannya bertindak mengekori van yang dipandu mangsa dengan motosikalnya dan ketika menghampir van berkenaan suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan itu.
"Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri," katanya.
Mangsa kemudian meninggal dunia dalam van tersebut.
"Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya," katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan danbedah siasatan akan dilakukan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.
Menteri pertahan tindakan sekat medium.com
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak mempertahankan tindakan Putrajaya menyekat medium.com, dengan mendakwa laman web itu telah melanggar undang-undang Malaysia.
Salleh berkata demikian ketika ditanya sama ada tindakan menyekat medium.com hanya kerana menyiarkan satu artikel oleh portal pemberi maklumat Sarawak Report, sebagai keterlaluan.
Katanya, keputusan untuk menyekat medium.com adalah kerana ia didakwa terus menyiarkan berita palsu yang boleh memudaratkan keselamatan negara walaupun ia telah diminta supaya membuang berita tersebut.
Oleh itu, medium.com melanggar undang-undang, katanya dalam satu temubual melalui emel dengan Malaysiakini.
Dalam beberapa bulan lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat beberapa laman web yang kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk Sarawak Report.
Bagaimanapun, tindakan menyekat seluruh medium.com, platform terkemuka yang diasaskan oleh pengasas bersama Twitter, Evan Williams, dilihat sebagai satu perkembangan baru.
Laman web Endgadget berkata walaupun China, yang terkenal dengan kawalan ketat ke atas rakyatnya, tidak menyekat medium.com.
Artikel Sarawak Report yang membuat SKMM mengambil tindakan terhadap medium.com, bertajuk: "Najib negotiates his exit but he wants safe passage and all the money".
Sarawak Report, yang telah menerbitkan berita-berita dengan dakwaan rasuah terhadap Najib, beralih ke medium.com selepas SKMM menyekat laman web itu tahun lepas.
Mukhriz letak jawatan kerana hilang sokongan majoriti ADUN - PMO
BIKIN PANAS! Ayda Jebat Cari Dua âHeroâ Sesuai Buat Dirinya??
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan juga penyanyi genit ini, Ayda Jebat yang sebelum ini dilanda kontroversi apabila dikatakan dia merupakan punca keretakan hubungan antara Aiman Hakim dan Fathia Latiff.
Malah, Ayda Jebat Bidas Dakwaan Punca Keretakan Hubungan Aiman Dan Fathia! Namun, Ayda ada meluahkan perasaan bahawa dia sangat sukar sekali untuk mencari 'hero' untuk bergandingan dengannya dalam filem terbaru, Pinjamkan Hatiku arahan Osman Ali. Bukan seorang tetapi dua orang pelakon lelaki yang serasi dengan Ayda untuk berlakon dalam filem tersebut.
Namun bagi Ayda, dia tidak kisah bergandingan dengan mana-mana pelakon lelaki kerana peluang itu terbuka tetapi pengarah filem amat menitikberatkan perkara ini.
Filem tersebut bakal menampilkan sisi yang berbeza malah watak yang akan dipegang oleh Ayda adalah seorang gadis kampung yang baik dan naif.
"Filem ini jika diamati mungkin boleh dikatakan sebagai Ombak Rindu versi muda, kerana itu kita memerlukan dua orang hero tetapi itulah, susah nak cari hero sekarang."
"Tidak semestinya pelakon drama popular boleh diangkat sebagai pelakon filem, sebab itu kita tidak boleh memilih pelakon hanya bersandarkan kepada populariti semata-mata."
Apabila berbicara mengenai single terbaru Ayda yang bertajuk Pencuri Hati, dia menganggap itu adalah hadiah buat peminatnya yang sentiasa menyokongnya. Malah, lagu ini mendapat sentuhan komposer yang terkemuka Indonesia, Irwan Simanjutak dan lirik hasil karya Ayda sendiri. Malah lagu ini menjadi taruhan untuk sebaris dengan lagu Siapa Diriku.
Namun, apabila ditanya mengenai kegagalan Ayda menempah tempat dalam pertandingan akhir Anugera Juara Lagu 30 (AJL30), dia menganggap bukan rezekinya untuk mara ke peringkat akhir.
"Saya dah melakukan yang terbaik bagi memberi segala yang termampu untuk para peminat dan empat pencalonan ini saya anggap sebagai hadiah mereka untuk saya kerana memenangi satu-satu trofi itu merupakan antara memori terindah dalam diari seni saya."
"Malah, ada yang kata saya sudah sebaris dengan Datuk Siti Nurhaliza kerana berjaya menewaskan beliau tahun lepas, namun saya sedar saya tidak layak sebenarnya untuk bertanding dengan penyanyi tersohor itu."
Apapun, semoga Ayda berjaya mencari calon 'hero' yang sesuai untuk bergandingan dalam filem terbaru itu. Adakah Zul Ariffin layak jadi calon utama?? Kita tunggu dan lihat.
LAGI ARTIKEL MENARIK:
2,275 total views, 2,275 views today
Menteri Persoal FAM tukar 'Harimau MALAYA' kepada 'Harimau MALAYSIA'
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...