Recent Post

Monday, October 26, 2015

Penetapan gaji minimum kurangkan aliran keluar ringgit oleh pekerja asing - Johari

Datuk Johari Abdul Ghani berkata, antara langkah awal adalah meningkatkan paras gaji minimum agar rakyat tempatan berminat untuk mengisi peluang pekerjaan.
Read more ...

BEBAS MILIKI PISTOL 'CICAK' - AMIR UKAYS BUAT PERSEMBAHAN 'BERAPI' DI GV2

Meskipun awalnya bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir mendapat liputan meluas media gara-gara didakwa memiliki senjata api, namun selepas siasatan polis... senjata tersebut sebenarnya hanya sekadar pistol mainan yang dibuat menembak cicak.

Sehubungan itu, Amir telah dibebaskan oleh polis dan dia tampil bergaya di pentas konsert Gegar Vaganza 2 (GV2), malam semalam dengan mempersembahkan lagu berjudul Antara Hujan dan Air Mata, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Persembahannya itu sememangnya tidak menghampakan dan mendapat tepukan gemuruh penonton yang rata-rata rindukan suara merdunya.

"Lagu ini mengingatkan saya kepada arwah anak saya," luahnya sebelum membuat persembahan.

Tinggal k enangan - Amir bersama arwah Mohd Imran

Untuk rekod, anak Amir meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur pada tahun 2012. Allahyarham Mohd Imran yang ketika itu berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak lahir.

"Kamu ada suara yang merdu dan berkuasa tapi kena kawal supaya tidak nampak bergegas," kata Juri tetap, Datuk Ramli MS yang memberikan komen pada Amir selepas persembahan.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Gara² Tunjuk Isyarat Lucah, Bikers Pecahkan Cermin Kereta

SERDANG - Gara-gara tindakan seorang penumpang kereta menunjukkan isyarat lucah terhadap seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, cermin kereta milik kenalannya itu dipecahkan. Video berdurasi 2 minit 51 saat yang dirakam sendiri oleh wanita itu tersebar di media sosial. Difahamkan, ahli kelab HOG itu berang dengan tindakan wanita terbabit yang menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya yang hampir dilanggar kereta itu Menurutnya lagi, dia hanya mahu masuk ke lorong kereta itu tetapi tidak diberikan peluang menyebabkan kedua-duanya hampir bergesel. Namun dia beralah dan memberikan isyarat agak pemandu kereta terbabit pergi terlebih dahulu. Insiden itu menyebabkan penumpang wanita berkenaan menunjukkan isyarat lucah kepadanya menyebabkan dia berang dan memberhentikan kereta itu. Akibatnya, berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua pihak sehingga lelaki itu memecahkan cermin kereta mereka.  "Perkara ini tidak akan berlaku jika dia tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya," katanya.  Pemandu kereta jenis Perodua itu pula mempertahankan dirinya dan mempersoalkan mengapa lelaki itu memecahkan keretanya sedangkan yang menunjuk isyarat lucah itu adalah penumpangnya selain dari cuba mengajak lelaki itu membuat laporan di balai polis. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Kerana iPhone 6, Pelajar Universiti Tempatan Sanggup Buat Laporan Polis Palsu

Nilai: Seorang pelajar sebuah universiti tempatan yang berusia 22 tahun sanggup membuat laporan polis palsu hanya untuk membeli gadjet iPhone 6.

Pelajar tersebut telah membuat laporan palsu kononnya dia dirompak oleh empat lelaki berkereta di Jalan NSV 1, Bandar Baru Nilai di sini kelmarin selepas dia 'terpakai' wang RM 4,000 untuk membeli iPhone 6.

Difahamkan wang RM4,000 itu dikutip dari rakan serumahnya untuk membayar sewa rumah.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata di dalam laporan polis tersebut pelajar berkenaan mendakwa dia diacukan parang di leher sebelum suspek melarikan wang tunai sebanyak RM4,000 miliknya.

"Bagaimanapun, siasatan mendapati wang sebanyak RM4,000 itu dikutip daripada rakan serumahnya untuk membayar sewa rumah. "Namun, lelaki itu menggunakan wang berkenaan untuk membeli telefon bimbit iPhone 6 dan berikutan bimbang perbuatannya diketahui rakan serumahnya, pelajar itu membuat laporan palsu," katanya memetik laporan myMetro.

Kata beliau lagi, perbuatan pelajar tersebut memakan diri apabila pengalaman anggotanya berjaya menghidup kejadian sebenar. - Siakapkeli.my

Read more ...

Ali Rustam: Pesilat Melayu sedia perang jika perlu

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pesilat-pesilat Melayu sedia berperang jika perlu.

Penganjur perhimpunan baju merah 16 September itu berkata, penganjuran perhimpunan balas terhadap BERSIH 4 itu, bagi membuktikan masih terdapat golongan akan mempertahankan maruah Melayu, Islam dan pemimpin.

"Kita nak beritahu kita masih ada di KL. Bukan kita nak berperang. Tetapi kalau orang nak berperang, kita pun sanggup.

"Hidup mesti ada maruah. Duit semua tak guna kalau diri tak ada harganya lagi," katanya ketika merasmikan sebuah acara Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menegaskan tiada guna mempelajari silat jika amar makruf nahi mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) tidak dibuat.

Ali bagaimanapun berkata mereka tidak berniat bergaduh dan cuma mahu menunjukkan sikap tidak mahu dihina.

Beliau juga berkata golongan pesilat adalah benteng ketiga selepas tentera dan pasukan polis.

Selain itu, bekas ketua menteri Melaka itu turut memperingatkan orang ramai bahawa Melayu akan lemah dan dihina jika berpecah-belah.

Ini, katanya, termasuk raja-raja Melayu, agama Islam dan pemimpin Melayu.

"Malu kita sebagai anak yang bernama Melayu, apabila pemimpin gambarnya dipijak,

Datuk Seri Hadi Awang, Datuk Seri Najib Razak perdana menteri kita dipilih secara demokratik hina.

"Betul kita sebagai orang Melayu, ke mana kita berada setelah empat kali dihina?" katanya merujuk insiden gambar Hadi dan Najib dipijak dalam himpunan BERSIH 4.

Read more ...

Suami isteri maut kereta terjunam dari parkir

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki merempuh tembok konkrit dan terjunam dari tingkat lima tempat letak kereta bertingkat di Kondominium Duta Vista, di sini, malam semalam.
Read more ...

[6 GAMBAR][MUHYIDDIN DIPULAU UMNO] 3 Serangkai, Najib, Zahid, Hishamuddin hadir Program "Umno Keris 2314' di Melaka

CELAH GELEGAR [6 GAMBAR][MUHYIDDIN DIPULAU UMNO] 3 Serangkai, Najib, Zahid, Hishamuddin hadir Program "Umno Keris 2314' di Melaka Tumbukan padu Pendekar Najib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis penutup program UMNO Keris 2314 di Kem Permata Resort, Ayer Pa'abas di Alor Gajah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron; dan Anggota Dewan Negara Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam dekat sini disambut Idris dan Mohd Ali pukul 10.30 pagi tadi sebelum tiba di Kem Permata Resort sejam kemudian.

Kenderaan membawa Perdana Menteri kemudian dilihat beredar meninggalkan kem tersebut pada pukul 3.10 petang.

Program UMNO Keris 2314 yang bertujuan mengukuhkan jentera parti itu diadakan di sini selama tiga hari bermula Jumaat lepas dan dihadiri lebih 500 anggota UMNO seluruh negara. - Bernama

TIGA SERANGKAI NAIB, ZAHID, MUHYIDDIN
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *