Buat kamu yang menggemari hidangan eksotik, mungkin senarai tidak asing bagi kamu. Tetapi bagaimana pula buat kamu yang sememangnya sedang "bercita-cita" untuk menikmati hidangan eksotik, hidangan yang mana satukah yang akan menjadi pilihan anda?
#1 Sup Kiburu
Sup ini merupakan kegemaran puak Chagga yang merupakan penghuni di kaki gunung bagi Gunung Kilimanjaro. Bahan-bahan asas bagi sup ini adalah pisang dan kopi serta apa-apa sahaja bahan yang mereka boleh dapati. Bahan 'rahsia' yang menjadi perisa bagi hidangan ini adalah menggunakan sesuatu bahan yang kotor.
#2 Sup Biawak
Resepi hidangan ini dari wilayah Caribbean, dikawasan Aruba, dimana biawak dianggap seperti ayam.Selain itu, dalam penyediaan sup ini, menggunakan banyak sayur-sayuran. Rasa biawak seperti rasa ayam yang membezakannya ialah mempunyai banyak tulang dan bersisik.
#3 Sup "Dragon-Tiger-Phoenix"
Sajian ini merupakan hidangan tradisional masyarakat Cina di Selatan China seperti di Guangdong. Tetapi, nama sup ini tidak melambangkan bahan yang digunakan. Nama hidangan ini adalah bersifat metafora iaitu ular simbolik kepada naga, kucing dan musang simbolik kepada harimau dan ayam simbolik kepada phoenix.
#4 Sup Tien Kan
Ini adalah merupakan hidangan sup tradisional Asia. Sup Darah Vietnam merupakan hidangan yang diperbuat daripada darah itik segar. Bahan lain yang mesti digunakan adalah beguk dan burung. Bagi mendapatkan ketulan darah burung, ianya akan disejukkan didalam peti ais. Dipercayai, sesiapa yang memakan dan menyediakan sup ini akan mendapat kekuatan.
#5 Sup Menudo
Dialam Bahasa Inggeris sup ini dipanggil "The Mexican Soup". Cara penyediannya menggunakan perut lembu untuk perayaan tertentu seperti merawat mabuk. Bahan utama bagi penyediaan sup ini adalah perut lembu dan bubur jagung. Sup ini dimasak dengan api yang kecil untuk jangka masa yang panjang.
#6 Sup Bir
Sup ini merupakan kegemaran buat pencinta minuman keras seperti bir. Ianya dihidangkan bersama roti untuk sarapan pagi. Sup ini diilhamkan dari Jerman dan menjadi popular di Eropah. Bahan utama sudah tentulah bir. Walau bagaimanapun, terdapat resepi lain menggunakan kentang.
#7 Sup Kelawar
Sup kelawar popular di pulau Palau di kepulauan Pasifik. Ramuannya terdiri daripada kelawar dan santan. Daging kelawar akan dimasak selama beberapa jam. Sesetengah restoran menawarkan hidangan sup ini dengan menunjukkan kepala kelawar. Euwww..
#8 Hush
Sebenarnya terdapat banyak versi bagi penyediaan sup ini. Hidangan ini disediakan menggunakan kepala atau tapak kaki kambing seperti di Iran dan Azerbaijan. Kemudian di Iraq pula, mereka menambahkan perut dan kaki akhir sekali di Albania menggunakan kepala kambing, khinzir dan haiwan ternakan yang lain. Sup ini amat sesuai dihidangkan pada musim salji.
#9 Sup Testikel Ayam Jantan
Sup ini kelihatan lebih kurang seperti mi sup ayam. Tetapi resepi ini menggunakan testikel ayam jantan. Bahan lain yang digunakan adalah sayur-sayuran di dalam sup yang jernih. Testikel ayam jantan ini mempunyai tekstur berkrim dan kelihatan seperti tofu.
#10 Sup Coklat
Kepada yang tidak berkemampuan sembilan sup eksotik seperti diatas, bolehlah menikmati coklat bersama dengan mi. Hidangan dari konfeksioneri Jepun, "Lotte" dan jenama coklat Ghana ini sesuai untuk sambutan Hari Kekasih. Hidangan ini hasil kombinasi masin, manis, coklat dan rempah.