Tuesday, April 05, 2016
Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski dipanah petir
(12 FOTO) Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Mawar Rashid Yang Ke 21
Kalau sebut nama Mawar Rashid tentu ada yang tidak tahu, tetapi kalau Mawar GST ramai yang kenal bukan?
Mawar yang juga merupakan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21.
Sebuah majlis yang cukup meriah telah dianjurkan oleh kelab peminatnya dan turut dihadiri oleh rakan selebriti dan teman rapat Mawar.
Pada majlis tersebut, Mawar kelihatan cukup elegan dan ada seksinya apabila mengenakan busana berwarna merah.
Jom kita lihat lagi foto-foto sekitar majlis sambutan hari jadi Mawar Rashid dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Tutor di 26 sekolah DUN Kundasang - Utusan Malaysia
KUNDASANG 4 April – Tajaan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor ke sekolah-sekolah mampu meningkatkan taraf pendidikan luar bandar apabila para pelajar yang terlibat dibekalkan dengan produk pendidikan premium dan terkini.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, input dan soalan yang disediakan akhbar pendidikan itu mampu dijadikan contoh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang mahu semua pihak termasuk para guru bersikap terbuka dengan alat bantuan mengajar baharu itu dalam usaha melahirkan modal insan berjaya sekali gus mencipta kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan.
"Saya mendapat tahu akhbar Tutor sudah diguna pakai di kebanyakan sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri ini. Oleh itu, saya juga ingin melihat anak-anak di DUN Kundasang mendapat manfaat daripada kemudahan ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan tajaan akhbar pendidikan Tutor Utusan Malaysia di Dewan Kibarambang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang di sini hari ini.
Buat pertama kalinya, Joachim menaja sebanyak 20,568 naskhah akhbar Tutor dengan peruntukan berjumlah RM14,874 untuk tempoh 12 minggu.
Seramai 1,568 calon dari 22 buah sekolah kebangsaan dan empat SMK di kawasan DUN itu bakal menerima edaran Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) serta Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dalam pada itu, Joachim berkata, tanggungjawab mendidik para pelajar bukan digalas oleh guru-guru di sekolah semata-mata tetapi merupakan tugas semua pihak dalam memastikan anak masing-masing mendapat pendidikan terbaik.
Bagi mereka yang ingin menaja Tutor di Sabah bolehlah menghubungi Eksekutif Jualan Utusan Malaysia di Kota Kinabalu, Celestina Ubing melalui telefon 012-8020261.
Sinopsis Telefilem KARLISA Lakonan Ruhainies
Telefilem Karlisa, yang bakal bersiaran di slot Cerekarama pada 9 April ini pula membariskan pelakon seperti Ruhainies, Qistina Raishah, Watie Sadali, Rasheed Ahmad dan Fizz Fairuz. Karmila (20) dan Karlisa (8) adalah anak- anak kepada Puan Farah dan Tuan Bahrin. Sewaktu Karmila mengetahui dia akan mendapat adik, dia merasa sungguh gembira dan tidak sabar menunggu kelahiran adiknya itu.
Karmila menamakan adik perempuanya itu dengan nama Karlisa. Namun selepas beberapa minggu, Karmila mula berubah apabila merasakan segala perhatian terhadapnya dahulu kini tercurah hanya kepada adiknya itu. Karmila mula rasa tersisih dan tidak dimanjakan oleh ibu bapanya. Karmila mula membenci adiknya kerana baginya kehadiran Karlisa telah merampas kasih sayang ayah dan ibunya.
Menginjak dewasa, Karmila tetap membenci adiknya itu. Karlisa, atau lebih mesra dipanggil adik membesar menjadi seorang kanak-kanak yang bijak. Adik tetap tersenyum dan bersabar setiap kali dimarahi oleh kakaknya.
Seringkali dimarahi Karmila, adik akan semakin mendekati Karmila sehinggalah pada suatu hari, Karmila menjadi berang dan menolak adik sehingga mengalami kecederaan hanya kerana adik masuk ke biliknya. Selepas kejadian itu, adik mengelakkan dirinya daripada mendekati Karmila. Adik banyak menghabiskan masa di dalam bilik sambil melukis potret kakaknya beserta kata-kata yang ingin disampaikan pada Karmila.
Suatu hari, Puan Farah meminta Karmila untuk mengambil adik pulang dari sekolah kerana dia mempunyai urusan penting. Karmila memberi pelbagai alasan untuk mengelak dari mengambil adik tetapi akhirnya dia akur.
Tetapi kerana kealpaan Karmila, dia terlupa dan terlewat untuk menjemput adik. Sebaik tiba di sekolah, Karmila panik apabila mendapati adik tiada walaupun puas dicarinya. Apakah yang terjadi kepada adik dan adakah masih ada ruang buat adik untuk mendapat sedikit tempat di hati kakaknya itu? Saksikan Karlisa, 9 April ini di slot Cerekarama hanya di TV3.
Komen via FacebookKomen
— 87 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
(Video) 'Nyah' Bertempiaran Lari JAWI Serbu "Pertandingan Ratu Cantik"
Peguam yang juga aktivis, Siti Kasim, yang hadir di majlis tertutup itu berkata seorang penganjur ditahan.
"Pegawai Jawi memberitahu saya menganjurkan pertandingan ratu cantik bercanggah dengan undang-undang — ia 'haram' di Malaysia, berdasarkan fatwa," katanya sebagaimana lapor MalayMailOnline.
Menurut Siti, acara itu bukanlah pertandingan ratu cantik tetapi hanya satu persembahan.
10 anggota penguatkuasan jabatan agama bersama kumpulan wartawan tiba di hotel berkenaan kira-kiraj jam 10 malam tadi, kata Siti.
Mereka menghalang tetamu majlis berkenaan, yang dihadiri kira-kira 200 mak nyah, meninggalka n lokasi ketika serbuan. - Siakapkeli.my
50 pegawai sandang jawatan sensitif ditukar mulai April
Seramai 50 pegawai yang menyandang jawatan sensitif di pelbagai kementerian akan ditukarkan secara dalaman di agensi
masing-masing atau ke kementerian lain mulai bulan ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.
Beliau berkata pegawai-pegawai yang dikenal pasti itu telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun di beberapa bahagian kementerian khususnya kewangan, perolehan dan kontrak.
"Pegawai ini ditukar bukan kerana disyaki melakukan kesalahan tetapi berdasarkan pekeliling sedia ada bagi mengelak berlakunya ketirisan. Mereka semua adalah pegawai yang baik," katanya.
Ali berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil pengiktirafan bintang indeks penarafan bintang (Indeks SSR) agensi sektor awam 2015-2016 di Putrajaya semalam.
Menurutnya Jabatan Perkhidmatan Awam sedang (JPA) menyediakan surat pertukaran pegawai berkenaan dan ia akan diedarkan pada bulan ini dan Mei.
"Kali ini, kita telah meminta agar pegawai-pegawai ini tidak ditahan (daripada ditukar) agar mereka daripada perkhidmatan guna sama boleh ditukar secara lancar tanpa ganggu-gugat kerja," jelas beliau.
Dalam pada itu, Ali menyifatkan perbuatan salah guna kuasa di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai 'hanya satu daripada kes' yang berlaku dan meminta agar orang ramai tidak menyamakan penjawat awam lain dengan kes berkenaan.
"Oleh kerana satu dua orang membawa contoh tidak baik dalam perkhidmatan awam, saya tidak mahu moral pegawai kerajaan lain terganggu kerana sikap satu dua pegawai yang tidak amanah," katanya.
Justeru itu, katanya, kerajaan sedang mengkaji garis panduan dan meminta semua bahagian kawalan kewangan dan ketua setiausaha kementerian-kementerian supaya memantau dan menyemak secara rawak mengenai kelulusan perbelanjaan bagi sesuatu aktiviti.
Ali berkata pihaknya akan menerima laporan siasatan audit berhubung kes salah guna kuasa pegawai kanan KBS daripada Jabatan Audit Negara pada akhir bulan ini.
"Kita akan lihat cadangan Jabatan Audit Negara dan kita akan cari jalanuntuk mengatasi kelemahan dan ketirisan di kementerian itu," katanya.
Terdahulu, Ali menyampaikan sijil kepada 42 agensi termasuk 15 kementerian yang memperoleh penarafan lima bintang dalam Penilaian Indeks SSR bagi 2015.
Penarafan Bintang merupakan satu mekanisme yang digunakan untuk mengukur dan menilai prestasi pencapaian agensi sektor awam berdasarkan pendekatan pembangunan organisasi.
Ali turut melancarkan Program 'Take A Break...[email protected] 2016: A Book Alive', yang merupakan projek kesinambungan dari 2014 bagi mengalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat, selain menonjolkan sikap prihatin penjawat awam menerusi kempen derma bahan-bahan bacaan.
- Bernama
PM umum 5 langkah majukan MARA
Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah? MP buat laporan polis
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...