Monday, October 12, 2015
Lawatan kerja singkat Najib beri kesan jangka panjang untuk Indonesia
"MEREKA YANG MENGEJEK SAYA HANTU BUAT IBU SAYA TERGURIS HATI" - ADIRA
Gara-gara gambar Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berpakaian jubah sambil menaiki skuter roda elektrik itu telah mendapat komen negatif pengikut Instagramnya.
Menurut Adira, sikap pengikut Instagram yang keterlaluan dengan mengejeknya sebagai hantu dan mendoakan keburukan dia membuatkan ibunya iaitu Rujinah Sarungin terguris hati.
Adira berkata, kebanyakkan mereka tidak sensitif dan memikirkan perasaan orang lain sebelum meninggalkan sebarang komen biarpun dengan niat untuk bergurau.
"Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu.
"Dia sungguh s edih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram," ujar Adira dipetik sebagi berkata.
Adira diminta mengulas mengenai tindakan dia membalas komen-komen negatif pengikutnya pada satu gambar di laman Instagram.
Gambar yang dimuat naik pada Rabu lalu itu telah mendapat lebih 60 komen pengikut laman sosial itu.
Kata Adira, dia membalas komen itu bukan berniat untuk bergaduh dengan pengikutnya, namun ingin memberi kesedaran tentang perasaan ibunya yang terasa hati dengan tulisan berkenaan.
"Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara it u tidak sepatutnya berlaku.
"Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak... mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu," jelasnya.
Sumber: mStar
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INST AGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomMALU GILER ! Perkara PALING MEMALUKAN Di Konsert Final AF Malam Tadi ! Aduiii
Keputusan Pemenang Juara AF 2015 Akademi Fantasia Akhir
Keputusan Pemenang Juara AF 2015 Final Akademi Fantasia Akhir. Berikut adalah keputusan pemenang Konsert Akhir Final #AF2015 yang bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) jam 900 malam. #AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Pentas akhir #AF2015 menyaksikan persembahan sengit empat finalis iaitu Syamel, Bila, Sufi dan Sharul untuk merebut gelaran juara di mana kesemua finalis mempunyai kekuatan dari segi vokal yang tiada bandingan.
Senarai Pemenang AF 2015 Akhir
Juara – SUFI (Wang tunai RM50,000 dan trofi)Naib Juara – SYAMEL (Wang tunai RM30,000 dan trofi)Ketiga – BILA (Wang tunai RM20,000 dan trofi)Keempat – SHAHRUL (Wang tunai RM15,000 dan trofi)
Incoming search terms:'Perang' Rabecca-Eirma belum berakhir?
Konsert Amal sasar kutip dana RM2 juta
Shila Hamzah Dihentam Peminat China Kerana MH370
Pelakon Veteran Sidek Hussain Meninggal Dunia
Datuk Aziz Satar meninggal dunia
Komencomments
'SJKC Tidak Akan Dimansuhkan' - PM
Konvoi Bawa Ketua Militan IS Dibom
Memetik laporan dari Reuters, keadaan Abu Bakr gagal dipastikan.
"Tentera udara Iraq telah mengebom konvoi yang membawa Abu Bakr ketika konvoi itu sedang menuju ke Karabla untuk mesyuarat bersama komander IS," kata kenyataan dari tentera Iraq.
Kenyataan tersebut juga memberitahu sebilangan besar komander dan anggota militan IS turut terbunuh atau cedera dalam serang tersebut.
"Status Abu Bakr tidak dapat dipastikan kerana beliau dibawa keluar menggunakan sebuah kenderaan. Hidup atau mati, ia tidak diketahui," kata kenyataan tersebut. - Siakapkeli.my
Perwakilan MCA gesa Najib berundur berhubung skandal RM2.6b
Selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Pemuda MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan skandal RM2.6 bilion sekali lagi menjadi isu panas di AGM MCA.
Seorang perwakilan menggesa kepimpinan MCA untuk secara terbuka menggesa peletakan jawatan Najib, manakala seorang lagi bertanya sama ada MCA mendapat bahagiannya dari "dana politik" RM2.6 bilion itu.
Perwakilan Cheras, Heng Sinn Yee berhujah bahawa MCA perlu mengambil tindakan untuk mengetahui sama ada Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri menutup isu 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.
"(Najib) telah menerima berbilion-bilion ringgit, tetapi tidak mengisytiharkan, dan malah beliau memindahkan dana itu ke dalam akaun bank peribadinya," katanya.
Selain itu, dakwanya, berlaku salah guna kuasa satu lepas satu; penggantian timbalan perdana menteri dan peguam negara; rombakan kabinet dan melumpuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Menurutnya, sesiapa sahaja akan percaya bahawa terdapat perkara-perkara yang mencurigakan berlaku.
Menurut Heng lagi, bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik berdepan dengan kemungkinan disaman selepas selepas secara terbuka menuntut peletakan jawatan Najib, tetapi Ling telah mencabar Najib berjumpanya di mahkamah.
Bagaimanapun, MCA berkata ia adalah "kenyataan peribadi" Ling dan menjauhkan diri dari bekas presiden MCA itu.
Pendirian itu, tegas Heng, telah mengecewakan rakyat.
Oleh itu, beliau menggesa MCA supaya mengikut tuntutan rakyat dan secara terbuka menuntut penjelasan Najib mengenai 1MDB dan skandal RM2.6 bilion skandal.
MCA, tambahnya, perlu menjadi parti politik yang bertanggungjawab dan meminta Najib menjelaskan isu 1MDB dan dana yang tidak diketahui yang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Menurutnya lagi, MCA sepatutnya meminta beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan membiarkan SPRM, Bank Negara dan pihak polis untuk menjalankan tugas mereka secara bebas dan tanpa gangguan.
'Berapa banyak MCA dapat?'
Sementara semua perwakilan mensasarkan Najib dan skandal RM2.6 bilion, perwakilan Pulai, Tan Man Lee mengemukakan satu soalan yang menarik kepada kepimpinan MCA.
Najib, katanya, telah mendakwa bahawa RM2.6 bilion itu adalah "sumbangan politik" untuk pilihan raya umum ke-13.
"Saya ingin mengemukakan satu soalan kepada pemimpin di atas pentas, yang juga merupakan soalan yang membingungkan satu juta ahli MCA.
"PM pernah berkata RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik dan sumbangan ini telah dibelanjakan untuk PRU13.
"Menurut PM, RM2.6 bilion telah diperuntukkan kepada ahli parti masing-masing. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kepimpinan kita? Berapa banyak yang anda dapat," tanya Tan.
Char Kuey Teow Punya Pasal, Chef Ini Tidak Bersetuju Dengan Pandangan Adam Corrie
Bomba perluas operasi cari pendaki
Akhirnya Makhluk Yang Menjaga Kanak-Kanak Sesat 48 Hari Didedahkan!
Dua dari pelajar berkenaan, Mirsudiar, 11, dan Norieen, 10, ditemui selamat walaupun sudah 48 hari dilaporkan hilang.
Apa yang menjadi misteri adalah bagaimana kanak-kanak itu boleh 'survive' tanpa keperluan asas dan makanan bersih dalam tempoh yang begitu lama.
Berdasarkan pemandu pelancong yang berpengalaman di kawasan gua dan gunung, seseorang yang sesat dan tidak mempunyai kepakaran tentang hutan hanya dapat bertahan hampir 20 hari sahaja, justeru menimbulkan tanda tanya bagaimana Mirsudiar,11, dan Norieen,10, boleh bertahan selama 48 hari.
Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, kebanyakan penduduk di sekitar kawasan Pos Tohoi berkata mereka percaya dua kanak-kanak itu mampu bertahan di hutan belantara kerana mendapat bantuan dari makhluk halus yang mendiami kawasan itu.
Seorang penduduk dari Pos Tohoi, Alex Long, 54, berkata makhluk itu memang wujud dan antara tempat-tempat yang digemari oleh makhluk itu adalah pokok tualang, pokok merbau atau gua-gua yang terdapat di daerah ini.
Menurut beliau, masyarakat Orang Asli suka Temiar, makhluk yang mendiami hutan berkenaan digelar sebagai 'tenrog' atau di dalam bahasa Melayu dikenali sebagai 'Bunian'.
"Di sini, Gua Peraling paling dekat. Jika berjalan kaki, hanya ambil masa 10 minit sahaja dari penempatan kami. Gua ini ada penghuninya tetapi kami percaya mereka tidak buat kacau jika tidak diganggu."Mirsudiar dan Norieen mampu bertahan hidup lama mungkin kerana dibantu penghuni hutan ini. Mengikut kepercayaan kami, penghuni hutan memang suka berkawan dengan kanak-kanak," katanya memetik laporan itu.
Sementara itu, Jemi Angah, 40, menceritakan pengalaman dimana dia dan seorang rakan pernah sesat selama 18 jam di hutan berampiran Gua Peraling.
"Kami seolah-olah berlegar-legar di tempat sama sedangkan kawasan itu sering dilalu i sebelum ini. Kami hampir berputus asa kerana kepenatan. Selepas saya minta penghuni hutan bantu, barulah kami terjumpa jalan ke kampung," katanya.
Tambah Jemi, masyarakatnya juga percaya ada pantang larang yang perlu dipatuhi jika manusia mahu menjejak kaki ke kawasan hutan.
Sekiranya gagal mematuhi pantang larang, penghuni hutan akan marah sehingga mengundang kejadian yang tidak diingini.
"Pantang larang paling utama jangan bercakap besar dan tinggalkan barang-barang kotor seperti tuala wanita dalam hutan. Selain itu, sebelum masuk hutan, minta kebenaran dulu," katanya.
Seorang lelaki yang banyak terlibat dalam operasi menyelamat, Angah Chaki, 40, berkata kanak-kanak itu mungkin disembunyai kuasa ghaib 'tenrog' berikutan tiada jejak yang ditemui.
"'Tenrog' ini dalam bahasa Melayu disebut bunian. Ini merupakan kali pertama tujuh kanak-kanak hilang begitu sahaja tanpa jejak," katanya.
Angah juga turut menceritakan satu kes yang pernah b erlaku kepada lelaki Orang Asli yang tersesat selama dua bulan di dalam hutan.
"Apabila dijumpai, mulut mangsa mempunyai kesan tanah dan kita percaya semasa hilang itu dia diberi 'makan' tanah dan daun-daun oleh Tenrog," kata beliau.
Sebelum ini, salah seorang dari kanak-kanak yang ditemui selamat ada berkata mereka diberi makan oleh 'seseorang' dalam tempoh mereka tersesat di dalam hutan.
NIZAR LILIN DIDESAK LEPAS JAWATAN!!!
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata desakan itu dibuat selaras dengan baiah atau perjanjian dibuat kedua-duanya dengan PAS yang menyatakan akan mengosongkan kerusi mereka jika lompat parti.
Katanya, keputusan mendesak kedua-duanya mengosongkan kerusi wakil rakyat itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak di sini hari ini.
"Kegagalan kedua-duanya yang kini menjadi tonggak AMANAH untuk mematuhi baiah menunjukkan mereka sebagai tidak amanah dalam menunaikan janji dalam perjanjian yang dibuat secara sukarela dan tanpa paksaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perak di sini hari ini. Razman berkata, parti itu juga sudah bersedia daripada segi calon dan cabaran berhadapan pertarungan tiga penjuru sekiranya berlaku pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu.
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...