Recent Post

Thursday, August 13, 2015

Ancaman Anonymous Malaysia Bukan Dari Malaysia!! Khalid

SUBANG JAYA: Bukit Aman mengesahkan bahawa ancaman perang siber yang dilakukan oleh Anonymous Malaysia adalah dari luar negara.

Menurut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, walau bagaimanapun adalah agak sukar untuk mengenalpasti identiti mereka.

Bercakap kepada wartawan pada hari Khamis, serangan siber berasal dari mana-mana arah di dunia ini, " Kami tahu, walau apa pun pengumuman yang dibuat, mereka (Anonymous Malaysia) bukanlah berasal dari Malaysia. Sama ada mereka adalah warga asing, hal ini belum dikenalpasti lagi", ujar Khalid.

Khalid berkata, setiap negara mempunyai undang-undang Internet yang berbeza. "Ini membuatkan agak susah untuk kami siasat. Walau apa pun. Kami tidak mengambil mudah dalam hal ini".

Tambah Khalid lagi, agensi kerajaan sedang bersiap sedia, tambahan polis juga akan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan laman web dan platform media sosial mereka tidak jatuh ke tangan penggodam.

Sebelum ini, Anonymous Malaysia telah memuatnaik sebuah video berdurasi 8 saat di laman Facebook mereka pada 4 Ogos 2015, meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan berkenaan beberapa isu. Sila baca di sini.
Read more ...

Ribut Landa Depan Pejabat MITI, Aksi Lelaki Berdoa Jadi Viral

PENDUDUK yang tinggal di kawasan Lembah Klang hari ini digemparkan dengan cuaca buruk yang melanda berikutan angin kencang yang luar biasa dan hujan lebat.

Antara kawasan yang paling terjejas berikutan cuaca buruk itu dilaporkan berlaku di hadapan pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.

Kejadian kira-kira 5 petang itu mengakibatkan beberapa pokok tumbang dan khemah yang dipasang dalam kawasan pejabat MITI musnah dan mengalami kerosakkan.

Beberapa gambar kemusnahan yang berlaku akibat ribut kuat yang dimuat naik oleh netizen kini menjadi viral di media sosial.

11885209_10207400436710773_5005081022926251048_n IMG-20150813-WA0039-225x300 IMG-20150813-WA0044-169x300 11855922_10153460447010600_8226638173475339575_n
Dalam banyak-banyak gambar perkongsian kejadian ribut kuat, muncul satu kisah menarik mengenai seorang lelaki yang terakam sedang memohon doa dalam keadaan membiarkan hujan membasahi dirinya.

Aksi lelaki tersebut mencuri tumpuan ramai yang tersentuh akan tindakan lelaki tersebut.
– MYNEWSHUB.CC
Read more ...

gambar pensyarah tanpa seurat benang menjadi viral di fb

KUALA LUMPUR - Gambar seorang wanita tanpa seurat benang dengan badannya yang mempamerkan lukisan 'airbrush' tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Gambar yang menampakkan 100% susuk badannya itu dimuat naik ke laman sosial mencetuskan kecaman dari netizen yang menganggapnya sanggup berb0gel demi wang.

Menurut sumber, wanita berkenaan merupakan seorang pensyarah di sebuah Universiti Awam di ibu negara.

"Dari semakan saya, wanita ini bernama Shazlin. Pernah bersekolah di sebuah sekolah di Subang Jaya dan kini bekerja sebagai pensyarah di sebuah Universiti Awam di Kuala Lumpur," kata sumber.
Bagaimanapun, tampil seorang individu bernama Jon meminta orang ramai memadamkan gambar tersebut.

Jon yang mengaku dirinya adalah suami kepada wanita berkenaan mendakwa, gambar-gambar yang tersebar adalah fitnah terhadap isterinya.

"Kalau nampak, delete. Jangan aibkan/fitnah orang dihujung jari," katanya.

Orang ramai khususnya wanita dinasihatkan aga r berhati-hati apabila memuat naik gambar-gambar di media sosial. Ini kerana kes penyalahgunaan gambar-gambar wanita seringkali berlaku dan menyebabkan banyak fitnah dan dakwaan yang tidak berasas tersebar di laman sosial.
Read more ...

SERAM !!! Almy Nadia Bongkar Pengalamannya 'Ditegur' Pontianak Ketika Hamil

"Saya teringin sangat nak makan buah kundang. Sebelum ini nak makan telur penyu sudah dapat tapi untuk dapatkan buah kundang, sehingga sekarang masih tidak jumpa," kata Almy Nadia yang kini sarat mengandung lapan bulan. Selain menumpukan perhatian kepada kandungan, Almy Nadia dalam masa yang sama juga kini menguruskan jadual suaminya sepenuh masa. "Buat masa sekarang saya berhenti sekejap daripada berlakon.

Selepas lahirkan anak, saya akan mula kembali berlakon seperti biasa," katanya lagi sambil menyatakan mahu kembali amalkan diet dan menjaga badan selepas bersalin kelak. Sepanjang proses kehamilannya itu, Almy juga telah membongkarkan satu peristiwa yang agak ganjil dan menakutkan diri serta suaminya sendiri apabila suatu malam ketika berada keseorangan di rumah dia telah ditegur oleh suatu makhluk halus yang boleh dikatakan sebagai pontianak semasa berada di biliknya.

Walaubagaimanapun, Almy ketika itu tidak sedar akan kehadiran makhluk terbabit sehinggalah dia mengalami bengkak-bengkak di bahagian tangannya. "Saya berseorangan di rumah ketika itu, maklumlah rumah kami di tepi highway. Ketika kejadian itu berlaku, saya rasa macam ada orang ketuk tingkap sahaja" "Kemudian saya mengalami bintik-bintik merah di bahagian tangan dan bila pergi ke klinik serta hospital mereka kata saya alahan. Apabila pak cik saya datang ke rumah, dia beritahu yang saya 'ditegur' oleh makhluk tersebut dan barulah kami menyedarinya," tambahnya.

 
Read more ...

DATUK 'TERLAJAK LARIS' KINI PAKAI KERETA ROLLS-ROYCE

"Pose budak 28 tahun yang terlajak exited sebab hari ini saya seakan bermimpi dan berhayal tetapi menjadi nyata.. dan teringat saya dulu.. saya pernah berjalan kaki dulu kerana tiada kenderaan dan tiada wang untuk membeli kereta dan saya berniaga berjalan kaki ke rumah dan pejabat," demikian kata pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang berkongsi foto kereta mewah jenama Rolls-Royce miliknya.

Datuk Aliff yang terkenal dengan tagline, Terlajak Laris itu turut memberitahu, gambarnya bersama kereta mewah itu dikongsinya bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

Klik gambar untuk size besar


Sebaliknya, beliau berharap ia menjadi motivasi kepada orang ramai khususnya mereka yang terlibat dalam perniag aan supaya tidak mudah putus asa.

"Hanya untuk memberi semangat bahawa kepada semua khususnya peniaga melayu wanita dan lelaki kita boleh berjaya walaupun siapapun anda!! yang penting kita perlu berusaha bukan hanya khayalan dan angan-angan," katanya dipetik sebagai berkata.
Cayalah Datuk...!


 Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Puting kosong dodoi bayi tidur

nursaliawati@mediaprima.com.my
Alor Gajah: "Mungkin dia faham keadaan kami yang kesempitan wang kerana walaupun diberikan puting kosong, dia terus diam dan tidur," kata Nurisah Iesah, 27, ibu kepada bayi jantung berlubang, Nur Insyirah Ardini Wan Md Azizi, tujuh bulan.

Doktor yang merawat Nur Insyirah Ardini turut mengesahkan anak bongsu daripada empat beradik itu mempunyai beberapa lagi masalah kesihatan lain iaitu kesukaran menelan makanan, kepala membesar dan saluran pernafasan sempit, selain mempunyai dua saluran dubur menjadikan bayi tujuh bulan itu sebagai orang kurang upaya.

Nurisah berkata, paling menyedihkan apabila dia terpaksa menyusukan bayinya menggunakan tiub khas kerana Nur Insyirah Ardini akan tersedak jika diberi minum menggunakan botol seperti bayi normal lain.

"Jika diberikan susu menggunakan botol, Nur Insyirah Ardini kerap tersedak menyebabkan air susu keluar semula melalui mulut serta hidung dan saya terpaksa menggunakan tiub khas dibekalkan pihak hospital.

"Saya akan berikan susu menggunakan tiub kepada Nur Insyirah Ardini setiap tiga jam sekali, tetapi kerana kesempitan wang, saya hanya mampu memberikan puting kosong sebelum mendodoi anak supaya tidur," katanya di rumahnya di Taman Sri Siantan, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Cadangan Ismail Sabri buka 'Plaza Low Yat 2' membimbangkan - MCA

KUALA LUMPUR: Cadangan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri untuk membuka "Plaza Low Yat 2" khusus untuk peniaga dan pembekal melayu disifatkan sebagai membimbangkan oleh MCA.

Menurut Naib Presidennya, Datin Chew Mei Fun, kejadian rusuhan terbabit yang berpunca dari insiden mencuri telefon bimbit baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan alasan.

"Adalah menyedihkan apabila Menteri terbabit memilih untuk mengikut rentak media sosial dan mengenepikan hakikat yang insiden (rusuhan) itu tiada kaitan dengan sentimen perkauman.

"Untuk itu kenyataan beliau itu memperlihatkan sama ada beliau menutup mata, atau gagal untuk memahami situasi negara yang terdiri dari pelbagai kaum," kata Chew dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya lagi, kenyataan Ismail itu dilihat seolah-olah bersetuju d engan penyebar fitnah di laman maya yang boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

"Sebagai anggota Kabinet, adalah tanggung jawab Ismail untuk memperjuangkan perpaduan kaum dan bukannya memecah belahkan lagi.

"Apabila pasaran dibenarkan untuk mendiskriminasi sesuatu kaum, ia ibarat (pemerintahan) apartheid," katanya lagi.

Chew sebaliknya mencadangkan agar Ismail mengadakan dialog bagi menggalakkan komunikasi lebih baik antara pelbagai kaum.

Ismail pada Selasa mencadangkan pembukaan sebuah pusat jualan dan borong alat telekomunikasi yang menyamai fungsi Plaza Low Yat, di Jalan Raja Laut.

Pembukaan pusat itu turut diharap akan dapat memenuhi keperluan orang ramai yang sebelum ini hanya tertumpu di Plaza Low Yat.

Mengikut pelan yang dicadangkan, Low Yat 2 akan ditempatkan di Tingkat 3 Bangunan MARA (Majlis Amanah Rakyat) selepas kawasan itu diubahsuai dan direka khas untuk menyediakan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi.
Read more ...

'Takpa Kalau You Tak Ada Duit, Saya Nak Pulangkan Balik'



Assalamualaikum, Salam 1Malaysia Hari Jumaat yang lepas, selepas aku balik kerja, ada seorang mamat ini call aku, nak pulangkan balik iPhone 4S adik perempuan aku yang dah hilang lebih kurang setahun lalu. Walaupun hilang setahun, condition iPhone masih tip top dan masih nampak baru lagi seperti mula-mula dibeli. Nak dijadikan cerita, mamat ini terbeli iPhone ini dari seorang pakcik dengan harga RM600. Namun disebabkan ada ID LOCK, dia cuma membeli dengan harga RM350 dan pergi ke kedai telefon untuk pecahkan code dengan harga RM60 sahaja. Namun, kakitangan kedai itu kata ada SOS Message di iPhone itu dan mamat tu terus call aku dan nak pulangkan balik. Mula-mula, aku malas dan rasa was-was nak pergi ambil balik iPhone itu sebab dia duduk di Taiping, Kemunting. Aku pula duduk di Kuala Lumpur dan aku pun tengah tak ada duit nak bayar balik RM300+ sebab gaji pun belum keluar lagi.  The best part tentang mamat ini, dia berkeras nak pulangkan balik sebab dia terbaca SOS MESSAGE yang menyatakan 'ada banyak barang peribadi'

adik aku.

 Kebetulan pula pada hari Sabtu itu aku ada jemputan majlis kahwin di Teluk Intan. Jadi aku beritahu dia kalau ada kesempatan esok, aku akan ke Taiping berjumpa dengan dia.  Selepas selesai menghadiri majlis kahwin, aku terus memandu ke Taiping dengan keadaan yang duit tengah tak ada.

Niat hati, kalau dia nak minta balik RM300+, aku lepaskan saja iPhone itu dan delete segala data yang ada di dalam iPhone berkenaan. Aku sampai di Taiping dan berjumpa di stesen bas Kemunting (Nasi Kandar Ali). Aku berbincang dengan dia yang aku memang tak ada duit nak bayar balik RM300+ dan redha sahaja sebab aku pun serba salah kerana dia dah beli iPhone itu. Mamat ini pula tetap nak pulangkan balik sebab dia faham dan dia kata, "Takpa kalau you tak ada duit. I tetap nak pulangkan balik sebab nanti I tak tenteram guna baarang tak elok (barang orang) nanti anak isteri I guna jadi tak eloklah," katanya. Menurutnya, dia pernah kehilangan lori namun berjaya ditemui semula.  "Tak apa, dulu I pernah kena macam ini. Sekarang tiba masanya pula I yang balas," katanya lagi. Mulianya hati mamat ni, sebak pula rasa di hati ini. Walau bagaimanapun, aku tetap hulurkan RM50 yang sepatutnya digunakan untuk membayar minyak + tol dari Taiping - Kuala Lumpur.

Namun, dia menolak pemberian itu. "Tak apa kalau you tak ada duit. I dah pulangkan kepada owner pun I dah rasa lega dan mungkin suatu hari nanti Tuhan akan balas kebaikan pada I," ujarnya. Tapi aku tetap hulurkan juga sebab aku cadang nak pinjam duit kawan aku (second driver). Waktu aku dah mula hidupkan enjin, nak balik ke Kuala Lumpur, aku singgah di 7-Eleven, beli air. Dia hubungi aku l;agi dan berkata dia tidak sedap hati, dia takut aku tak ada duit nak balik ke Kuala Lumpur dan nak pulangkan semula RM50 itu.

 Aku bekeras menolak, "Tak apa, I ada duit lagi,". Tetapi dia tetap menegaskan dia mahu pulangkan semula duit itu. "Tak apa, you ambil balik duit ini. Balik Kuala Lumpur nanti, kalau you dah sampai dan ada duit, you bank in semula," jelasnya. Sebak lagi rasa di hati ini sebab nak difikirkan, setakat RM50 itu apa sangat nak dibandingkan dengan kemuliaan hati dan baik hati lelaki ini. Yelah, kalau diikutkan, baik dia pergi pecah code RM60 dan selepas itu gunakan iPhone itu seperti biasa. Tak perlu susah-susahkan diri nak pulangkan balik apa semua.

Dia langsung tiada rasa curiga pada aku. Yelah, aku ambil balik duit ini dan selepas sampai ke Kuala Lumpur, aku boleh block nombor dia semua. Jadi, aku dah untung di situ. Tapi, tak adalah aku nak buat seperti itu. Aku bank in balik duit dia. Jadi, aku betul-betul nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Encik Tamil Selvam. Aku tak tahu nak balas macam mana rasa  bersyukur dan terima kasih kepada dia. Aku harap dia dan keluarga dia dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan gembira selalu.  "Kalau you terbaca post ini, send my regard to all your family members and friends,".

Nama dia Tamil Selvam, umur 30 tetapi masih kelihatan muda mungkin kerana dia baik hati. Sudah bekeluarga, anak seorang dan isteri dia kini sedang hamil anak kedua. Dia bekerja sub-contract untuk cleaning service Econsave Kemunting, Taiping. Thanks Again to Mr. Tamil Selvam Thank to my co-driver,my kakak Oly rizale sebab temankan drive the whole day.
Sumber: THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

9 pelajar maut nahas di Selatan Thai

Sembilan pelajar berusia lapan dan 15 tahun maut selepas trak pikap yang mereka naiki untuk pulang ke rumah terbabas dan merempuh sebatang pokok di Narathiwat kelmarin.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, dua pelajar dan pemandu trak pikap itu maut di tempat kejadian manakala tujuh pelajar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Narathiwat Rachanakarin.

Dua lagi pelajar berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Takbai, Pol.Kol. Jiradej Prasawan berkata pemandu kenderaan itu dipercayai memandu laju dalam keadaan mengantuk apabila hilang kawalan ketika melalui Kampung Sapom.

Katanya akibat rempuhan itu, beberapa pelajar tercampak keluar dari kenderaan itu. Kesemua pelajar berkenaan adalah dari Kampung Koh Sawat dan Saikhao, Takbai.

Dalam kejadian berasingan di Pattani, dua anggota polis maut manakala tujuh lagi cedera selepas van polis yang mereka naiki merempuh sebuah kereta perisai tentera yang berhenti di tepi jalan di Jalan Prang-Khokpo pada pukul 10 malam semalam.

Seorang pegawai dari Balai Polis Daerah Khokpo, Kapten Tripech Sealeaow, berkata kemalangan itu berlaku ketika kesemua anggota polis itu dalam perjalanan pulang ke balai itu dari wilayah Trang.

Beliau berkata semasa kejadian, 11 anggota tentera bersama kereta perisai tentera itu terlibat operasi mengawal keselamatan di sepanjang jalan tersebut.

Katanya seorang anggota polis yang cedera memberitahu bahawa pemandu van itu tidak melihat kereta perisai itu berhenti di kawasan gelap di sepanjang laluan itu.

- Bernama

Read more ...

MH370 plane sank in Indian Ocean in almost 1 piece, says satcom expert

A satellite communication expert says the condition of the flaperon found on Reunion Island supports his theory that MH370 sank into the deep sea in almost one piece. – Reuters filepic, August 13, 2015.A satellite communication expert says the condition of the flaperon found on Reunion Island supports his theory that MH370 sank into the deep sea in almost one piece. – Reuters filepic, August 13, 2015.The missing MH370 aircraft is believed to be "largely intact" and lying somewhere beneath the southern Indian Ocean, according to local satellite communications expert Zaaim Redha Abdul Rahman.

His theory is that it sank into the deep sea in one piece "after probably floating for a while" on that fateful day the plane went down.

"I believe that when the aircraft went out of fuel, it glided downwards and landed on the water with a soft impact... that's why I believe the plane is still largely intact," said Zaaim Redha who had, immediately after MH370 went missing, helped to read and deduce its flight data relayed via the satellite operated by United Kingdom-based global satellite communications firm Inmarsat.

Based on the analysis of data relayed between MH370 and the ground station by the Inmarsat satellite, investigators concluded that the flight had ended in the southern Indian Ocean.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak made an announcement to that effect on March 24 last year, 17 days after the Beijing-bound MH370 vanished from the radar.

Speaking to Bernama in an interview recently, Zaaim Redha said his theory that the plane probably "glided down" was supported by evidence in the form of the integrity of the two-metre-long flaperon, which was discovered on Reunion Island in the Indian Ocean and confirmed to be part of the missing MH370 plane.

"It (the flaperon) was only slightly damaged and was just encrusted with barnacles. Its appearance indicates that it was not violently torn off from the aircraft's main body... it does seem that it got detached pretty nicely at its edges."

Zaaim Redha, who is now principal consultant at Zeta Resources Sdn Bhd – which provides, among others, satellite communications consulting and engineering services – used to be part of the pioneering team at Measat responsible for developing and launching Malaysia's first satellite.

He had previously worked for NEC Japan, where he led a multinational team to design and develop the Inmarsat-P ICO System (Generation 4), a Mobile satellite communications system.

Elaborating how the size of debris from an air disaster would be consistent with the impact of the crash, Zaaim Redha pointed out to the Germanwings Flight 9525 crash in the French Alps in March this year, saying that none of its debris had exceeded one-foot (about 0.3m) in length due to the hard impact.

"If MH370 had crashed with a really hard impact, we would have seen small pieces of debris floating on the sea immediately after that. Furthermore, the flaperon that was recovered (from Reunion Island) wouldn't have been in one piece... we would have only seen bits and pieces of it."

He firmly believed that after gliding onto the water, the MH370 aircraft had "floated for a while" before sinking into the deep sea "in one piece".

He added that it was also not impossible for an aircraft to float on water as proven by US Airways Flight 1549, which had to opt for an emergency landing on the Hudson River after multiple bird strikes caused both its jet engines to fail in January 2009.

"It's possible that the (MH370) aircraft may have been submerged deep inside the ocean for quite some time before the flaperon (a part of the plane's wing) got detached itself.

"Similarly, other parts would also become detached and float with the help of the strong water current, before being washed up on the shores of islands like Reunion."

On whether it was possible for the flaperon to have floated on water for over 4,000km before ending up on Reunion Island, Zaaim Redha said it was plausible based on sea current modelling by oceanography experts.

"Going by how the earth rotates, it's highly possible that the piece of debris could have floated (over a long distance) because the ocean current can be really powerful.

"One cannot underestimate the power of the ocean current... recently, a Russian woman who was considered one of the greatest freedivers of all time failed to surface after a dive in the Mediterranean and she is feared to have encountered a strong underwater current."

On March 8 last year, the Beijing-bound MAS Boeing 777-200ER aircraft with 239 passengers and crew members on board disappeared from the radar about 49 minutes after taking off from the Kuala Lumpur International Airport at 12.41am.

Recently on July 29, an aircraft wing part, called a flaperon, was discovered on the shores of the French governed Reunion Island in the Indian Ocean.

On August 6, Najib announced that international experts had affirmed that the maintenance record seal on the aircraft part provided the conclusive proof that it belonged to MH370.

Investigators, who scrutinised the shoreline of the remote island after the finding also found more debris, including a seat cushion, window pane, as well as remnants of a suitcase and empty water bottles.

But it is still unclear whether the latest items belonged to the missing plane. – Bernama, August 13, 2015.

Read more ...

Nissan buka pusat 4S di Glenmarie

ANG Bon Beng (kanan) memberi taklimat model baharu Nissan Almera kepada Menteri Pengankutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) selepas pembukaan rasmi Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd Glenmarie Pusat 4S di Seksyen U1, Temasya Indutrial Park. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) melancarkan Pusat 4S (jualan, servis, alat-alat ganti dan cat sembur) utamanya dengan ruang binaan seluas 165,318 kaki persegi di Glenmarie, di sini.

Pusat itu yang dibangunkan dengan pelaburan RM20 juta, mempunyai 28 profesional jualan dan paparan 15 model Nissan.

Pengarah Eksekutif ETCM Datuk Dr Ang Bon Beng berkata sejak tempoh 12 bulan lepas, syarikat itu telah menaik taraf rangkaian dan kemudahannya bagi menyediakan kepada keperluan pemilik Nissan di seluruh negara.

"Ini penting susulan rangkaian penuh model-model Nissan yang kami perkenalkan dan bagi menangani keperluan pelanggan kami," katanya pada majlis pelancaran pusat 4S itu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, di sini, hari ini.

Pusat servis canggih itu mempunyai 27 ruang kereta dan boleh menyenggara sehingga 100 kereta sehari pada purata 3,000 kenderaan sebulan.

Nissan mencapai prestasi jualan 8.5 peratus dalam separuh pertama tahun ini, katanya, sambil menambah ETCM yakin dapat mengekalkan momentum bagi tempoh berbaki tahun ini. - BERNAMA

Read more ...

Rani Kulup Sertai Super Spontan

Hanya berbekalkan report polis, Ayahanda Abdul Rani Kulup Abdullah kini semakin popular dan terbaru, diundang sebagai tetamu program lawak Super Spontan. BIAR BETUL ASTRO??? Menurut Ketua Pengisian dan Saluran Komedi Astro, Bob Azrai, jemputan kepada Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu adalah sebagai tetamu. "Kita panggil Rani Kulup sebagai tetamu kerana musim ini kita menggunakan slogan dan semangat dia sebagai nama kumpulan iaitu Kung Fu Kipidap dan Silat Dongibab. "Dia juga akan muncul pada malam pembukaan dan beberapa episod istimewa bagi memeriahkan pertandingan itu nanti," katanya. Nampaknya ini adalah sesuatu yang di luar kebiasaan. Tak sabar pula nak tengok Rani Kulup buat lawak di pentas Super Spontan. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

"Najib PM Yang Terbaik Dari Sebelum Ini" Pujian Dari Seorang Datuk

"Najib PM Yang Terbaik Dari Sebelum Ini" Pujian Dari Seorang Datuk…KUALA LUMPUR – 'Jilat' dan 'Bodek'. Itulah yang dilabelkan netizen terhadap kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan tiada seorang pun daripada lima Perdana Menteri Malaysia yang memberikan perkhidmatan, bantuan, buah fikiran dan kerjasama yang lebih mantap melainkan Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, itulah adalah hakikat yang harus diterima oleh rakyat dan dia turut menegaskan kenyataan itu dibuat bukan kerana ada agenda tertentu.



"Itu fakta, saya tidak kata perkara ini untuk tujuan tertentu. Perkara itu sangat jelas kepada Sabah dan Sarawak dalam sokongan kepada Perdana Menteri.

"Inilah yang kami tunggu dan idam-idamkan berpuluh-puluh tahun sejak merdeka. Satu pendekatan terbaru Perdana Menteri untuk memberikan kuasa-kuasa autonomi yang berpatutan.

Terdahulu, Najib semalam berkata akan lebih banyak kuasa pentadbiran membabitkan jabatan dan agensi persekutuan bakal diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam usaha meransang pembangunan di kedua-dua negeri itu.

Menurut Najib, inisiatif itu akan mampu meningkatkan sistem penyampaian dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menyelesaikan masalah pertindihan kuasa yang sering berlaku sebelum ini sehingga menyebabkan kelewatan sesebuah projek pembangunan yang dilaksanakan.
Read more ...

Kisah Sayu Di Sebalik Kejayaan Pengasas D'Herbs, Dato Aliff Syukri "Terlajak Laris"

Mungkin kerana ramai yang mencari-cari motivasi atau contoh yang boleh diteladani untuk mencapai kejayaan hidup, semestinya kisah Dato' Aliff Syukri ini adalah terbaik untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. Semoga bermanfaat untuk semua.

Ketika pertama kali Dato' Aliff Syukri muncul di kaca TV dalam program Wanita Hari Ini. Dengan kepetahan mulutnya, penulis tergelak kerana tidak menyangka sehingga ke tahap 'begitu' beliau sanggup mempromosikan produk D'Herbs. Namun, tahukah kita kisah kejayaan anak melayu yang kini bergelar sebagai jutawan ini dengan tagline 'Terlajak Laris'? Al-kisahnya: 

Saya berasal dari Pahang datang dari keluarga yang susah. Saya gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan enggan duduk di kepompong yang sama. Pengalaman yang paling bermakna buat saya, saya ingin berniaga tetapi tiada duit. Angan-angan itu besar tetapi tiada duit. Duit dalam simpanan tak usah nampak seribu, ratus-ratus je yang ada. Macam mana nak berniaga? Macam mana nak buka kedai? Dengan berbekalkan azam yang kuat, saya berniaga dengan cara apa sekali pun. Bermula dari menjual pada kawan-kawan di pejabat. Kemudian membuka gerai di pasar tani setiap minggu.

Kadang-kadang, hari sabtu dan ahad saya berniaga di Pasar Tani Seksyen 13, Kelana Jaya & Sri Andalas sebab saya pantang duduk diam. Saya terkejut dengan sambutan yang bagus bila saya menjual kosmetik. Mula-mula berniaga, dapat RM500, RM600. Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan mulut saya yang macam makcik-makcik ini, saya dapat menarik ramai pelanggan. Daripada sehari RM400, selepas 2 bulan, saya mampu meraih RM2,000 – RM3,000! Nilai 2-3 ribu memang nilai yang mengejut bagi saya. Sebelum kita berjaya, kita jangan minta tolong orang. Kita usaha dulu!

Walaupun pinjaman saya di bank ditendang, dimaki, diherdik. Malah mereka tak pandang pun saya dan saya amat kecewa ketika itu. Saya dah buat paperwork susah-susah, dah berbulan-bulan saya buat paperwork. Tetapi pegawai bank itu hanya baling paperwork saya dan mengatakan loan saya tak lulus. Kenapa saya punya loan tak lulus? Jawab mereka, "awak masih mentah. awak perlukan gurantor, awak perlukan tanah, awak perlukan aset untuk buat loan dan sebagainya.".

 Saya menangis teresak-esak dan saya sedar diri saya begitu kerdil di mata mereka. Ada juga saudara terdekat yang mengatakan: "alaa Syukri, kau tu takkan boleh berjaya. Kau tu lepasan SPM, masuk universiti pun tak lepas. Kau takkan berjaya Syukri." Alhamdulillah, syukur kepada Allah bila ada kawan-kawan terdekat, pelanggan-pelanggan yang memanggil saya ketika membuat bengkel kecantikan di seluruh Malaysia itu, saya hubungi mereka dan saya beritahu hajat saya ingin membuat satu jenama dan ingin berkongsi bersama beliau membantu saya.

Saya panggil mereka dan saya terangkan kertas kerja yang pegawai bank tersebut tak nak layan saya. Dan respon yang diberikan amatlah mengejutkan. Rata-rata yang menyertai mesyuarat yang saya anjurkan, semua berminat dan yakin dengan kewibawaan saya untuk membuat satu jenama. Duit yang mereka bagi, saya jadikan pelaburan.

Saya jadikan modal awal saya dan digabungkan dengan peniagaan pasar tani saya dua tahun itu, dapatlah lebih kurang RM100,000! Sebab itu hari ini, saya amat menghargai beliau. Saya tak lupa pada Encik Putra, Puan Rohani, abah saya sendiri, Puan Linda, Puan Rina dan semua yang ada pada hari ini.

Saya rasa tanpa anda semua pastinya syarikat D'Herbs tidak akan sampai ke tahap ini. Makin kita tinggi, makin kita tunduk. Jadi saya menyeru kepada semua orang yang ada dekat sini, marilah kita berniaga. Tak kisahlah orang pandang kita apa pun, dan kita perlu bermula daripada bawah. Insha Allah, hasil yang kita berdiri di tapak kaki sendiri lebih bermakna daripada kita menumpang dari hasil orang lain.

Saya mempunyai matlamat saya sendiri untuk berjaya, tidak meniru orang lain. Nama D'Herbs akan sentiasa gah dan kuat di Malaysia ini. Itulah matlamat saya sampai bila-bila. Dan generasi saya akan membesarkan lagi legasi D'Herbs Healthy Sdn Bhd ini. Amin amin ya rabbal alamin.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *