Recent Post

Sunday, May 08, 2016

Najwa Latiff Nafi Sudah Berkahwin , Gadis Mirip Dengan Beliau Turut Tampil Beri Penjelasan

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba berita Najwa Latiff sudah berkahwin menjadi viral sejak beberapa hari lepas berdasarkan satu foto wanita yang mirip dengan beliau bersama dengan suaminya tersebar di Internet.

Najwa mengakui sedikit terkejut dengan penyebaran berita itu, tetapi sebenarnya beliau sendiri sudah pernah melihat foto berkenaan sebelum ini.

Terkejut juga kerana (wanita itu) ada iras sedikit dengan saya. Tetapi saya belum kahwinlah. Sebenarnya saya sudah lihat gambar itu sejak tahun lalu.

Tetapi apabila diamati semula, kami tidaklah begitu seiras. Mungkin gaya senyumannya yang membuatkan wajah kami seakan-akan serupa.

Malah pemilik foto itu yang dikenali sebagai Norreens telah tampil menjelaskan perkara sebenar melalui akaun Twitter miliknya.

Jelas Noreen, wanita didalam foto itu adalah dirinya dan bukan Najwa. Malah mereka sudah lama berkahwin,dan melalui akaun Twitternya kami lihat Norreens sudah mempunyai seorang anak.

Kalau Najwa Latiff sudah berkahwin, tentu beliau dah umumkan perkara tersebut bukan? Hehe..dalam dunia ini ada tujuh orang yang serupa dengan kita, sebab itu ada antara peminat Najwa yang agak keliru dengan foto berkenaan.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

UKSB lancar edisi khas Gegaran Juara France 2016 - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Mei – Sempena kehangatan kejohanan bola sepak Euro 2016 yang bakal berlangsung Jun ini, Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) melancarkan sebuah buku edisi khas Gegaran Juara France 2016.

Pengarang Kanannya, Zulkarnain Zakaria berkata, penerbitan buku tersebut sebagai meraikan dan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia yang meminati sukan berkenaan selain sebagai pembakar semangat bagi pemain bola sepak tanah air untuk meningkatkan prestasi dalam arena sukan yang paling di minati di dunia itu.

Katanya, melalui bahan bacaan tersebut, pelbagai informasi se­perti profil pemain 24 buah pasukan yang layak, profil jurulatih, kemahiran pemain dan bintang harapan boleh diperoleh.

"Terbitan ini khas untuk peminat bola bagi sama-sama merasa kehangatan sukan itu yang akan berlangsung sebulan lagi. Edisi kali ini merupakan kali pertama Euro 2016 yang melibatkan 24 buah pasukan bertanding, berbeza de­ngan format 16 buah pasukan yang diguna pakai sejak 1996.

"Kali ini, lebih banyak gambar dan juga informasi yang lebih menarik, padat, terkini dan eksklusif. Buku ini dijual pada harga RM17," katanya ketika ditemui selepas pe­lancaran buku tersebut sempe­na Pesta Buku Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Pelancaran buku tersebut di sempurnakan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor.

Turut hadir Pengurus Kanan Operasi UKSB, Azlan Abdul Aziz.

Pada majlis perasmian tersebut turut dimeriahkan dengan penampilan khas pelakon Ola Bola, Taufiq Hanafi yang memegang watak Abu selain diadakan pertandi­ngan timbang bola.

Tambah Zulkarnain, pembaca buku yang bertuah boleh memenangi pakej percutian untuk dua orang ke Pulau Perhentian atau satu tiket penerbangan ke Krabi, Tahiland dan barangan sukan Figos sekiranya menyertai peraduan Teka Bola Euro Perancis 2016.

"Bukan itu sahaja, bagi yang ingin memiliki poster gergasi dan jadual perlawanan boleh di beli pa­da harga RM8 di kedai-kedai buku berhampiran," katanya.

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey Filem BANGKOK 13

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem seram thriller dari Thailand yang penuh dengan adegan kejutan dan suspen ni.

Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Pada hari Selasa ini, Budiey nak ajak korang tonton sebuah filem dramatik thriller suspen lagi sadis berjudul BANGKOK 13 lakonan oleh Thanthara Rungruang, Akarin Akaranitimaytharatt, Thospol Sirvivat, Worarat Karnjanarach, Dolkamol Satdhathip and Jirawat Vachirasarunpatra. Ianya diarahkan oleh pengarah yang tak asing di Thailand iaitu Dulyasit Niyomgul. Pasti ramai yang ramai nak tengok filem suspen macam ni, kan?

Nak tahu seram ke tidak, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.

bangkok 13 poster

Sinopsis Filem BANGKOK 13

Pia is a girl with a sixth sense. Her ability to see ghosts leads her to become the key to unlock 13 haunted secrets in Bangkok. She joins a paranormal TV show in hopes of finding out the truth behind her strange gift. The decision brings her to realised dark secrets of 13 locations, which are all connected to her in some ways. Could she find a way out of this mess, or even what's setting everything in motion? Is it a gift or determination that brings upon her strange talent? Is this just one big game being dealt by fate's hand? Find out the answers in Bangkok 13 (City of the Dead).

Peraduan Tayangan Premiere BANGKOK 13

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

10 Mei 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Budiey.com di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #Bangkok13 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem BANGKOK 13

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:Nama:Twitter:Alamat surat menyurat:Email:Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere BANGKOK 13 – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:9 Mei 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Mei 2016.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Misteri Dua Budak 'Solar' Peningkan Doktor

LAHORE, Pakistan – Dua beradik menerima jolokan 'budak solar' kerana kondisi mereka yang aneh menyebabkan doktor di Pakistan tertanya-tanya punca penyakit kedua kanak-kanak itu.

Shoaib Ahmed, 9 dan Abdul Rashid, 13, kelihatan normal sahaja ketika matahari sedang bersinar. Namun sebaik sahaja matahari turun, kondisi kedua beradik itu mula menjadi pelik - tidak mampu bergerak atau bercakap - seolah-olah mereka seperti sudah 'separuh mati'.

Kondisi aneh ini menyebabkan mereka digelar budak solar dalam kalangan warga tempatan

Professor dari Institute Sains Medikal Pakistan, Javed Akram berkata kepada AP pada Khamis bahawa beliau tidak tahu apa yang menyebabkan penyakit aneh ini.

"Kami mengambil perkara ini sebagai satu cabaran. Doktor kami sedang menjalankan ujian medikal untuk mencari sebab mengapa kanak-kanak ini aktif pada siang hari tapi tidak boleh membuka mata, bercakap atau makan apabila matahari terbenam", kata beliau ketika melawat kanak-kanak itu di hosp ital.

Akram berkata, kerajaan akan membiayai semua bayaran medikal untuk kedua beradik itu, yang hidup dalam keluarga kurang bernasib baik.

Kedua beradik itu kini sedang dirawat di sebuah hospital di Islamabad dan sampel darah mereka telah dihantar ke pakar di luar negara, kata beliau. Selain itu, penyelidik juga telah mengambil sampel tanah dan udara dari kawasan rumah keluarga itu.

Bapa kepada dua beradik itu, Mohammad Hashim berkata teorinya tentang keadaannya sangat mudah.

"Saya rasa anak-anak saya mendapat tenaga dari matahari", katanya.

Namun, doktor telah pun menidakkan teori tersebut setelah kajian dilakukan.

Kedua beradik itu diletakkan di dalam satu bilik gelap pada waktu siang dan mereka masih boleh bermain seperti normal. - Siakapkeli.my

Read more ...

SPR tak dedah peratus keluar mengundi hari ini

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah tidak mendedahkan peratus keluar mengundi pada hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak hari ini.

Peratusan keluar mengundi hanya diumumkan setakat jam 4 petang ini dengan 52 peratus daripada 1,109,795 pemilih berdaftar.

"Kamu kena kira sendiri," Hashim dilapor sebagai berkata oleh The Star Online.

Bagaimanapun, beliau berkata peratusan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 71 peratus, yang merangkumi data daripada pengundian awal dan tidak hadir.

Menurut laporan itu, Hashim mengakui jumlah keluar mengundi pada hari pengundian secara relatifnya rendah dan mereka tidak tahu sebab sebenar.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan kadar itu.

Beliau berkata data berkaitan undi rosak akan dikeluarkan dalam tempoh beberapa hari.

[Baca berita asal]

Read more ...

Nahas helikopter: Mayat kelima ditemui

SRI AMAN: Mayat kelima nahas helikopter di Sungai Batang Lupar, ditemui kira-kira jam 6 petang tadi, sebelum tiba di Jeti Lingga jam 6.47 petang tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *